Tuesday, June 11, 2013

Tabiat buruk lepas exam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Salam ukhuwah wahai saudara ku. Aku sangat beruntung mempunyai saudara macam dikau. Saudara seIslam yang memahami antara satu sama lain. Moga2 lah. 

Lalalala..
"Menjelang hari raya, berakhirnya puasa, bergema takbir senja, menyambut syawal tiba. 
Suasana riang ria..."
OK, stop!! Cukup-cukup lah asyik nak raya je. Haissh,, sejak minggu lepas, saya asyik dengar lagu raya je. Haha.. Nampak sangat nak raya je kerjanya. Puasa xnak.. Apa nak jadi tak tahulah. 


Tengok tu!! Gambar atas tu!! Dah kenapa entah dengan aku ni.. Haha.. Bukan apa.. Tadi mood riang ria raya, ni tiba-tiba letak gambar orang tension. Eh2, jap, sebenarnya ni nak cerita pasal tabiat saya masa exam.. Huh. Masa exam, biasalah, semua orang mesti lah struggle kan. Yang malas pun akan menjadi super duper rajin bila musim exam menjelang. Nak cover topic2 yang selama ni buat dek je. Sampai tidur pun dengan buku. Haha.. Ok, yang tu biasa dah. 


Bila lepas exam pula, saya ni orangnya degil. Orang cakap jangan nak check2 balik jawapan. Yang dah lepas tu, lepas je lah. Focus on the next paper pulak. Haa, supposedly macam tu lah kan. Tapi saya ni, LAIN!! Nak jugak check paper yang baru lepas tadi.

Haha. Nampak tak, degil tak degilnya saya ni. Tapi degil bab ni lah.. Haha.. Last2, muka yang sepatutnya gembira bila dah lepas satu paper, aku pulak, muka dah macam kerang busuk. Eh, macam mana eh muka kerang busuk? Tu tak payah nak explain. Google sendiri. Tapi x taulah ada ke x sebenarnya muka kerang busuk ni. Huahuahua. ^_^

Tu lah, siapa suruh check kan.. Dari sekolah rendah lagi, cikgu dah pesan supaya jangan nak bukak balik kertas periksa yang dah lepas. Tapi sampai ke universiti, saya masih ingkar pesanan itu. Haduuuhh.. Akhirnya ended up by being like this.. T_________T. Maafkan saya cikgu.


1 comment:

  1. kalau dah sure jawapan betul , memang terus g cek...tapi , kalau dah confirm salah , buat tak tahu je dgn buku tu..sampai bilik , terus bungkus dalam kotak , tak nak tengok dh...hehe

    ReplyDelete

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN