Wednesday, May 14, 2014

Habis sudah asasi UIAM

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallam

Alhamdulillah.. Tadi habis dah last paper untuk final exam saya. Dan itu bermakna tamat lah sudah khidmat saya sebagai pelajar di CFS IIUM aka Pusat Asasi UIA. Khidmat pelajar kat sini je habis. Tapi title sebagai seorang pelajar ni kita pegang sampai bila-bila. 
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ 
Tiba-tiba rasa sebak pulak habis dah asasi. Asasi kat UIA ni jangan confuse pulak. Kat sini memang asasi lama sikit nak habis berbanding dengan matrik dan asasi kat tempat lain. Kat tempat lain setahun. Haa, kat UIA ni ada yang setahun, ada yang setahun setengah dan ada juga yang 2 tahun. It is all depending on the language performance kita. Saya kat sini 2 tahun.. Huu,, mula-mula sedih dapat 2 tahun. Maklumlah BI x hebat mana pon. Sebab tu kena lama sikit kat asasi ni. Haa,tapi itu lah yang menyebabkan UIA ni special. Bukan tu je, banyak lagi specialities in UIA ni. So juniors, apa lagi, meh penuhkan UIA ni. 


Duduk UIA makin berisi haa. Sebab makan kat sini murah lah jugak. Haha
Sepanjang duduk UIA ni, banyak kebaikan dan hikmah yang saya dapat. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah letak aku di UIA. Kat sini lah, senang saya nak jumpa dengan geng-geng usrah. Kat sini lah, saya belajar apa itu "muslimah yang sebenar". Kat sini lah tempat yang memang boleh dikatakan dalam seminggu tu, kerap ada talk dan ceramah. Haa,, banyak lagi kebaikan UIA ni. Ada bi'ah solehah lah. Haa,, ada lagi. Banyak. 

Dulu masa mula-mula masuk sini, rasa macam bila lah nak habis asasi ni. Kawan-kawan saya yang masuk matrik semua dah habis. Diorang dah masuk dah pun degree. Saya hmmm, masih terkedek-kedek nak habis kan asasi. Sedih ar jugak. Siapa tak sedih woi.. Belajar lama, kawan yang sebaya kita dah grade. kita masih lagi di tahun akhir pengajian. Asasi pulak tu. Tapi tak pe, relax sudah. Zaman belajar lah zaman yang paling berharga. Zaman yang sangat enjoy. Enjoy?? Ermm, bolehlah.. Ingat lagi dulu masa zaman sekolah dulu. Zaman pakai kasut warrior. Zaman saya jadi pengawas. Zaman jadi MPP. Hushh,, leleh kot bila ingat balik. Bukan apa. Rinduu.. Rindu cikgu. Rindu perhimpunan pagi. Rindu makanan Dewan Makan. Rindu Shatirah. Eh..
Classmates for the last sem in CFSIIUM. Bakal-bakal doktor ni, jangan main-main. Saya je yang tersesat kat kelas ni. Hihi
Sekarang ni, asasi pulak yang saya dah langkah. Dan ini merupakan turning point untuk saya langakah ke step yang lagi satu. Iaitu menempuhi zaman degree. Takut jugak dengan kesibukan budak degree ni. So, huh, cuti ni, kena relax, tenangkan minda, lapangkan dada, biar nanti masa masuk degree, senang ilmu nak masuk. Mudah-mudahan. Hehe. Degree nanti kat UIA Kuantan. Hmmm,, mak... ayah.... kita sedih nak duduk jauh-jauh. Duduk PJ ni pun selalu jugak lah homesick. Tapi berlagak, tak nak balik. Nak test diri ni tahan ke tak kalau tak balik. Tapi homesick tak hilang-hilang. Tak tahu lah nanti macam mana kat Kuantan. Harap-harap dapat bertahan. 4 TAHUN KOT KAT SANA!!! Sabar Azwa sabar! 

Salam sayang dari Azwa yang hebat! Hehe

3 comments:

  1. berdebar kuttt nak masukkk u. hehe :3 Alhamdulillah sy dapat kt pj. So, sy berusaha utk usha2 blog akak :)

    ReplyDelete
  2. Nak tanye....boleh x saya nk tahu kelebihan bljr account di uia?terima kasih

    ReplyDelete
  3. Nak tanye....boleh x saya nk tahu kelebihan bljr account di uia?terima kasih

    ReplyDelete

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN