Saturday, December 28, 2013

Our lives are still ongoing.

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, kita masih lagi dipinjamkan nafas yang sementara ni oleh Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah. Subhanallah.

Kita hidup ni, ada masanya kita happy, sedih, gelak ketawa, kecewa, macam-macam. Setiap orang mesti laluinya. Cuma caranya je yang berbeza. Lain orang, lain rasa, lain cara hidup. Tapi selalunya, manusia ni happy. Bila happy ni, kita rasa, wah, bahagianya... Rasa macam dunia ni kita yang punya. Rasa macam x nak bagi "bahagia" kita tu kat orang lain. Biar kita je yang rasa.

Tapi, cuba kita muhasabah diri balik. Semua tu hanya sementara. Bahagia tu akan hilang. Sedih tu akan hilang. Bahkan, diri kita juga akan hilang. Hilang dari dunia sementara ni. Masha Allah. Astaghfirullah Al-'Azim.. Dah berapa lama dah, kita lupa. Leka. X pernah nak cuba muhasabah. MATI ITU PASTI. PASTI. 

Kadang-kadang, terlintas kat benak saya, saya rasa macam tak guna semua kebahagiaan tu. Tak perlu semua kemewahan dunia. Tak payah nak susah-susah mencantikkan diri. Sebab semua tu hanya lah sementara. Sementara ye. Tapi, rupa-rupanya saya salah. Kehidupan ni semestinya ada peranan masing-masing. Manusia dihidupkan untuk menjadi khalifah. Untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sama lah juga seperti haiwan dan tumbuhan. Ada tanggungjawab masing-masing.


Ye lah, kita manusia. Manusia memang tak pernah terlepas dari buat kesalahan. Sebab tu lah Allah menganugerahkan kita akal fikiran yang memang tiada harga yang layak untuk diletakkan. Memang tahap infinity mahal. Bahkan lebih dari itu. Sebab tu lah, tak ada akal dijual di mana-mana kedai mahupun super store. Manusia sangat beruntung. Boleh berfikir. Lepas melakukan kesalahan, boleh muhasabah dan insaf. Siapa yang x memanfaatkan anugerah tu, memang tersangatlah rugi. *remainder utk diri sendiri jugak.. 

Jadi, sama-sama lah kita berubah ke arah kebaikan. Janji Allah itu pasti. Siapa yang beramal dengan segala arahan Allah dan meninggalkan larangan-Nya, pasti dia kan menemui kebahagiaan yang kekal abadi. Di Akhirat kelak. Masha Allah. Siapa yang x nak kan. So, keep on upgrading our imaan in every second. Go go chaiyok!! :)




Thursday, December 19, 2013

Tutorial letak gambar di sidebar blog

Bismillahirrahmanirrahim..
Thursday, December 19, 2013.
Hari ni result PMR released kan. So, congratulation kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang sedih berduka menangis mengenangkan result yang tidak memuaskan hati tu, x pe, just redha. Just be grateful. Allah telah showered love and uncountable nikmat upon us. Tapi kenapa yang sekecil-kecil result PMR tu juga yang kita nak berkira kan. Ingat, Allah knows the best for you. Yang penting, jangan putus asa. Cuba untuk SPM pulak ok! Keep on praying.

Ok, berbalik kepada title entry. Harini saya nak ajar siapa-siapa yang nak belajar cara letak gambar kat sidebar. So, korang boleh lah nak letak gambar korang ke kat sidebar blog korang tu kan, pastu, baru lah orang tau, ooo.. ni blog dia rupanya. 
Ni contoh gambar kat sidebar saya

Caranya senang je. 
1- Korang bukak Layout --->> Add a gadget --->> Pilih HTML/JavaScript 
2- Copy ni dan paste dekat ruangan yang disediakan.
<center><img src="URL gambar" width="180" height="auto"/></center>
<center>Ayat korang</center>

3- Warna merah : Gantikan dengan URL gambar yang korang nak letak tu. URL gambar boleh dapatkan di --->> SINI
Warna hijau : Korang boleh adjust width tu ikut suka hati korang.
Warna kuning : Letak lah ayat apa-apa yang koran nak.

4- Save. Siap.

Tuesday, December 17, 2013

CPUV again dari Nuffnang

Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar

Alhamdulillah, saya dapat CPUV lagi dari Nuffnang yang baik hati. Thank you so much. No words can express my feeling. Speechless. Gitu. Anyway, thank you, thank you, thank youuuuu sooo much. Saya tahu, Nuffnang tidak akan pernah mengecewakan bloggers. To beginner, you just have to keep waiting and struggling to have Nuffnang's attention. Don't give up. Sometimes, we must change and transform ourselves into a better one so that people will see us. Or, people just cannot realize our emergence. Same goes to Nuffnang.


Ok. Deep meaning. I hope there is no other misunderstanding. Keep praying for our better future. 


Monday, December 16, 2013

Cadangan untuk pelajar lepasan SPM

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ALa Aalihi Wasohbihi Wasallam.

Wah! Korang yang baru je habis SPM tu, tahniah lah. Mesti seronok gila kan dah habis SPM. Rasa macam merdeka betul kan. Saya dulu, no feeling. Haha. Tapi rasa ada perbezaan juga lah in term of kesibukan. Before SPM, busy baca buku. After SPM, busy tidur. Haha. Buku-buku terus simpan dalam laci x terusik langsung. Saya dulu, sampai berhabuk buku-buku tu semua. Akhirnya, ambil inisiatif untuk bagi kat sedara-sedara yang nak ambil SPM. Baru bermanfaat kan. Ha, korang mesti ada jugak yang buat macam tu.


Dah habis SPM ni, mesti korang tak tau nak buat apa kan. Tak kan lah nak duduk rumah goyang kaki sepanjang 5-6 bulan sementara tunggu panggilan ke IPTA atau IPTS kan. So, saya macam nak bagi cadangan lah kat korang, apa yang nak dibuat sepanjang cuti. 

1. Kerja
Cadangan ni mesti diletak kat nombor satu sebab, mesti lah ni cadangan korang jugak kan. Lepas SPM, nak kerja. Tu je lah. Mesti dari sebelum SPM pon, korang dah terpikir nak kerja kan. Anyway, kerja lah betul-betul. Tak kisah lah kerja apa, asal kan bermanfaat kepada diri, keluarga, negara, dan ummah. Dan yang penting, Kerja tu halal. In Sha Allah berkat.
Atau pun, ni sesuai hanya untuk wanita yang ingin memulakan bisnes, lelaki jangan tengok! Tengak kat SINI.

2. Ambil lesen
Ni pon cadangan common untuk budak-budak lepasan SPM. Hehe. Ingat, masa belajar bawa kereta tu, ikut setiap arahan cikgu tu taw. Even korang dah pro bawak kereta, kena jugak ikut setiap arahan dan ajaran yang dibagi. Cikgu memanndu saya dulu cakap, selalunya orang yang dah pandai bawak kereta ni, dia gagal masa JPJ test. Sebab dia ikut cara dia je nak bawak camne. Dah pro lah kata kan. Follow every step yang diajar. Ikut my experience, bukit senang, tapi masa JPJ test tu, ramai kandas kat situ. 

3. Jadi agen dropship
Kerja ni senang je. Kat Instagram ramai yang menyediakan peluang siapa-siapa yang nak jalankan dropship ni. Hanya buat kerja kat rumah je pon boleh(online). Contoh kerja agen dropship ni, korang hanya perlu promote barang yang korang jual tu, tak kisah lah online atau offline. Pastu, bila ada orang nak beli, korang bagi details customer tu kepada dropshipper korang dan dia akan hantar barang yang dibeli kepada customer tersebut. 
Best kan, kita x payah buat apa pon. Just promote, ambil order dan suruh dropshipper kita post kan barang tersebut. Untung pon kita dapat. Siapa yang rajin promote, untung boleh cecah RM100-RM500 sehari taw.

4. Duduk rumah baca email
Eh, siapa kata duduk rumah goyang kaki x boleh dapat duit. (Tapi janganlah goyang kaki je, buat lah apa yang patut kat rumah tu. Hehe.) Boleh tau actually. DAFTAR SINI. Korang just duduk depan tv, bukak smartphone korang dan baca email yang dihantar kat korang. Dalam 30 seconds macam tu je. 



Tuesday, December 10, 2013

Mimpi

ENTRY MIDNIGNT
Bismillahirrahmanirraheem..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallam..

Mimpi orang kata mainan tidur. Yes, I agree. Nama mainan tu, macam best je dengar kan. Hehe. Selalunya mimpi ni, waktu bangun tidur tu boleh ingat lagi lah sikit2, haa, berapa minit kemudian, mesti lupa kan. Kenapa eh? Memang macam tu kan. Semua orang macam tu. 

Tapi kalau masuk bab yang kita asyik mimpi orang yang sama tu, nak kata macam mana eh? Ye lah, mainan tu memang lah mainan kan. Tapi kalau dah asyik terpikir-pikir, "asal dia je yang aku mimpi?" mainan apa tu namanya? Mainan seriussss.. Tak boleh dibawak main ni.. Ceh. Main2 je. 

I have experienced it a lot. Asyik terpikir jugak lah. Tapi masa first time mimpi orang tu, xde lah pikir pon. Lantak je. Tapi bila masuk mimpi kedua, ketiga, ha, baru lah a few whys berlegar dalam fikiran. Berlainan jantina pulak tuh. Kalau sama jantina, ah, apa aku kesah kan. Hihihi. Ni ha, berlainan jantina! Dia tu memang kenalan saya lah. Tapi x rapat pon. Saya x suka pulak tu. Bukan tak suka benci taw. Tak suka, alah, tak suka biasa2 je. <Hint : Dulu lain sekarang lain> Eh, tetiba muncul hint. Abaikan je.

Regards,
azwa,
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=seraazwa


Thursday, December 5, 2013

Kenapa Aku Pilih Bidang Kejururawatan @ Nursing

Bismillahirahmanirrahim.. 
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallam.

Entry kali ni more to throwback lah gitu. Jangan lupa hashtag throwback (#throwback) ok.. Ahahah. I want to bring up the memory. Ni cerita pasal masa mula-mula kita tahu yang kita dapat bidang kejururawatan.


Masa cek result UPU tu, mula-mula tu agak gembira tak terkata  jugak lah. Sebab apa taw. Sebab kita ni dapat jugak tawaran IPTA. Ye ar, ramai taw kawan kita x dapat tawaran IPTA. Kira bersyukur lah kan. Lagi-lagi dapat pulak UIA. Hush, memang universiti impian taw, sejak sekolah menengah. Alhamdulillah sangat2. Masa tu, tak kisah dapat tawaran kursus apa. Nampak sangat tak ada cita-cita kan. Dapat apa, terima je lah. Time tu, kita dapat tawaran kursus kejururawatan. Alah, nursing lah senang. Malas nak tulis panjang2.

Pastu selang beberapa minggu, mula lah timbul klimaks kat situ. Kita dah mula rasa macam down. Sebab orang lain macam pandang rendah gila kat Nursing ni.
Kenapa ko ambik Nursing? Budak tak ada A pon boleh ambik doh. Betul ke ko nak ambik Nursing ni Jua?
Ha, macam tu lah orang kata. Tension taw. Tak ke hati kita rasa macam berbelah bahagi masa tu. Orang kata ni lah. Orang kata tu lah. Haih!! Last2, kita terima je. Nanti papehal, kalau nak tukar course ke, buat kat UIA bila dah register masuk nanti. Tu masa tu lah, pikir macam tu.


Dah masuk UIA, kawan-kawan yang satu course pon ada berfikiran macam kita jugak. Ramai sangat yang nak tukar. Yang kita ni, masih x ada pendirian yang kukuh. Masih lagi berbelah bahagi. Nak tukar ke tak nak. Nak tukar ke tak nak. Mak kita pon sama taw. Asyik tanya je, tak nak tukar ke? Sampai lah ke sem 3 kita stay di UIA tu, asyik berbelah bahagi. Siap solat Istikharah lagi. Mintak petunjuk mana yang baik untuk kita. Dan jawapannya, kita masih stay di Nursing.

Bagi kita, maybe ni rezeki kita ditempatkan di kalangan budak2 nurse yang comel2, baik2, lembut2 belaka. Haih!! Cair tau!! Haha.. Biar masa depan kita, kita yang tentukan. Kenapa orang lain nak tentukan masa depan kita kan. Macam lah diorang tau macam mana kita punya future. Itu semua rahsia Allah. Kita just perlu berusaha, bertawakkal dan berdoa. Yang penting, kita hanya berharap pada Allah Maha Mengetahui.

So, kepada pelajar-pelajar lepasan SPM tu, nnti kalau dapat result UPU, bersyukur apa adanya. Kalau x suka, minta petunjuk dari Allah yang mana baik yang mana buruk. Yang penting tawakkal jangan lupa. K.

Wassalam.
Salam sayang,
Azwa

Wednesday, December 4, 2013

Alhamdulillah. Nuffnang.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Lama sangat dah tak buka blog. Malas. Klau nak update blog ni kena bukak laptop. Ha, tu yang malas tu. Harini pon bukak sbab tadi adik main game. Lepas dia habis main, kita pulak yang sambung. Hehe


Saja lah tadi nak cek kita punya akaun Nuffnang. Alhamdulillah, kita ni memang x pernah dapat bonus CPUV. Memang sentiasa menunggu tau, Encik Nuffnang tau. Saya selalu menunggu awak. Ceh.. Rupa-rupanya dapat. Finally. Walaupun x lah banyak mana, tapi bersyukur sangat. Ye lah, first time kan. Jakun gila. 

So, siapa yang x daftar Nuffnang rugi gila. Sambil kita berblog, sambil boleh dapat duit poket. Mana tau rezeki memihak kan, boleh dapat beribu-ribu. Harap..

Selain Nuffnang, korang pon boleh buat duit di Churp2. Alah, siapa yang x tahu Churp2 ni kan. Kita rasa semua dah tahu. Tapi siapa yang belum, meh daftar kat sini >> DAFTAR. Kita pon dah pernah cashout duit dari akaun Churp2 ni tau. Alhamdulillah.

Thursday, November 7, 2013

Online shop yang murah-murah

Bismillahirrahmanirrahim.. 
^_^v

Malam ni, saya just nak share instagram yang menjual murah lah jugak, and semestinya affordable. In sha Allah. Ye lah, mostly, kita jumpa instagram atau facebook yang menjual barang-barang online ni, sometimes mencekik darah jugak. Kan? Apa yang mahal sangat nya tak tahu lah. Tengok sama je dengan online shop lain. Material sama. Ermmm, biasa lah, untung lebih.. Best tu.. Diorang penjual-penjual lah yang best. Kita yang customer ni, menyesal. Haha.

Ok, ni antara lists yang saya consider murah lah jugak.. Jemput ke ig diorang..

Thursday, October 31, 2013

Sejarah aku abad ini.

Bismillahirrahmanirrahim..

K, entahlah, lately, aku rasa macam emotional sikit. Emotional aku ni pelik. Aku asyik duduk diam, terpikir-pikir, pikir macam-macam. Kalau orang tu cakap something pelik sikit, otak aku dah mula nak work hard pikir. I dont know why. Haritu adik aku Adam cakap pelik, aku pikir kenapa dia cakap macam tu. Hmmm,, last-last, tak tahu jawapan. Memang macam tu pun selalu solutionnya bila aku diam pikir, no answer. Huh, buang masa kan, tapi entah, aku macam tu.

ok, no point

Ok, merepek pulak dah. Intro tah pape. For the beginning, I start with my last sem result. Ouh,, sungguh terkejut aku bila bukak je portal nak tengok result, first-first aku tengok, ayoyo, cgpa drop!! Mak aii,, tu lah, siapa suruh malas lagi. Padanlah muka! Haaa, kan. Tapi Alhamdulillah, masih dalam Dean's List. Just cgpa tu turun lah. Sebab gpa sem lepas aku turun.( ni paham tak beza cgpa dengan gpa ni?? Haha. Tak pe lah, yang budak U maybe paham kot, korang yang masih bersekolah ni, soon akan paham, ok.) :) 

Tak tahu lah nasib sem depan aku macam mana. Dah lah tukar kelas. Dapat pulak, sekelas dengan budak medic. Masha Allah. Diorang semua tu semua dah kenal each other, aku sorang je lah yang budak baru kelas tu. Memang stranger betul lah aku ni. Spoil. Nak-nak pulak, budak medic, budak pandai. Hmmm, memang ada hikmah sebalik semua ni. Redha je.. :)

K, dah, tak tahu nak cerita apa lagi. 





Sunday, September 1, 2013

Cara meminang yang ni memang menggerunkan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad,
Wa'Ala Ali Sayyidina Muhammad.


Dia : "Assalamualaikum awak .."
HambaNya : "Waalaikumussalam , ya saya .."
Dia : "Sudi tak awak untuk bernikah dengan saya ?
HambaNya : "Subhanallah , betul ? Awak serius ?"
Dia : "Ya . Saya serius , saya dah siapkan hantaran sekali dah ni ."
HambaNya : "Kalau awak betul - betul serius , nanti kita temukan ibu bapa kita sama - sama ."
Dia : "Tapi saya takda ibu bapa . Takpe .. kalau tak jumpa pun ibu bapa awak tetap kena terima saya menikah dengan awak . Sebab saya ni cinta sejati awak ."
HambaNya : "Amboi .. yakinnya dia . Okaylah saya tunggu awak datang jumpa saya ."
Dia : "Baiklah . Awak tunggu ya. Kita pasti akan disatukan jugak . Saya yakin sangat -sangat ."
HambaNya : "Saya rasa gembira sangat ni . Awak dah plan baju pengantin kita warna apa ?"
Dia : "Dah . Warna putih . Cantik kan ? nanti awak kena mandi dan bersihkan diri bila tiba hari itu tau ."
HambaNya : "Itu dah pasti . takkan saya tak mandi kot . Hehehe ."
Dia : "Alhamdulillah . Awak tunggu dan siap sedia ya ."
HambaNya : "Alhamdulillah . InshaAllah. Ehh , lupa nak tanya . Nama awak siapa ?"
Dia : "Nama saya .. Ajal .. Kematian .."

Allah Allah Allah

*Kalaulah Kematian Merisik kita camtu, sah sah kita tolak kan? :'( dah buat preparation untuk mnghadapi sakaratul maut? Allahu.. Mati itu di mana-mana dan bila-bila masa.

*self reminder 

Friday, August 30, 2013

~2nd Giveaway by Hijab Valley~

Bismillahirrahmanirrahim..


Tagged:

Friday, August 2, 2013

Janganlah merajuk.. Senyum (:

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam 24 Ramadhan peeps.. ^_^

Alhamdulillah. Selamat dah sampai rumah. Cuti sempena Hari Raya yang bakal menjelang. Tadi naik bas rasa pening macam nak muntah. Tapi sebaik tak muntah. Hmmm.. Ok, intro yang memang no point kan!!

OK, MEMANG XDE POINT LETAK GAMBO NI.
Actually, saya nak tulis pasal MERAJUK.. Haha. Ok, kelakar ke? Kenapa saya gelak. Pelik2. Dah dah, stop talking of such nonsense thing Azwa. Ok, MERAJUK! Merajuk selalu nya point to perempuan kan. Ada ke lelaki merajuk? Rasa nya xada kot. Setakat yang pernah saya jumpa, adik lelaki saya je yang pernah merajuk. Harap xada lah lelaki yang merajuk, nanti kang penat nak mikir macam mana nak pujuk. Dah lah hati lelaki ni keras. Gulp!!  Haha..

Biasa lah, perempuan dah memang dilahirkan dengan hati yang lembut kan. Betul tak? Kalau tengok cerita sedih je, mata mula lah nak mengalirkan air. Kalau kena marah sikit, dah... merajuk pulak.. Tu lah perempuan.. Tapi, saya bukan nak cakap yang pasal bila girlfriend merajuk, boyfriend pujuk. Ok,, no no no.. Saya ni antara yang sokong the thought that couple is haram(before nikah) ok.. So, tak de couple couple here. Not allowed. Kat sini, merajuk ni saya nak just tujukan dalam pesahabatan.

Common lah kan, dalam berkawan ni, mesti lah pernah merajuk, pernah terkecik hati, tersisih dan sebagainya. Manusia kan, takkan terlepas dari melakukan kesalahan. Saya bagi analogi kat sini, let say lah kan, kita ada dalam situasi yang mana kawan kita tu terlepas cakap. Dia cakap benda yang terang-terang kita tak suka, tapi dia terlepas cakap. TER ok. Faham kan, ada TER kat depan tu. That means she did not do it purposely.
So, kita kat situ, mesti lah terasa, betul x. Terus menerus je rasa tu datang. Muka dah lain dah time tu. En en en. Saya faham. Masa tu kita ikut perasaan kita je. Kita dah tak fikir dah, padahal kawan kita tu tak sengaja. Pastu, mula lah, nak merajuk apa ke benda semua tu. Haishh.. Kadang-kadang bila saya ada kat situasi yang lebih kurang macam ni, nak control merajuk tu, susah lah. Even bila tak merajuk pon, muka mesti lain sikit kan. Kadang, saya nak cuba lawan rasa yang memang tak baik tu. Insha Allah, boleh je.. Tak payah layan perasaan sangat. Azwa boleh!!

Memang susah sebenarnya, so kita have to take time. Sekejap je lah, jangan lelama sangat sampai berhari-hari merajuk. Berjam-jam tu pun dah dikira lama tau. Cuba stabil kan perasaan tu dulu. Take a deep breath and start or continue the conversation like x ada benda pon yang terjadi. Borak-borak, gelak-gelak macam biasa.

Kita ni, kalau kawan kita merajuk, mesti kita macam rasa x tenang kan. Haa, same like kawan kita tu, bila kita merajuk, dia pon susah. Cuba kita jadi kawan yang tak susahkan kawan kita. Ye, saya pon nak cuba jugak. Saya pon tak lepas dari menghadapi masalah ni. Pasal perasaan. Susah kan nak jaga satu-satu perasaan kawan kita. So, kita kena lah tolerate each other. Don't be too over and too open when you're with them. Ok, deal!! Kita cuba..

"SAHABAT SAMPAI SYURGA"
WASSALAM..


Sunday, July 21, 2013

Giveaway Raya By Aliya Tralala & Nabila Biela

Bismillahirrahmanirrahim.
klik banner

Thank you..

Nasihat pendek-pendek

Assalamualaikum.. (Jawab jangan tak jawab, WAJIB) Salam fasa ke-2 Ramadhan.
Ok, makan lauk apa buka tadi? Mesti sedap kan. Mesti buka dengan family tercinta kan. Tapi saya di sini, walaupun almost everyday I makan lauk buka sama je (sampai macam dah naik jemu), walaupun hanya makan bersama kawan-kawan, saya tetap bahagia. KERANA IT IS RAMADHAN. BULAN KEBERKATAN. ALHAMDULILLAH. 

Ok, I have no rigid topic to be written here. So, cerita campur-campur je lah malam ni. Macam rojak. Firstly, I want to talk about FRIENDSHIP. Kita as a human, mesti perlukan at least seorang  kawan untuk kita luahkan apa-apa lah, yang kita rasa nak luahkan. Betul tak? Ye lah, cuba bayangkan, hidup kita ni xde sapa2, mesti sunyi gila. Boleh jadi gila. x.x So, saya percaya, korang mesti ada ramai kawan kan. Oleh yang demikian, dah ada kawan tu, bersyukur lah ye.
Allah datangkan kawan kepada kita sebagai tanda Allah sayang pada kita. Allah kasih pada kita. As we know, everything happens for a reason. Kalau kita fikir deeply, actually, banyak sangat hikmah Allah datangkan kawan kepada kita. Saya highlight sikit je lah kat sini. Pertama, Allah nak kita belajar cara kita menghormati kawan kita, regardless of their attitude, background and religion. And the second one, Allah nak uji kesabaran kita dalam mengharungi liku-liku persahabatan ni. So, fikir-fikir kan lah.

The second topic, I would like to write about TAMAKNINAH. Tahu x apakebenda Tamakninah ni? Pada yang tak tau, Tamakninah ni ada dalam rukun solat. Tapi, from my observation lah, saya tengok ramai yang tak take it as a serious matter. Padahal, Tamakninah ni ada dalam rukun solat kot. Tertinggal salah satu, boleh jadi tak sah kan (mohon dibetulkan kalau salah). Tamakninah ni dilakukan selepas rukuk dan sujud. Ia bermaksud berhenti sebentar. Daripada sumber yang pernah saya baca, berhenti tu, paling sekejap, setakat kita boleh baca subhanallah (dalam hati). Siapa yang tak Tamakninah, dia dikira mencuri dalam solat, kerana tidak rukuk dan sujud dengan sempurna. So, lepas ni, pada yang baru tau, sila lah buat tamakninah ni. Ok..
Ok, I think itu saja kot. Bajet cakap tadi macam nak tulis banyak cerita je kan. Hangat-hangat tahi ayam je tu. Hehe.. Ok, Selamat berpuasa. Selamat berpesta 'ibadah. Wassalam. 



Sunday, July 14, 2013

Giveaway Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Klik banner

Alhamdulillah selamat diijab kabulkan.

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Saya masih lagi diberikan nafas, ruang dan rahmat untuk saya dan KITA SEMUA menikmati hadiah besar dari Allah iaitu Ramadhan. Semoga kita sentiasa memenuhkan kesempatan yang diberikan ini dengan ibadah-ibadah. In sha Allah.

Ok, back to the topic. Alhamdulillah, pada tanggal 12 June lepas, (hehe, maaf lah, cerita dah lapuk, baru nak update 0_o..) kawan saya, Syahirah telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya yang tercinta iaitu Muhammad Nasril Amin. Untunglah syahirah dapat kahwin muda. Lepas ni boleh lah hang jadi macam Dena Bahrin. Haha.. Rezeki kau dapat jumpa jodoh awal. Dapat ustaz lagi tu.. Oh, Syahirah ni baru 18 tahun you..  Suami dia 22.. Korang-korang yang belom kahwin, tak rasa apa-apa ke? Haha.. Lupakan..


Comel je kan diorang.. Perkahwinan ni bertemakan islamic. Kat walimatul urus syahirah ni, pasang lagu-lagu nasyid.. Bagus kan. Nanti saya pon nak buat macam tu gak lah. Hmmm, berangan je lebih. Masa majlis akad nikah tu, ada peristiwa yang sangat mencuit hati. Hahaha.. Syahirah dengan Amin ni dah rancang, rancang sebelum akad nikah lah, yang Amin tak akan kucup dahi Syahirah masa membatalkan air sembahyang. Sebab tak elok lah kan tunjuk depan orang sebenarnya. Tapi benda ni dah jadi macam adat kan, so, ada lah sorang makcik tu suruh cium dahi syahirah jugak. Amin pon tak boleh nak kata apa-apa. Ikut je lah. Tu yang macam kelakar tu.. 
Ni waktu sebelah malam. Cantik Syahirah dengan busana nya yang serba putih. Nampak manis. Masa ni ada majlis khatam Al-Qur'an. Tenang je suasana sekitar majlis dengan alunan surah-surah juzuk 30 yang dibacakan oleh suami Syahirah, Amin.

Yang ni pula, pada keesokan harinya. Di majlis persandingan yang bertemakan arab. Siap ada makan nasi arab lagi tu. Tapi apakan daya, hari tu saya dah kene balik UIA tercinta. Melepas nasi arab Syahirah.
Untuk Syahirah : Walaupun status kau sekarang ni dah absolutely berbeza dengan kitorang(aku, Capa, Syakila, Daya), tapi harap kenangan waktu dulu-dulu, menjadi kenangan yang terindah zaman silam kita. Ingat lagi, balik sekolah, petang-petang, kita main ting-ting dekat sebelah garaj rumah Haikal. Pastu masa ko kecik-kecik dulu, mesti ko ingat lagi kan, masa kita main buaya-buaya, main nenek-nenek, mesti ko je yang jadi. Joe punya pasal lah. Kitorang pon seronok ah. Pastu Syakila suka buat pondok sebelah rumah dia. Ko pon pernah jugak buat pondok. Pastu main masak-masak. Banyak kerengga kat pokok pelam rumah ko. Haha.. :'( *kesat air mata.. Rindu zaman kegemilangan kita. 
Syahirah dan Amin menikmati bulan madu mereka.
And last but not least, gambar dari kanan, adik, mak dan juga saya. Kitorang nak jugak letak gambar. haha. Asyik jadi photogapher je. Hewhewhew.
Wassalam. 




Tuesday, June 11, 2013

Tabiat buruk lepas exam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Salam ukhuwah wahai saudara ku. Aku sangat beruntung mempunyai saudara macam dikau. Saudara seIslam yang memahami antara satu sama lain. Moga2 lah. 

Lalalala..
"Menjelang hari raya, berakhirnya puasa, bergema takbir senja, menyambut syawal tiba. 
Suasana riang ria..."
OK, stop!! Cukup-cukup lah asyik nak raya je. Haissh,, sejak minggu lepas, saya asyik dengar lagu raya je. Haha.. Nampak sangat nak raya je kerjanya. Puasa xnak.. Apa nak jadi tak tahulah. 


Tengok tu!! Gambar atas tu!! Dah kenapa entah dengan aku ni.. Haha.. Bukan apa.. Tadi mood riang ria raya, ni tiba-tiba letak gambar orang tension. Eh2, jap, sebenarnya ni nak cerita pasal tabiat saya masa exam.. Huh. Masa exam, biasalah, semua orang mesti lah struggle kan. Yang malas pun akan menjadi super duper rajin bila musim exam menjelang. Nak cover topic2 yang selama ni buat dek je. Sampai tidur pun dengan buku. Haha.. Ok, yang tu biasa dah. 


Bila lepas exam pula, saya ni orangnya degil. Orang cakap jangan nak check2 balik jawapan. Yang dah lepas tu, lepas je lah. Focus on the next paper pulak. Haa, supposedly macam tu lah kan. Tapi saya ni, LAIN!! Nak jugak check paper yang baru lepas tadi.

Haha. Nampak tak, degil tak degilnya saya ni. Tapi degil bab ni lah.. Haha.. Last2, muka yang sepatutnya gembira bila dah lepas satu paper, aku pulak, muka dah macam kerang busuk. Eh, macam mana eh muka kerang busuk? Tu tak payah nak explain. Google sendiri. Tapi x taulah ada ke x sebenarnya muka kerang busuk ni. Huahuahua. ^_^

Tu lah, siapa suruh check kan.. Dari sekolah rendah lagi, cikgu dah pesan supaya jangan nak bukak balik kertas periksa yang dah lepas. Tapi sampai ke universiti, saya masih ingkar pesanan itu. Haduuuhh.. Akhirnya ended up by being like this.. T_________T. Maafkan saya cikgu.


Saturday, June 8, 2013

10 Blogger comel di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..

10 Blogger Comel Di Malaysia by Cik Lyeen Cupcakes
10 Blogger yang comel:
Umi dan Dinie

Segmen Simple Giler by Ayna

Joining segment.
Thank you

Friday, June 7, 2013

Baby Irine Nadia Marcello

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

Semalam, hari Khamis, 6th June 2013, blogger comel Irine Nadia Marcello telah selamat melahirkan puteri sulungnya. Tahniah kepada beliau. Alhamdulillah.
Comel kan. Mata macam ibu dia.


Wednesday, June 5, 2013

Cara jana wang dengan mudah

Bismillahirrahmanirrahim..

Tengah berblogwalking tadi, ternampak entry seorang kawan saya yang cerita pasal Assignjobs ni. Kalau nak tahu, ni lah tempat yang kita boleh membuat duit dengan senang sekali. Kita tinggal daftar je kat SINI, pastu kita buat lah kerja yang dia assign kat kita. Nanti hasilnya duit.. Hehe.

Tengok gambar yang saya buat anak panah tu. Saya baru je register, terus dapat 2 dollar. Dollar tu. Kalau tukar ke RM, dah berapa kan. Ni belom lagi belom buat kerja yang dia suruh, cuba bila kita dah buat. Mesti dapat banyak. Waaa..

So, apa tunggu lagi, jom daftar di ---->> ASSIGN JOBS

Saturday, June 1, 2013

Tonton Saya Sebenarnya Isteri Dia Online

Bismillahirrahmanirrahim..


Video pertunangan

Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat malam everyone. Ni saya kat dalam bilik duduk kat curuk, tepi katil ni haa.. Deyyy.. Banyak nyamuk. Nak pasang ubat nyamuk, malas pulak. (Tapi nak nulis ni rajin pulak) Haishh.. Ubat nyamuk elektrik pon malas nak pasang. Nampak sangat kemalasan aku kat SINI.

CERITA SEBENAR

Tengok tajuk, macam best ye dak?? Haishhh, nak kawen je tau.. Anyway, bukan saya yang bertunang pon. Ni jiran saya, Syahirah yang bertunang. Umur 18 tahun. Muda lagi. Nikah 16 jun ni insha Allah. Ok, layan video dia.


Thursday, May 30, 2013

SEGMEN : SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS

klik banner untuk join
Bismillah..
sebenanrnya,dah lama tidak membuat segmen memandangkan segmen sebelum ini agak kurang mendapat sambutan.Namun aku harap kali ini dapat sambutan dan supporters dari rakan-rakan semua!
SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
Tujuannya:adalah untuk menambahkan bilangan followers(rakan2 )dan meningkatkan traffic blog:)
untuk yang ingin join :
  1. follow blog JIAKREATIFELT ok
  2. add aku di google +
  3. Buat tajuk entry : SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
  4. Tinggalkan link entry korang di kotak komen aku

TARIKH TAMAT PADA 31 MEI 2013
JOM JOIN SEMUA~!...^_______^


Video yang sangat menyentuh hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, petang ni, cuaca sungguh mendamaikan. Angin sepoi-sepoi bahasa dari luar menghembus ke wajah ku melalui jendela-jendela yang terbuka luas. Subhanallah. Sungguh, Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.
Di kesempatan ini, mari kita sama-sama lihat dan hayati video pendek ini. 


Ok, thank you very much. Jom tengok yang satu ni pulak. Seronok kot. Best hanya di SINI.


Tuesday, May 28, 2013

Puntianak tenggek atas atap

Bismillahirrahmanirrahim..

Takut dan ngeri kan tajuk entry ni. Menggigil, meremang bulu roma. Huh..

KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong. Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja. 

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan. Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.

Puntianak tenggek atas atap
Jelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh. 

Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah. “Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal. 

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya. "Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Untuk maklumat lebih lanjut, baca di --->> SINI

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN