Thursday, January 2, 2014

Cara saya atasi masalah susah telan pil

Bismillahirrahmanirrahim..
Ahlan Wasahlan.. :)

Tahun lepas, saya kena demam chicken pox. Uhuuu, sedih. Orang lain kena masa kecik-kecik, saya kena masa kat universiti. Ambik lah cuti. Doktor bagi MC 2 minggu, tapi saya cuti seminggu je. Sebab dah sembuh. Cepat kan. Kalau ikutkan hati, tak nak ambik cuti, sebab nanti memang ketinggalan pelajaran. Dah lah asasi, memang cepatlah kan, belajar. 


Masa cuti tu, wuuu, terseksa kot nak habiskan ubat. Anti biotik, ubat gatal, lagi ubat apa entah. Semua tu pill you, I ni buak biasa makan pill-pill bagai. Saya ni dah lah susah nak telan ubat. Mula-mula tu ok tau, tapi selang beberapa hari, entah kenapa entah, pil tu tak nak masuk kat tekak. Bercawan-cawan air dah minum, tak nak masuk jugak. Susah betul! Kalau boleh, dah malas dah nak makan pill-pill tu semua sebab macam nak give up. Tapi mengenangkan sampai bila nak baik kalau tak makan ubat kan. Kang cuti bukan 2 minggu je, telajak sampai 3 minggu pun boleh kalau tak nak makan ubat. 

Pastu saya amik jalan senang. Rendam pill tu dalam air, pastu bila dah larut, minum air tu. Huh, senang cerita. Tak payah nak susah-susah sampai nak nangis telan ubat. Alhamdulillah, akhirnya chicken pox pulih seawal seminggu je. 

KISAH MAKAN SUPPLEMENT SHAKLEE

Saya ni tengok kat facebook dengan instagram ramai sangat jual Shaklee ni. Bila tengok kebaikan dia, sangat banyak. Ramai pengguna yang bagi good feedback lepas mengamalkan Shaklee ni. Nak dijadikan cerita, akhirnya saya pon beli. Saya beli vitamin C dan vitamin E.


Kisah ni sama jugak dengan kisah nak telan pill chicken pox. Tak boleh nak telan. Nampak tu, besar kan vitamin dia. Mula-mula beli tu, ok je telan. Smooth je vitamin tu masuk aesophagus dan menari-nari ke perut. Ewah. Pastu, lepas 4 hari, mulalah... Ngada-ngada betul tekak. Dah minum air banyak-banyak pun tak nak jugak masuk tekak. 

Last-last, saya makan vitamin-vitamin ni dengan nasi. Saya kunyah nasi, bila dah nak telan tu, saya masukkan vitamin kat mulut dan minum air. Haaa, alhamdulillah, senang je telan. Akhirnya, saya guna cara ni je. Senang.

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN