Tuesday, March 22, 2016

Wanita maut melambung dirempuh

Seorang wanita melambung sebelum jatuh tertiarap atas jalan selepas motosikal ditunggangnya bertembung kereta di Jalan Teluk Air Tawar, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, mangsa, Norshaharah Abdul Talib, 34, yang menunggang motosikal Honda Wave maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman.
Menurut saksi, ketika kejadian mangsa dari arah pekan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Air Tawar Indah manakala Toyota Vios dipandu wanita berusia 30-an dari arah Kepala Batas.
“Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dari pekan itu tiba-tiba membuat pusingan di tengah jalan menyebabkan pemandu Toyota Vios tidak sempat mengelak lalu bertembung,” katanya.

Thursday, March 17, 2016

Tips Makeup yang Anda Harus Tahu



Ramai wanita di luar sana yang menganggap bersolek kadang-kala agak melecehkan. Ini mungkin benar namun dengan mempelajari beberapa makeup tricks anda tidak perlu menjadi professional makeup artis unutk dapatkan solekan yang menarik. Malah ada tips solekan yang tidak memerlukan anda menghabiskan masa sehingga berjam-jam lamanya cukup sekadar beberapa minit sahaja. Selepas anda tahu apakah makeup tips yang dapat menyerlahkan wajah anda, ianya akan menjadi lebih mudah. Di bawah ini saya senaraikan antara tips makeup terbaik untuk wanita yang anda boleh pelajari.


Antara yang paling melecehkan tentang makeup ialah bila ianya tentang memakai maskara. Namun anda tidak lagi perlu risau tentang kesan-kesan mascara pada bahagian kulit di bawah mata anda kerana ianya dapat dielakkan dengan menggunakan sudu plastik seperti gambar di atas. Ianya juga dapat berikan pemakaian yang lebih tebal.


Mengelakkan penggunaan pemerah pipi yang terlalu tebal adalah lebih mudah jika anda tahu cara memakai blusher yang betul bergantung kepada jenis bentuk wajah anda.



Gaya solekan mata ‘cat eye’ sedang popular buat masa ini dan menggunakan tape anda dapat memakai eye liner dan eye shadow dengan lebih mudah bagi mendapatkan gaya yang anda mahukan. Ianya juga dapat memastikan balance pada bahagian kedua-dua mata anda.



Ada masanya maskara akan menjadi keras dan agak clumpy namun ini dapat dielakkan dengan menambahkan satu hingga dua titis eye drop untuk melembutkan cecair maskara!


Untuk mendapatkan gaya bibir yang anda mahukan selepas memakai lipstick agar kelihatan lebih menyerlah anda harus exfoliate bibir anda terlebih dahulu. Gunakan berus gigi bersama gula dan minyak kelapa untuk homemade lips exfoliate untuk tujuan scrub. 
 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN