Friday, September 19, 2014

Pelajar UiTM menemui ajal

Bismillahirrahmanirrahim..
Allhumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallam

Mendapat berita mengenai kematian sesungguhnya mendatangkan keinsafan dalam diri kita. Lagi-lagi jika kematian itu dari kalangan saudara terdekat dan rakan-rakan. Terkejut. "Sungguh tak sangka pertemuan petang tadi merupakan pertemuan terakhir aku dan dia." Itu merupakan ungkapan yang biasa kita dengar jika berlaku sesuatu kematian dalam kalangan rakan-rakan. 

Baru tadi saya scroll over my facebook timeline, pandangan saya tiba-tiba tertumpu pada satu berita yang sungguh menyayat hati. Seorang mahasiswa UiTM berusia 20 tahun menemui ajal di kampus kerana kemalangan. Sungguh, kematian tidak mengenal usia. Dan juga, harus di highlight kan di sini, kematian mahasiswa tersebut bukan lah disebabkan kemalangan. Tetapi, disebabkan oleh ketetapan dan ketentuan dari Allah yang Maha Berkuasa.

Namun, sesetengah masyarakat mungkin tidak sedar atau pun barangkali jahil, sebab most of the time jika berlakunya kematian atau pun kemalangan, kita mesti mahu salahkan pihak kedua yang terlibat. Walhal, semua yang berlaku sudah ditetapkan oleh Allah. Astaghfirullah Al-'Azim

"Shah Alam: Kegembiraan seorang penuntut wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, yang sedang merakam gambar bersama rakannya berakhir tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta di kawasan kampusnya, petang semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, mangsa, Fatin Farah Farradia Yusof, 20, maut selepas mengalami kecederaan dalaman.Sebelum kejadian, mangsa dikatakan baru selesai menghadiri kuliah bersama dua lagi rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah wanita berusia 54 tahun.Akibat rempuhan itu, mangsa jatuh dari bukit pada ketinggian kira-kira lima meter. Mangsa adalah penuntut Diploma Sains Sukan dan Rekreasi tahun kedua dan berasal daripada Dungun, Terengganu.Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Prof Dr Azizul Halim Yahya berkata, mangsa dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh kereta menyebabkan mangsa tercampak.Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kerana mengalami pendarahan dalaman kira-kira jam 7.30 malam.“Pensyarah yang merempuh mangsa dikatakan mengalami masalah kesihatan sebelum kejadian sehingga menyebabkan beliau gagal mengawal kenderaan yang dipandunya.“Pensyarah terbabit kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk mendapat pemantauan doktor,” katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat HTAR, semalam.Jenazah Fatin akan dibawa ke kampung halamannya di Dungun untuk dikebumikan sebaik proses bedah siasat selesai dijalankan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu." 

[ Source:  http://www.alumniuitm.org.my/ ]

Ada orang yang sihat walafiat boleh meninggal dunia. Bahkan, orang yang tidur pun boleh meninggal dunia. Ingat, Allah telah menetapkan rezeki, ajal dan jodoh sejak kita dari alam rahim lagi. Hal mati ni, tidak awal sesaat dan tidak lambat sesaat. Ia berlaku tepat dengan apa yang Allah telah tetapkan. 

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Thursday, September 18, 2014

Permohonan biasiswa JPA dah buka!

Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah Allahu Akbar Alhamdulillah


Berita baik untuk sesiapa yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda! Permohonan biasiswa JPA sekarang dah dibuka. Alhamdulillah, so apa tunggu lagi, mohon segera! Tarikh tutup 23 September 2014 ni. Permohonan boleh di buat di sini --->> http://esilav2.jpa.gov.my/

Syarat-syarat permohonan, boleh baca di SINI

Monday, September 1, 2014

Daftar untuk dapat hadiah free

Bismillahirrahmanirrahim
Allahu Akbar, Subhanallah, Alhamdulillah

Nak hadiah free tak? Nak voucher KFC free? Nak kamera instax free? Nak tak? Mesti lah nak kan. Siapa tak nak barang free ye tak? Hehe.. So, apa lagi, korang daftar lah WhoHAA ! Kat website ni, lepas korang daftar dan log in, kerja korang senang je. Mudah, petik jari je, dah boleh earn points. 

Kat sini, kerja korang kena earn point sebanyak mungkin, as many as you can. Makin banyak points yang korang ada, makin cerah lah peluang untuk redeem hadiah-hadiah yang superb best. Best gila WhoHAA ni.. Senang pon senang.
Home
Cara untuk korang dapat points tu, senang gila saya nak cakap ni. Korang just perlu jawab soalan yang diberi. Soalan dia? Ermmm, tak payah cakap lah, senang gila. Memang ar, tak tahu nak describe macam mana kesenangan dia. Tapi senang kacang lenang betul. So, cepat daftar. Daftar kat sini --->> WhoHAA

Ni antara contoh-contoh hadiah yang boleh di redeem :-

Best kan. Jom daftar --->> DAFTAR WHOHAA
 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN