Monday, April 28, 2014

Jangan salah guna facebook ya

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallam

Semua orang ada facebook. Tak kira usia. Adik aku dulu ada facebook masa darjah 4. Tapi masa tu dia tipu tahun lahir sebab facebook user is just allowed for those 12 years old and above. Huh, punya lah nak ada facebook sampai tipu tahun lahir. Pun boleh. Mak aku pun ada facebook. Pokoknya sekarang ni majority dalam satu isi rumah tu semua ada facebook. Tapi ayah aku dengan adik aku yang darjah 3 tu je yang tak ada.


Memang banyak kegunaan facebook ni. Kita boleh tahu informasi-informasi yang berguna dari situ. Tapi malangnya sekarang ni yang tak berguna lagi banyak dari yang berguna. Hampeh je. Apa lah orang sekarang. Cuba jadi macam orang dulu. Baik, sopan santun. Sekarang, yang tak patut tahu, dah jadi tahu. Budak-budak yang sepatutnya tak boleh buat facebook, tapi buat jugak (macam adik aku dulu), pun kena tempiasnya. 
Contohlah, Idah Tahir (nama rekaan semata-mata) posted on fb wall : "Hari ni sangat gembira. Dapat makan Sushi King with Salted Prawn ala mak-mak with Chocolate Ganache. Sedap hingga menjilat jari. Thank you sayang ku Osman.."
Perlu ke benda ni nak diheboh-hebohkan. Ingat orang nak tahu ke? Tolong lah.. Meluat ada lah. Aku meluat kot. Pastu rasa macam nak unfriend. Budak darjah 6 pun sama, 2 x 5 juga. Biasa lah, budak-budak baru nak kenal itu ini. Semua nak post. Kot. Kot lah. Husnuzzon je lah kan. Tapi yang bab "sayang" tu memang sukar untuk difahami. Seriously, aku tak faham. Kenapa nak panggil "sayang" sedangkan dia siapa, kau siapa. Faham-faham sendiri lah eh..


Pastu ada lagi satu contoh yang rasa macam entahlah.. 
Hari ni makan kat Secret Recipe. Sangat sedap. Jalan-jalan sampai malam. 
Tahu lah makan kat tempat mahal. Sedap pulak tu. Jangan lah post. Kasihani lah kami yang tak pernah pergi ke secret recipe, malah singgah pon tak pernah. Sedih kan. Cuba bayangkan, masa kita post kat fb tu, Osman... eh Osman je jadi contoh, orang lain pulak lah. Contoh Abu masa tu tengah kelaparan gila sebab mak dia pergi kursus menjahit. Ayah dia pulak tak balik kerja lagi. Jadinya masa tu dia tak ada makanan untuk dimakan memandangkan mak dan ayah dia lupa nak bagi dia duit belanja. Haa,, tak ke kita dah buat Abu terliur. Kesian Abu. Kalau nak post tu, pastu kita sedekahkan secret recipe tu kat semua friends kita kat Fb tak pe lah jugak. Jeles tau tak jeles. Haa kan, ia juga menyebabkan friends kita dapat dosa. Sebab jealous tu lah. Ha ha Tak tau.. Korang dah buatkan kawan korang berdosa. Parah kan masalah ni rupanya. Jadi jangan sembarangan post apa-apa kat laman sosial. Tapi sebenarnya boleh je.. Cuma tu lah.. Haa,, tak tau nak cakap camne.


Jadi, cuba lah kita jadi kan Facebook ke Twitter ke Instagram ke, tak kisah lah apa-apa social networks yang kita ada, kita jadikan ia sebagai platform untuk kita menjadi ke arah yang lebih baik. Malah menjadikan kita insan yang selalu mengingati Allah, mensyukuri nikmat-Nya yang melimpah ruah. Siapa kata kat facebook hanya untuk melepaskan boring lepas habis exam je. Untuk menambah kan keimanan pon boleh. Tapi mesti kena dengan caranya. Follow lah facebook yang pasal dakwah-dakwah. Yang selalu melakukan usrah online ke contohnya. Yang post pasal peringatan untuk manusia yang selalu lupa dan alpa. Haa,, kan bermanfaat tu. Baru lah sesuai jadi golongan Gen Y yang bijak pandai. Transformasi diri. Itu yang kita perlukan. Tapi ingat, follow benda yang betul je taw. Yang sahih. Kang tak pasal-pasal sesat. Nauzubillah.

*nama yang diguna tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah tiada.

Salam,
Azwa. ^_^v




Saturday, April 19, 2014

Waktu yang dilarang mandi

Bismillahirrahmanirrahim


1. 30 minit setelah Solat Asar
30 minit selepas Asar ialah waktu dimana darah dalam badan kita sedang panas. Jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan pekerjaan.

2. Setelah Maghrib
Jantung kita setelah Maghrib mulai lemah untuk melakukan pekerjaan. Jadi kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

3. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam
Setelah solat Isya', ini saatnya jantung kita perlu berehat. Jika mandi ketika ini mneyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air. Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2-3 pagi, itu akan memberikan tenaga kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah dicas semula.


 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN