Sunday, August 14, 2016

Sedarkah kita apa tujuan sebenar hidup?

Bismillahirrahmanirrahim

SEDARKAH KITA APA TUJUAN HIDUP YANG SEBENAR? Pernah tak terlintas di fikiran mengapa Allah pilih kita? Dalam berjuta-juta sperma, Allah pilih SATU sperma untuk disenyawakan dengan ovum. SATU dalam sejuta ye wahai sahabat-sahabat ku sayang kerana Allah. SUBHANALLAH. Ternya Allah memilih kita. Kita istimewa.

Namun, kita selalu lupa. Kita selalu alpa dengan dunia yang Allah sudah terangkan yang dunia ini hanya SEMENTARA. Walaupun cuma sementara, malangnya, kita selalu dialpakan dek kemewahan dan kefanaannya. 
Ye, kita manusia memang mudah tergoda dengan sesuatu yang menarik. Kita lemah sebenarnya. Kita lemah dengan godaan syaitan. 

"Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu." [Al-Baqarah: 168]

Allah sudah pesan siap-siap di dalam Al-Qur'an supaya kita tidak mengikut syaitan. Memang tugas syaitan itu untuk menyesatkan umat manusia. Dia sudah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan kita dan seluruh umat manusia sehingga ke Hari Akhirat nanti. Dan dia tidak pernah berputus-asa.

Wahai sahabat-sahabat penghuni syurga in sha Allah, syaitan itu tempatnya di dalam neraka. Semua sedia maklum neraka itu tempatnya maha dahsyat. Redha kah kita jika kita bersusah payah melalui titian As-Sirat untuk menuju ke neraka? Pasti tidak kan. Naudzubillah min dzalik.. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan ahli-ahli neraka. Ya Allah, jauhkan lah kami dari azab api neraka...

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepada-Ku." [Az-Zariyat: 56]
"Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang sebelummu, agar kamu bertaqwa." [Al-Baqarah: 21]

Sudah jelas apa tujuan hidup kita sebenarnya. Allah pilih kita. Kita ye, kita! Kita telah dipilih Allah ye wahai sahabat-sahabat sekalian. Allah pilih kita untuk hidup di dunia ini. Kenapa? Sebab untuk beribadah kepada-Nya. That's the ultimate purpose of our existence in this world.

Dalam beribadah, kita jangan lah lupa untuk melaksanakan tanggungjawab kita sesama manusia. Hubungan kita sesama manusia harus juga dijaga. Itu lah tujuan kita hidup bermasyarakat. Ukhuwwah fillah. 

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi kamu ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti." [Al-Hujurat: 13]

Jadi, mari lah kita bersama-sama memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab. Ingatlah, dunia ini tempat kita diuji, tempat kita bersusah-payah, tempat kita berpenat-lelah. Hasilnya, kita peroleh di akhirat kelak.
 
Sesungguhnya mati itu pasti. Hari Kiamat itu pasti. Di akhirat, kita mendapat pembalasannya. Apa yang kita lakukan di dunia ini, semuanya dikira. Segalanya dihitung dan ditimbang. Itu lah bekalan kita di sana nanti. Semoga bekalan baik kita lagi banyak dari bekalan buruk. Aminn.. 
Gapailah rahmat Allah. In sha Allah syurga tempat kita. 

Tuesday, May 17, 2016

Shopping website yang jual baju, kasut, murah-murah

Bismillahirrahmanirrahim...

Dunia yang kian maju sekarang ni membuatkan kita banyak kekurangan masa. Nak shopping raya pon tak ada masa dah kalau diikutkan. Ye lah, sibuk belajar, sibuk bekerja, sibuk melayan anak-anak, sampai nak reward diri sendiri dengan benda best-best pon susah. Ye tak?

Jadi, as our world comes to a development, we as well have to be developed. Right? Jangan tak tahu nak shopping online semua tu. Bukan apa, sebab shopping online bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga juga. So, I am here want to suggest 2 websites that offer you a very reasonable price on all of their items. Menarik bukan? Ini bukan omongan kosong tau. 

  • THE ONE MALL

Website theonemall.com  menyediakan banyak kelengkapan. Dari kelengkapan diri, rumah, sukan pon ada juga. Harganya masha Allah, sangat lah murah. Boleh rambang mata tau nak pilih. Cantik-cantik pulak tu. Kalau nak tahu, website ni based overseas ya. Jadi, kalau postage process tu, jangan lah tanya kenapa lambat sampai. Haritu saya beli, dalam seminggu juga lah baru sampai. Tak sabar nak tunggu tu.. Haha
Menariknya, anda juga berpeluang merebut harga promosi yang mereka offer. Satu barang RM1.00 sahaja dan free shipping. Haaa.. Best kan. Tapi dia ada specific time lah nak rebut offer ni. Kena cepat...


Image result for nile.com.my
Haa, website nile.com.my ni pon lebih kurang sama macam theonemall.com jugak. Banyak barang yang dijual dan juga murah-murah. Cuma, barang-barang dia tak sebanyak kat theonemall.com lah.. kalau korang shopping kat nile.com.my ni above RM100, korang boleh dapat free postage tau. Haa, so ajak ramai kawan-kawan shopping sama-sama, boleh jimat duit postage macam tu. Kan?

Yang menarik kat nile.com.my ni,dia selalu buat offer free postage. Contohnya masa tiba musim perayaan, haaa ada lah tu dia buat promotion macam tu.

Dalam bershopping tu, jangan membazir. Beli apa yang perlu je yee... ^_^v 

Tuesday, March 22, 2016

Wanita maut melambung dirempuh

Seorang wanita melambung sebelum jatuh tertiarap atas jalan selepas motosikal ditunggangnya bertembung kereta di Jalan Teluk Air Tawar, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, mangsa, Norshaharah Abdul Talib, 34, yang menunggang motosikal Honda Wave maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman.
Menurut saksi, ketika kejadian mangsa dari arah pekan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Air Tawar Indah manakala Toyota Vios dipandu wanita berusia 30-an dari arah Kepala Batas.
“Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dari pekan itu tiba-tiba membuat pusingan di tengah jalan menyebabkan pemandu Toyota Vios tidak sempat mengelak lalu bertembung,” katanya.

Thursday, March 17, 2016

Tips Makeup yang Anda Harus Tahu



Ramai wanita di luar sana yang menganggap bersolek kadang-kala agak melecehkan. Ini mungkin benar namun dengan mempelajari beberapa makeup tricks anda tidak perlu menjadi professional makeup artis unutk dapatkan solekan yang menarik. Malah ada tips solekan yang tidak memerlukan anda menghabiskan masa sehingga berjam-jam lamanya cukup sekadar beberapa minit sahaja. Selepas anda tahu apakah makeup tips yang dapat menyerlahkan wajah anda, ianya akan menjadi lebih mudah. Di bawah ini saya senaraikan antara tips makeup terbaik untuk wanita yang anda boleh pelajari.


Antara yang paling melecehkan tentang makeup ialah bila ianya tentang memakai maskara. Namun anda tidak lagi perlu risau tentang kesan-kesan mascara pada bahagian kulit di bawah mata anda kerana ianya dapat dielakkan dengan menggunakan sudu plastik seperti gambar di atas. Ianya juga dapat berikan pemakaian yang lebih tebal.


Mengelakkan penggunaan pemerah pipi yang terlalu tebal adalah lebih mudah jika anda tahu cara memakai blusher yang betul bergantung kepada jenis bentuk wajah anda.



Gaya solekan mata ‘cat eye’ sedang popular buat masa ini dan menggunakan tape anda dapat memakai eye liner dan eye shadow dengan lebih mudah bagi mendapatkan gaya yang anda mahukan. Ianya juga dapat memastikan balance pada bahagian kedua-dua mata anda.



Ada masanya maskara akan menjadi keras dan agak clumpy namun ini dapat dielakkan dengan menambahkan satu hingga dua titis eye drop untuk melembutkan cecair maskara!


Untuk mendapatkan gaya bibir yang anda mahukan selepas memakai lipstick agar kelihatan lebih menyerlah anda harus exfoliate bibir anda terlebih dahulu. Gunakan berus gigi bersama gula dan minyak kelapa untuk homemade lips exfoliate untuk tujuan scrub. 

Sunday, February 7, 2016

Siapa nak barang-barang FREE? Cepat daftar!

Bismillahirrahmanirrahimm..
Siapa nak barang percuma? Siapa nak? Haa,, mesti nak kan.. Jadi, apa kata korang daftar di laman web ni >> WOOP. Antara barang-barang dia offer:-
Image result for softlan laundry bagImage result for febreze refillImage result for joy sachet

Barang-barang yang dia bagi bukan ni je taw, ada lagi banyak.. Kalau nak tahu, cepat daftar. Join benda alah ni, nanti korang boleh redeem barang-barang ni kalau dah cukup point yang ditetapkan. DAFTAR SINI..

Dengan berdaftar di WOOP, korang kena buat tugasan yang diberi untuk kumpul point. Senang sangat-sangat. Tak payah promote ke apa ke, korang just jawab je soalan yang diberi. Setiap hari ada soalan-soalan yang perlu korang jawab. Soalan dia a few taw.. Pastu lepas jawab tu, korang akan dapat points.. Banyak gak lah points dia bagi..

Kalau nak cepat dapat banyak point dalam satu masa tu, cuba lah jawab BIG MISSION yang diberi. 

Ok, selamat mengumpul point. 
Daftar di >> SINI

Friday, February 5, 2016

Gambar-gambar pernikahan Akim dan Stacy

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama sekali, tahniah kepada Akim dan Stacy selepas selamat diijabkabulkan hari ini di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Dengan sekali lafaz, Akim sah bergelar suami kepada Stacy. Alhamdulillah..






Tahniah diucapkan kepada Akim dan Stacy. Semoga mahligai yang dibina dilimpahi dengan kasih sayang berpanjangan dan kekal ke akhir hayat. Amiinn...

Tuesday, February 2, 2016

WHO isytihar DARURAT ANTARABANGSA penularan Zika

Bismillahirrahmanirraheem..


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat antarabangsa berikutan penularan virus Zika bawaan nyamuk, yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran di Amerika. 

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) itu mengadakan mesyuarat tergempar pakar bebas di Geneva untuk menilai wabak berkenaan selepas menyedari kaitan mencurigakan antara ketibaan Zika di Brazil tahun lalu dan peningkatan bilangan bayi yang dilahirkan dengan kepala yang kecil. 

Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan ketika sidang media di Ibu Pejabat WHO di Geneva, Switzerland, semalam. - Foto EPA
Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, berkata selepas mengkaji semula bukti, jawatankuasa mendapati kelompok microcephaly dan komplikasi neurologi lain adalah peristiwa yang luar biasa dan turut dianggap ancaman kesihatan awam di bahagian lain dunia. WHO menganggarkan mungkin terdapat hingga empat juta kes Zika di benua Amerika tahun hadapan, tetapi tiada cadangan dibuat untuk menyekat perjalanan atau perdagangan. 

"Adalah penting untuk memahami, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil wanita hamil. Jika anda boleh menangguhkan perjalanan dan ia tidak menjejaskan komitmen keluarga, ia sesuatu yang boleh mereka dipertimbangkan," kata Chan. 

Tambahnya, jika perlu melakukan perjalanan, mereka boleh mendapatkan nasihat daripada doktor dan mengambil langkah perlindungan peribadi, seperti memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan ubat nyamuk. - AP

Sumber : Berita Harian 


Berita panas!! Sesiapa yang hendak mendapatkan promosi skin treatment, mari, cepat, sebelum terlambat >> PROMOTION SKIN TREATMENT

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dah dibuka. Cepat daftar!!

Bismillahirrahmanirrahim.. :)

Berita baik untuk semua mahasiswa dan mahasiswa yang sedang atau yang ingin meneruskan pengajian di universiti-universiti mahupun kolej!!

logo

Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini juga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah buka pendaftaran bagi yang ingin memohon.

Bagi yang ingin memohon, cepat lakuannya segera kerana tarikh pendaftaran buka dari 1 Februari 2016 hingga 29 Februari 2016. Korang boleh mendaftar secara online di http://tkwbns.selangor.gov.my/.

Dan, kalau korang berjaya untuk permohonan ni, korang kena attend dia punya interview tau.. :)  In sha Allah ok je interview dia kalau korang bersedia mentally and physically. Dan jangan lupa study lah bab-bab Negeri Selangor ni.. ^_^v  Kalau nak tahu macam mana saya kena interview dulu, jom ke -->> TEMUDUGA PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR.

Salam,
Azwa.



Mark Adam tinggalkan "isteri" kerana kanser??

Biarpun mencintai isterinya sepenuh hati, derita penyakit kanser yang ditanggung menjadi faktor utama penyanyi, Mark Adam, 37, membuat keputusan meninggalkan wanita itu. 


Begitupun, peminat usah cepat menghukum penyanyi berbakat itu kerana kisah berkenaan hanyalah cerita rekaan untuk klip video single terbaharunya yang berjudul Berat. "Lagu Berat adalah taruhan terbaharu saya khas buat peminat. 

Single ini berbeza daripada lagu yang mempopularkan saya sebelum ini. "Ia mengisahkan sepasang suami isteri terpaksa berpisah bukan kerana kehadiran orang ketiga atau sebagainya, sebaliknya akibat konflik yang lebih besar. Si suami menanggung derita penyakit kanser dan terpaksa melepaskan si isteri demi kebahagiaannya".

Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh peminat terhadap lagu ciptaan DJ Fuzz itu sangat memberangsangkan. Video single terkini saya itu baharu saja dilancarkan sebentar tadi," kata Mark atau Fikri Mark Adam kepada BH Online. 

Penyanyi kelahiran Cebu, Filipina ini kian mengukir nama di Malaysia dengan beberapa lagu seperti Pencuri, Si Katak, Marry Me dan Senyum Lagi. Bagi single terbabit, beliau mengambil risiko apabila mengetengahkan muzik yang agak berbeza daripada genre sebelum ini. "Saya sebenarnya mengorak langkah sebagai penyanyi menerusi lagu berentak balada, namun tidak dinafikan irama rancak berjaya melonjakkan nama saya di arena seni. "Diharapkan lagu Berat mendapat sambutan yang baik seperti mana lagu saya sebelum ini," katanya.

Selanjutnya di : Berita Harian


Berita panas!! Sesiapa yang hendak mendapatkan promosi skin treatment, mari, cepat, sebelum terlambat >> PROMOTION SKIN TREATMENT
 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN