Sunday, July 21, 2013

Giveaway Raya By Aliya Tralala & Nabila Biela

Bismillahirrahmanirrahim.
klik banner

Thank you..

Nasihat pendek-pendek

Assalamualaikum.. (Jawab jangan tak jawab, WAJIB) Salam fasa ke-2 Ramadhan.
Ok, makan lauk apa buka tadi? Mesti sedap kan. Mesti buka dengan family tercinta kan. Tapi saya di sini, walaupun almost everyday I makan lauk buka sama je (sampai macam dah naik jemu), walaupun hanya makan bersama kawan-kawan, saya tetap bahagia. KERANA IT IS RAMADHAN. BULAN KEBERKATAN. ALHAMDULILLAH. 

Ok, I have no rigid topic to be written here. So, cerita campur-campur je lah malam ni. Macam rojak. Firstly, I want to talk about FRIENDSHIP. Kita as a human, mesti perlukan at least seorang  kawan untuk kita luahkan apa-apa lah, yang kita rasa nak luahkan. Betul tak? Ye lah, cuba bayangkan, hidup kita ni xde sapa2, mesti sunyi gila. Boleh jadi gila. x.x So, saya percaya, korang mesti ada ramai kawan kan. Oleh yang demikian, dah ada kawan tu, bersyukur lah ye.
Allah datangkan kawan kepada kita sebagai tanda Allah sayang pada kita. Allah kasih pada kita. As we know, everything happens for a reason. Kalau kita fikir deeply, actually, banyak sangat hikmah Allah datangkan kawan kepada kita. Saya highlight sikit je lah kat sini. Pertama, Allah nak kita belajar cara kita menghormati kawan kita, regardless of their attitude, background and religion. And the second one, Allah nak uji kesabaran kita dalam mengharungi liku-liku persahabatan ni. So, fikir-fikir kan lah.

The second topic, I would like to write about TAMAKNINAH. Tahu x apakebenda Tamakninah ni? Pada yang tak tau, Tamakninah ni ada dalam rukun solat. Tapi, from my observation lah, saya tengok ramai yang tak take it as a serious matter. Padahal, Tamakninah ni ada dalam rukun solat kot. Tertinggal salah satu, boleh jadi tak sah kan (mohon dibetulkan kalau salah). Tamakninah ni dilakukan selepas rukuk dan sujud. Ia bermaksud berhenti sebentar. Daripada sumber yang pernah saya baca, berhenti tu, paling sekejap, setakat kita boleh baca subhanallah (dalam hati). Siapa yang tak Tamakninah, dia dikira mencuri dalam solat, kerana tidak rukuk dan sujud dengan sempurna. So, lepas ni, pada yang baru tau, sila lah buat tamakninah ni. Ok..
Ok, I think itu saja kot. Bajet cakap tadi macam nak tulis banyak cerita je kan. Hangat-hangat tahi ayam je tu. Hehe.. Ok, Selamat berpuasa. Selamat berpesta 'ibadah. Wassalam. 



Sunday, July 14, 2013

Giveaway Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Klik banner

Alhamdulillah selamat diijab kabulkan.

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Saya masih lagi diberikan nafas, ruang dan rahmat untuk saya dan KITA SEMUA menikmati hadiah besar dari Allah iaitu Ramadhan. Semoga kita sentiasa memenuhkan kesempatan yang diberikan ini dengan ibadah-ibadah. In sha Allah.

Ok, back to the topic. Alhamdulillah, pada tanggal 12 June lepas, (hehe, maaf lah, cerita dah lapuk, baru nak update 0_o..) kawan saya, Syahirah telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya yang tercinta iaitu Muhammad Nasril Amin. Untunglah syahirah dapat kahwin muda. Lepas ni boleh lah hang jadi macam Dena Bahrin. Haha.. Rezeki kau dapat jumpa jodoh awal. Dapat ustaz lagi tu.. Oh, Syahirah ni baru 18 tahun you..  Suami dia 22.. Korang-korang yang belom kahwin, tak rasa apa-apa ke? Haha.. Lupakan..


Comel je kan diorang.. Perkahwinan ni bertemakan islamic. Kat walimatul urus syahirah ni, pasang lagu-lagu nasyid.. Bagus kan. Nanti saya pon nak buat macam tu gak lah. Hmmm, berangan je lebih. Masa majlis akad nikah tu, ada peristiwa yang sangat mencuit hati. Hahaha.. Syahirah dengan Amin ni dah rancang, rancang sebelum akad nikah lah, yang Amin tak akan kucup dahi Syahirah masa membatalkan air sembahyang. Sebab tak elok lah kan tunjuk depan orang sebenarnya. Tapi benda ni dah jadi macam adat kan, so, ada lah sorang makcik tu suruh cium dahi syahirah jugak. Amin pon tak boleh nak kata apa-apa. Ikut je lah. Tu yang macam kelakar tu.. 
Ni waktu sebelah malam. Cantik Syahirah dengan busana nya yang serba putih. Nampak manis. Masa ni ada majlis khatam Al-Qur'an. Tenang je suasana sekitar majlis dengan alunan surah-surah juzuk 30 yang dibacakan oleh suami Syahirah, Amin.

Yang ni pula, pada keesokan harinya. Di majlis persandingan yang bertemakan arab. Siap ada makan nasi arab lagi tu. Tapi apakan daya, hari tu saya dah kene balik UIA tercinta. Melepas nasi arab Syahirah.
Untuk Syahirah : Walaupun status kau sekarang ni dah absolutely berbeza dengan kitorang(aku, Capa, Syakila, Daya), tapi harap kenangan waktu dulu-dulu, menjadi kenangan yang terindah zaman silam kita. Ingat lagi, balik sekolah, petang-petang, kita main ting-ting dekat sebelah garaj rumah Haikal. Pastu masa ko kecik-kecik dulu, mesti ko ingat lagi kan, masa kita main buaya-buaya, main nenek-nenek, mesti ko je yang jadi. Joe punya pasal lah. Kitorang pon seronok ah. Pastu Syakila suka buat pondok sebelah rumah dia. Ko pon pernah jugak buat pondok. Pastu main masak-masak. Banyak kerengga kat pokok pelam rumah ko. Haha.. :'( *kesat air mata.. Rindu zaman kegemilangan kita. 
Syahirah dan Amin menikmati bulan madu mereka.
And last but not least, gambar dari kanan, adik, mak dan juga saya. Kitorang nak jugak letak gambar. haha. Asyik jadi photogapher je. Hewhewhew.
Wassalam. 




 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN