Tuesday, August 5, 2014

Usaha yang kecil yang membawa ke syurga

Bismillahirrahmanirrahim,,
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallam
#freepalestine #jahannamisrael

Hidup kita di dunia ini, tak lain tak bukan, hanyalah untuk menjadi hamba Allah yang taat dan menjadi khalifah di muka bumi ini, Jika kita follow the right flow, insha Allah kita will be granted akan syurgaNya. Kita masuk ke syurga kerana rahmatNya. Kerana kasih sayang Allah, kita dapat syurga. Masha Allah.. O Allah, jadikan lah kami antara orang-orang yang mendapat rahmat Mu.. 
Ada seorang wanita yang suka melakukan zina, dianugerahkan Allah, dia mendapat anugerah terbesar yang tiada tandingnya, iaitu SYURGA. Sebab apa dia masuk ke syurga? Sebab dia memberi minum kepada anjing yang sedang kehausan. Itu lah sebab dia mendapat syurga Allah yang sangat indah itu.
Maksudnya kat sini, amalan dia memberi minum kepada anjing itulah, amalan yang Allah pandang. Amalan itu lah yang menyebabkan dia mendapat rahmat Allah. Ingat, Allah pandang bukan pada banyaknya amalan yang kita buat, tapi! amalan yang ada hasil kat situ! Kualiti itu yang penting. Buktinya can be found in Surah Al-Mulk, verse 2:

A002
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
(Al-Mulk 67:2)

Faham tak? Contoh lah kan, ada seorang hamba Allah ni, banyak sangat amalan yang dia buat. Tapi mana kita tahu, na'uzubillahi min zalik, dia ada perasaan sikit, sikit riya'(perasaan ingin menunjuk-nunjuk). Perasaan riya' ini dibenci Allah. Riya' lah yang membuatkan amalan yang kita buat tak mendatangkan pahala. Kosong! Tak berkualiti! Allahu Akbar. Ingat, walaupun sebesar zarah riya' tu, menyebabkan amalan kita ter affect sekali tau. Buang jauh-jauh riya' tu. Pastikan betul kan niat kita sebelum melakukan apa-apa ibadah. Even nak kutip sampah pun, make sure our intention must be right. Ok. Good.

Ada pula orang yang selalu melakukan amal soleh, yang tak pernah tinggal solat, tetapi mendapat balasan di neraka jahannam. Allahu Akbar. Jauhkan kami dari neraka Ya Allah.. Sebab apa dia masuk ke neraka? Sebab dia tidak mengendahkan jirannya. 
Kadang-kadang, perkara yang kita kira kecil itulah yang menyebabkan kita diheret ke neraka. Tak sangka kan. Jadi, kita kena lah balance kan antara diri, keluarga, masyarakat, dunia dan akhirat. Kita lakukan amal ibadah itu merupakan cara untuk memperoleh rahmat Allah. Kerana itu yang Allah perintah kan kita untuk buat. TAPI, kita tak tahu amalan mana yang kita buat, Allah terima. Jadi, buat lah banyak amalan supaya probability untuk Allah bagi rahmat pada kita tinggi. Yang penting, elakkan riya' (perasaan menunjuk-nunjuk), takabbur (perasaan bangga diri), hasad dengki dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

Wallahu A'alam.
Ma'assalamah

3 comments:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN