Ramai wanita di luar sana yang
menganggap bersolek kadang-kala agak melecehkan. Ini mungkin benar namun dengan
mempelajari beberapa makeup tricks anda tidak perlu menjadi professional makeup
artis unutk dapatkan solekan yang menarik. Malah ada tips solekan yang tidak
memerlukan anda menghabiskan masa sehingga berjam-jam lamanya cukup sekadar
beberapa minit sahaja. Selepas anda tahu apakah makeup tips yang dapat
menyerlahkan wajah anda, ianya akan menjadi lebih mudah. Di bawah ini saya
senaraikan antara tips makeup terbaik untuk wanita yang anda boleh
pelajari.
Antara yang paling melecehkan tentang
makeup ialah bila ianya tentang memakai maskara. Namun anda tidak lagi perlu
risau tentang kesan-kesan mascara pada bahagian kulit di bawah mata anda kerana
ianya dapat dielakkan dengan menggunakan sudu plastik seperti gambar di atas.
Ianya juga dapat berikan pemakaian yang lebih tebal.
Mengelakkan penggunaan pemerah pipi
yang terlalu tebal adalah lebih mudah jika anda tahu cara memakai blusher yang
betul bergantung kepada jenis bentuk wajah anda.
Gaya solekan mata ‘cat eye’ sedang
popular buat masa ini dan menggunakan tape anda dapat memakai eye liner dan eye
shadow dengan lebih mudah bagi mendapatkan gaya yang anda mahukan. Ianya juga
dapat memastikan balance pada bahagian kedua-dua mata anda.
Ada masanya maskara akan menjadi keras
dan agak clumpy namun ini dapat dielakkan dengan menambahkan satu hingga dua
titis eye drop untuk melembutkan cecair maskara!
Untuk mendapatkan gaya bibir yang anda
mahukan selepas memakai lipstick agar kelihatan lebih menyerlah anda harus
exfoliate bibir anda terlebih dahulu. Gunakan berus gigi bersama gula dan
minyak kelapa untuk homemade lips exfoliate untuk tujuan scrub.
No comments:
Post a Comment