Tuesday, March 22, 2016

Wanita maut melambung dirempuh

Seorang wanita melambung sebelum jatuh tertiarap atas jalan selepas motosikal ditunggangnya bertembung kereta di Jalan Teluk Air Tawar, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, mangsa, Norshaharah Abdul Talib, 34, yang menunggang motosikal Honda Wave maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman.
Menurut saksi, ketika kejadian mangsa dari arah pekan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Air Tawar Indah manakala Toyota Vios dipandu wanita berusia 30-an dari arah Kepala Batas.
“Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dari pekan itu tiba-tiba membuat pusingan di tengah jalan menyebabkan pemandu Toyota Vios tidak sempat mengelak lalu bertembung,” katanya.

No comments:

Post a Comment

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN