Monday, December 16, 2013

Cadangan untuk pelajar lepasan SPM

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ALa Aalihi Wasohbihi Wasallam.

Wah! Korang yang baru je habis SPM tu, tahniah lah. Mesti seronok gila kan dah habis SPM. Rasa macam merdeka betul kan. Saya dulu, no feeling. Haha. Tapi rasa ada perbezaan juga lah in term of kesibukan. Before SPM, busy baca buku. After SPM, busy tidur. Haha. Buku-buku terus simpan dalam laci x terusik langsung. Saya dulu, sampai berhabuk buku-buku tu semua. Akhirnya, ambil inisiatif untuk bagi kat sedara-sedara yang nak ambil SPM. Baru bermanfaat kan. Ha, korang mesti ada jugak yang buat macam tu.


Dah habis SPM ni, mesti korang tak tau nak buat apa kan. Tak kan lah nak duduk rumah goyang kaki sepanjang 5-6 bulan sementara tunggu panggilan ke IPTA atau IPTS kan. So, saya macam nak bagi cadangan lah kat korang, apa yang nak dibuat sepanjang cuti. 

1. Kerja
Cadangan ni mesti diletak kat nombor satu sebab, mesti lah ni cadangan korang jugak kan. Lepas SPM, nak kerja. Tu je lah. Mesti dari sebelum SPM pon, korang dah terpikir nak kerja kan. Anyway, kerja lah betul-betul. Tak kisah lah kerja apa, asal kan bermanfaat kepada diri, keluarga, negara, dan ummah. Dan yang penting, Kerja tu halal. In Sha Allah berkat.
Atau pun, ni sesuai hanya untuk wanita yang ingin memulakan bisnes, lelaki jangan tengok! Tengak kat SINI.

2. Ambil lesen
Ni pon cadangan common untuk budak-budak lepasan SPM. Hehe. Ingat, masa belajar bawa kereta tu, ikut setiap arahan cikgu tu taw. Even korang dah pro bawak kereta, kena jugak ikut setiap arahan dan ajaran yang dibagi. Cikgu memanndu saya dulu cakap, selalunya orang yang dah pandai bawak kereta ni, dia gagal masa JPJ test. Sebab dia ikut cara dia je nak bawak camne. Dah pro lah kata kan. Follow every step yang diajar. Ikut my experience, bukit senang, tapi masa JPJ test tu, ramai kandas kat situ. 

3. Jadi agen dropship
Kerja ni senang je. Kat Instagram ramai yang menyediakan peluang siapa-siapa yang nak jalankan dropship ni. Hanya buat kerja kat rumah je pon boleh(online). Contoh kerja agen dropship ni, korang hanya perlu promote barang yang korang jual tu, tak kisah lah online atau offline. Pastu, bila ada orang nak beli, korang bagi details customer tu kepada dropshipper korang dan dia akan hantar barang yang dibeli kepada customer tersebut. 
Best kan, kita x payah buat apa pon. Just promote, ambil order dan suruh dropshipper kita post kan barang tersebut. Untung pon kita dapat. Siapa yang rajin promote, untung boleh cecah RM100-RM500 sehari taw.

4. Duduk rumah baca email
Eh, siapa kata duduk rumah goyang kaki x boleh dapat duit. (Tapi janganlah goyang kaki je, buat lah apa yang patut kat rumah tu. Hehe.) Boleh tau actually. DAFTAR SINI. Korang just duduk depan tv, bukak smartphone korang dan baca email yang dihantar kat korang. Dalam 30 seconds macam tu je. 



1 comment:

  1. Good idea.Tak pernah terfikir nak jadi dropship but i'll try sebab senang tak perlu keluar rumah.

    ReplyDelete

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN