Wednesday, May 28, 2014

Syukur

Bismillahirrahmanirrahim..

Ni nak cerita pasal popularity. Kita manusia, mesti seronok kan bila famous, jadi popular gitu. Ramai orang kenal. Ni ada idea nak cakap pasal ni sebab adik saya sibuk nak call Anna Khayalan dan Aizat SkullSulivan tu melalui apps HYYPME. Haha.. Pastu bila diorang answer call dia, wahh,, bukan main seronok sekali dia. Siap repeat dengar banyak kali. Kecoh ar.. Haha..

Kadang-kadang bila difikirkan balik, buat apa nak kejar popularity kan, sebab dia dengan kita sama je. Manusia biasa jugak. Dia ada mata, ada rambut, sama macam kita yang tak BERAPA NAK POPULAR sangat ni kan. Tengok Siti Nur Haliza, Siti Saleha semua tu, diorang kan popular. Sometimes kita pon mesti nak jadi popular macam diorang kan. Tak pe, manusia semua ni ada kelebihan dia tersendiri. Mereka dianugerahkan bakat yang luar biasa sampai diketengahkan ke media. Kita ada jugak, cuma tak diketengahkan ke media. Sebab tu orang tak tahu. Bakat menulis, bakat make up, bakat memasak.. Haa, semua tu bakat ok.



Tapi mesti kita tak perasan, yang macam saya cakap tadi, semua manusia ada kelebihan dia tersendiri. Kita tak sedar akan kelebihan diri kita. Kita selalunya nampak kelebihan orang lain, yang kita punya tak nampak. Haa, mula lah ada orang yang bersedih duduk kat tepi katil nangis sorang-sorang sambil tumbuk-tumbuk lantai. "Kenapa aku tak guna? Kenapa aku tak jadi macam Aminah tu, dah lah pandai, cantik, putih? Kenapa aku selalu dipulaukan?"Persoalan-persoalan macam ni lah yang menyebabkan kita kufur ni'mat tau.

Jangan lah kita persoalkan apa yang dianugerahkan pada kita. Itu rezeki kita. Yang itu pulak rezeki mereka. Syukurlah dengan apa yang ada pada kita. Ingat, rezeki, jodoh, ajal semua dah tertulis untuk kita. Allah Maha Mengetahui atas segala perkara. DIA pasti anugerahkan kita semua ini dan itu dengan hikmah nya yang tersendiri. Kita je yang tak tahu. Ingat! perancangan Allah sangat lah cantik.


Kadang-kadang ada orang yang dapat straight A's masa SPM, tapi kat U tak dapat nak score pulak.

Kadang-kadang ada orang yang baru je dapat gaji, tapi malam tu, ada kecurian di rumahnya dan duit gaji dia habis dikebas pencuri.

Kadang-kadang ada orang yang cantik rupa paras, tapi disebabkan Allah berkehendak, maka tiba-tiba dia terlibat dalam accident ringan, tapi muka dia habis teruk sebab luka accident tersebut.
Jadi, rezeki kita ni tak menentu. Ada kalanya kita ada kat atas, ada kalanya kita berada di bawah. Tapi di dalam semua situasi tersebut, kita diarahkan oleh Allah SWT untuk sentiasa bersyukur. Sentiasa berbuat baik pada orang lain. Sebab ini hari dia. Mana tau esok-esok hari kita pulak. Kita tak tahu.

Wassalam.. [...]

Sunday, May 25, 2014

Design baru blog saya

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni dari pagi sampai lah tadi, semuanya diisi dengan mendesign blog ni haa. Haha.. Sebenarnya dari kat U haritu dah angan-angan masa cuti nanti saya nak buat design baru untuk blog saya ni.. Tapi masa mula-mula cuti haritu bukan main malas sangat nak buat apa-apa. Sampai lah akhirnya dapat jugak merealisasikan angan-angan yang tak lah berapa lama sangat terkubur tu. Alhamdulillah. Bagi blog pakai baju baru. Takkan tuan je nak beria menggayakan baju baru beli online je kan. Blog pon nak. Diri sendiri jugak yang puas bila tengok blog ada design baru. I buat sendiri youu.. ^_^v

Rasa sedih sebenarnya nak tukar design yang lama tu. Sebab tu pun hasil titik peluh sendiri jugak. Ye lah, walaupun tak sehebat orang lain edit blog, tapi usaha tu, yang menyebabkan kita rasa berat hati nak tukar ke design lain. Dan yang paling menyedihkan sekali, bila saya lupa nak printscreen design lama tu sebelum tukar design yang baru ni. Arghh,, bapak sedih! Nampak tak betapa aku ni tak menghargai benda yang berharga. Cis.. Tak dapat nak terkenangkan design lama bila rindu nanti. Takpe, yang penting ada dalam ingatan. 




Design kali ni saya membawakan konsep bunga-bungaan. Bunga rose.. Rose putih. Hehe.. Tuan dia sebenarnya tak lah berbunga-bunga orangnya. Kalau nak tahu, saya ni keras tau. Tak main lah bunga-bunga. Saya lagi suka motor daripada bunga. Tapi tak pe, blog ni saya buat tema bunga. Mana lah tahu nanti kot-kot saya suka bunga sebab blog saya ni haa.. Saya juga menggabungkan color hijau dan kelabu sebagai warna utama blog ni. Tapi nama blog ni masih lagi "LIMEGREEN" , sama macam dulu. Kenapa limegreen? Yang tu jangan tanya. Saya pon tak tahu. Haha. Email pon limegreen. Entah, tak tahu lah kenapa suka sangat nama limegreen ni. ~_~"

Tapi tak banyak sangat pon tukar untuk design baru ni. Banyak ambil yang design dulu punya je. Sikit-sikit je saya tukar. 

Kalau design dulu, ada gambar limau kat atas blog. Limau tu siap gerak-gerak lagi. Susah kot nak buat benda gerak-gerak tu, bagi orang yang baru nak belajar mengedit gambar macam saya ni. Sebab tu sedih bila nak tukar design baru ni. Limau tu sempena nama limegreen.. Haha.. Tak de idea masa tu nak buat gambar apa selain gambar limau. 

So, tu je lah. Wassalam..

Tuesday, May 20, 2014

Kenangan di CFS IIUM

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen 

Seperti di ENTRY sebelum ni, saya dah cerita yang saya dah graduated from CFS IIUM. Walaupun tiada konvo, graduated lah jugak. Ye lah, dah habis asasi. Asasi je pon, tak payah nak konvo-konvo bagai. Beriya pulak nak konvo-konvo kenn.

Memang best siapa yang ditakdirkan belajar di CFS IIUM ni. Ramai kot budak-budak lepasan SPM nak masuk UIA ni. Sebab apa? Sebab best lah. Ada macam-macam. Pastu siapa yang belajar kat CFS ni, dia dah confirm-confirm masuk UIA untuk pursue degree nanti. So, tak payah lah nak risau-risau, pening-pening, kat mana lah korang akan tercampak lepas habis asasi nanti, sebab nama korang memang dah ditempatkan di UIA untuk degree nanti. 

Pastu, kat CFS ni, you are allowed to change to your favorite course as long as you are determined to pursue in that course. Sebab siapa yang nak tukar course, kena bayar RM 50 taw. Banyak tu.. Tapi, masa last sem dekat CFS ni, siapa yang perform hebat-hebat masa exam-exam sem lepas-lepas, diorang akan get offer untuk pursue ke Medicine, Dentistry atau Pharmacy course. Ketiga-tiga courses ni critical courses taw. Memang orang-orang yang terpilih je akan masuk course ni. Kira orang-orang pandai je layak. Yang offer ni tak payah bayar RM 50 pon. Just kena attend interview dia je. Kalau layak, haa,, dapatlah.. 

Ok menyimpang dah jauh. Kata nak cerita kenangan. Ermmm,, tak tahu nak cerita apa. Bagi gambar je lah. Kan a picture tells thousands stories. 


Mahallah Khadijah yang gah tinggi tu.

Gambar ni bukan kat CFS IIUM, tapi kat Mid Valley. Dekat sangat dengan CFS IIUM, PJ ni.

Roommates








Salam sayang dari Azwa yang hebat. ^_^v Hehe

CPUV dari Nuffnang yang baik hati

Alhamdulillah. abang Nuffnang bagi CPUV pulak untuk bulan lepas. Maaf lah abang Nuffnang, saya dah lama tak buka Akaun Nuffnang saya. So tak perasan pulak abang bagi award ni. *award lah sangat.. Hhee.. Apa-apa pon, thank you sangat sangat. Saya gembira taw. 

Masih on going lagi.. 


Wednesday, May 14, 2014

Habis sudah asasi UIAM

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallam

Alhamdulillah.. Tadi habis dah last paper untuk final exam saya. Dan itu bermakna tamat lah sudah khidmat saya sebagai pelajar di CFS IIUM aka Pusat Asasi UIA. Khidmat pelajar kat sini je habis. Tapi title sebagai seorang pelajar ni kita pegang sampai bila-bila. 
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ 
Tiba-tiba rasa sebak pulak habis dah asasi. Asasi kat UIA ni jangan confuse pulak. Kat sini memang asasi lama sikit nak habis berbanding dengan matrik dan asasi kat tempat lain. Kat tempat lain setahun. Haa, kat UIA ni ada yang setahun, ada yang setahun setengah dan ada juga yang 2 tahun. It is all depending on the language performance kita. Saya kat sini 2 tahun.. Huu,, mula-mula sedih dapat 2 tahun. Maklumlah BI x hebat mana pon. Sebab tu kena lama sikit kat asasi ni. Haa,tapi itu lah yang menyebabkan UIA ni special. Bukan tu je, banyak lagi specialities in UIA ni. So juniors, apa lagi, meh penuhkan UIA ni. 


Duduk UIA makin berisi haa. Sebab makan kat sini murah lah jugak. Haha
Sepanjang duduk UIA ni, banyak kebaikan dan hikmah yang saya dapat. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah letak aku di UIA. Kat sini lah, senang saya nak jumpa dengan geng-geng usrah. Kat sini lah, saya belajar apa itu "muslimah yang sebenar". Kat sini lah tempat yang memang boleh dikatakan dalam seminggu tu, kerap ada talk dan ceramah. Haa,, banyak lagi kebaikan UIA ni. Ada bi'ah solehah lah. Haa,, ada lagi. Banyak. 

Dulu masa mula-mula masuk sini, rasa macam bila lah nak habis asasi ni. Kawan-kawan saya yang masuk matrik semua dah habis. Diorang dah masuk dah pun degree. Saya hmmm, masih terkedek-kedek nak habis kan asasi. Sedih ar jugak. Siapa tak sedih woi.. Belajar lama, kawan yang sebaya kita dah grade. kita masih lagi di tahun akhir pengajian. Asasi pulak tu. Tapi tak pe, relax sudah. Zaman belajar lah zaman yang paling berharga. Zaman yang sangat enjoy. Enjoy?? Ermm, bolehlah.. Ingat lagi dulu masa zaman sekolah dulu. Zaman pakai kasut warrior. Zaman saya jadi pengawas. Zaman jadi MPP. Hushh,, leleh kot bila ingat balik. Bukan apa. Rinduu.. Rindu cikgu. Rindu perhimpunan pagi. Rindu makanan Dewan Makan. Rindu Shatirah. Eh..
Classmates for the last sem in CFSIIUM. Bakal-bakal doktor ni, jangan main-main. Saya je yang tersesat kat kelas ni. Hihi
Sekarang ni, asasi pulak yang saya dah langkah. Dan ini merupakan turning point untuk saya langakah ke step yang lagi satu. Iaitu menempuhi zaman degree. Takut jugak dengan kesibukan budak degree ni. So, huh, cuti ni, kena relax, tenangkan minda, lapangkan dada, biar nanti masa masuk degree, senang ilmu nak masuk. Mudah-mudahan. Hehe. Degree nanti kat UIA Kuantan. Hmmm,, mak... ayah.... kita sedih nak duduk jauh-jauh. Duduk PJ ni pun selalu jugak lah homesick. Tapi berlagak, tak nak balik. Nak test diri ni tahan ke tak kalau tak balik. Tapi homesick tak hilang-hilang. Tak tahu lah nanti macam mana kat Kuantan. Harap-harap dapat bertahan. 4 TAHUN KOT KAT SANA!!! Sabar Azwa sabar! 

Salam sayang dari Azwa yang hebat! Hehe
 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN