Sunday, July 14, 2013

Alhamdulillah selamat diijab kabulkan.

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Saya masih lagi diberikan nafas, ruang dan rahmat untuk saya dan KITA SEMUA menikmati hadiah besar dari Allah iaitu Ramadhan. Semoga kita sentiasa memenuhkan kesempatan yang diberikan ini dengan ibadah-ibadah. In sha Allah.

Ok, back to the topic. Alhamdulillah, pada tanggal 12 June lepas, (hehe, maaf lah, cerita dah lapuk, baru nak update 0_o..) kawan saya, Syahirah telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya yang tercinta iaitu Muhammad Nasril Amin. Untunglah syahirah dapat kahwin muda. Lepas ni boleh lah hang jadi macam Dena Bahrin. Haha.. Rezeki kau dapat jumpa jodoh awal. Dapat ustaz lagi tu.. Oh, Syahirah ni baru 18 tahun you..  Suami dia 22.. Korang-korang yang belom kahwin, tak rasa apa-apa ke? Haha.. Lupakan..


Comel je kan diorang.. Perkahwinan ni bertemakan islamic. Kat walimatul urus syahirah ni, pasang lagu-lagu nasyid.. Bagus kan. Nanti saya pon nak buat macam tu gak lah. Hmmm, berangan je lebih. Masa majlis akad nikah tu, ada peristiwa yang sangat mencuit hati. Hahaha.. Syahirah dengan Amin ni dah rancang, rancang sebelum akad nikah lah, yang Amin tak akan kucup dahi Syahirah masa membatalkan air sembahyang. Sebab tak elok lah kan tunjuk depan orang sebenarnya. Tapi benda ni dah jadi macam adat kan, so, ada lah sorang makcik tu suruh cium dahi syahirah jugak. Amin pon tak boleh nak kata apa-apa. Ikut je lah. Tu yang macam kelakar tu.. 
Ni waktu sebelah malam. Cantik Syahirah dengan busana nya yang serba putih. Nampak manis. Masa ni ada majlis khatam Al-Qur'an. Tenang je suasana sekitar majlis dengan alunan surah-surah juzuk 30 yang dibacakan oleh suami Syahirah, Amin.

Yang ni pula, pada keesokan harinya. Di majlis persandingan yang bertemakan arab. Siap ada makan nasi arab lagi tu. Tapi apakan daya, hari tu saya dah kene balik UIA tercinta. Melepas nasi arab Syahirah.
Untuk Syahirah : Walaupun status kau sekarang ni dah absolutely berbeza dengan kitorang(aku, Capa, Syakila, Daya), tapi harap kenangan waktu dulu-dulu, menjadi kenangan yang terindah zaman silam kita. Ingat lagi, balik sekolah, petang-petang, kita main ting-ting dekat sebelah garaj rumah Haikal. Pastu masa ko kecik-kecik dulu, mesti ko ingat lagi kan, masa kita main buaya-buaya, main nenek-nenek, mesti ko je yang jadi. Joe punya pasal lah. Kitorang pon seronok ah. Pastu Syakila suka buat pondok sebelah rumah dia. Ko pon pernah jugak buat pondok. Pastu main masak-masak. Banyak kerengga kat pokok pelam rumah ko. Haha.. :'( *kesat air mata.. Rindu zaman kegemilangan kita. 
Syahirah dan Amin menikmati bulan madu mereka.
And last but not least, gambar dari kanan, adik, mak dan juga saya. Kitorang nak jugak letak gambar. haha. Asyik jadi photogapher je. Hewhewhew.
Wassalam. 




No comments:

Post a Comment

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN