Bismillahirahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallam.
Entry kali ni more to throwback lah gitu. Jangan lupa hashtag throwback (#throwback) ok.. Ahahah. I want to bring up the memory. Ni cerita pasal masa mula-mula kita tahu yang kita dapat bidang kejururawatan.
Masa cek result UPU tu, mula-mula tu agak gembira tak terkata jugak lah. Sebab apa taw. Sebab kita ni dapat jugak tawaran IPTA. Ye ar, ramai taw kawan kita x dapat tawaran IPTA. Kira bersyukur lah kan. Lagi-lagi dapat pulak UIA. Hush, memang universiti impian taw, sejak sekolah menengah. Alhamdulillah sangat2. Masa tu, tak kisah dapat tawaran kursus apa. Nampak sangat tak ada cita-cita kan. Dapat apa, terima je lah. Time tu, kita dapat tawaran kursus kejururawatan. Alah, nursing lah senang. Malas nak tulis panjang2.
Pastu selang beberapa minggu, mula lah timbul klimaks kat situ. Kita dah mula rasa macam down. Sebab orang lain macam pandang rendah gila kat Nursing ni.
Kenapa ko ambik Nursing? Budak tak ada A pon boleh ambik doh. Betul ke ko nak ambik Nursing ni Jua?Ha, macam tu lah orang kata. Tension taw. Tak ke hati kita rasa macam berbelah bahagi masa tu. Orang kata ni lah. Orang kata tu lah. Haih!! Last2, kita terima je. Nanti papehal, kalau nak tukar course ke, buat kat UIA bila dah register masuk nanti. Tu masa tu lah, pikir macam tu.
Dah masuk UIA, kawan-kawan yang satu course pon ada berfikiran macam kita jugak. Ramai sangat yang nak tukar. Yang kita ni, masih x ada pendirian yang kukuh. Masih lagi berbelah bahagi. Nak tukar ke tak nak. Nak tukar ke tak nak. Mak kita pon sama taw. Asyik tanya je, tak nak tukar ke? Sampai lah ke sem 3 kita stay di UIA tu, asyik berbelah bahagi. Siap solat Istikharah lagi. Mintak petunjuk mana yang baik untuk kita. Dan jawapannya, kita masih stay di Nursing.
Bagi kita, maybe ni rezeki kita ditempatkan di kalangan budak2 nurse yang comel2, baik2, lembut2 belaka. Haih!! Cair tau!! Haha.. Biar masa depan kita, kita yang tentukan. Kenapa orang lain nak tentukan masa depan kita kan. Macam lah diorang tau macam mana kita punya future. Itu semua rahsia Allah. Kita just perlu berusaha, bertawakkal dan berdoa. Yang penting, kita hanya berharap pada Allah Maha Mengetahui.
So, kepada pelajar-pelajar lepasan SPM tu, nnti kalau dapat result UPU, bersyukur apa adanya. Kalau x suka, minta petunjuk dari Allah yang mana baik yang mana buruk. Yang penting tawakkal jangan lupa. K.
Wassalam.
Salam sayang,
Azwa
moga kita berjumpa di kulliyyah of nursing ye... persiapkan diri...insyaAllah
ReplyDelete-Senior 3rd year-
Hai salam. Saya nak minta tips how to survive during degree. Sebab saya pun ambik nursing, in shaa Allah bulan feb tahun hdpn
ReplyDeleteHai salam. Saya nak minta tips how to survive during degree. Sebab saya pun ambik nursing, in shaa Allah bulan feb tahun hdpn
ReplyDelete