Tuesday, January 13, 2015

Faiz Dickie tercalon di ABPBH 2014


Best gila ABPBH 2014 kali ni membawakan satu anugerah yang sangat best. Memberikan kelainan dari anugerah-anugerah yang lain. Anugerah Personaliti Popular seolah-olah memberikan penghargaan kepada "public figure online" yang banyak menyumbangkan warna-warni dalam media sosial.

Faiz Dickie ni pon tercalon taw. Lawaknya pasti mebuatkan kita semua tak kering gusi bergelak ketawa tak berhenti. Kalakar sangat. Ni antara kata-kata Faiz Dickie yang saya petik di laman instagram beliau --->> http://instagram.com/faizdickievp/

HahahahaTak pernah terfikir pon nak tercalon dalam #ABPBH2014 ni haaa
Tapi dah alang-alang Berita Harian dah calonkan, terus abang gigih buat poster bagai! Haha
Thank you lah ye warga BH sebab appreciate abang punya artwork #komiksengal ni ha. Bagi abang dah tercalon di peringkat awal ni pun dah cukup bertuah. Abang tak harap menang pun *ucapan klisĂ© padahal dah siap tempah baju and prepare winning speech bagai* haha
But seriously. Thank you :) Tercalon ABPBH, such a great way to start my 2015. Hew hew
Anyway kalaulah ada #villagepeople yang nak vote abang. Kalaulah ade okayy.. leh gi kat www.abpbh.com.my then gi cari Kategori Online ABPBH 2014. Under sub-kategori PERSONALITI POPULAR, ade nama FAIZDICKIE.
Thenn scroll ke bawah dan kau akan nampak butang VOTE. Then follow je la instruction itu. Setiap vote ke atas abang, kau akan dapat hadiah iaitu ciuman basah dari #cikyam haha

Friday, January 9, 2015

Lepak yang membawa manfaat

"Pap!" Yish mengetuk bahu Sayyidah yang dari tadi dilihatnya mengelamun termenung jauh bagai memikirkan masalah negara gamaknya. Sayyidah yang sedang asyik memandang daun-daun berguguran itu terkejut dengan tindakan Yish itu.

Eh mak kau mak aku! eh... eh.. Astaghfirullah Al-'Azim.... Yish...!! Terkejut aku! Bagi lah salam dulu.. Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau tak.. Rasa nak gugur je jantung aku kau tahu!" marah Sayyidah. 

"Wah, 1,2,3,4 .. Banyaknya kerut kat dahi kau.. Haha.. Rileks lah, janganlah marah.. Sorry lah.. Assalamualaikum ya Sayyidah yang comel, putih lagi gebu.. Hihi..", kata Yish sambil mengira kerut di dahi Sayyidah dengan jari telunjuknya sambil tergelak. "Hish, Aku tak ada duit kecik nak bagi kau lah! Waalaikumusslam warahmatullah.. Haa, macam tu lah, kan bagus kalau mulakan dengan salam.." jawab Sayyidah dengan nada yang agak tinggi sedikit. Barangkali kerana hormon adrenalin nya masih mengalir laju di dalam darahnya.

"Alah, Sayyidah.. Jangan lah marah.. Aku saja je nak bergurau dengan kau, tak boleh ke.. Dengan siapa lagi aku nak bergurau kalau bukan dengan sahabat aku yang sorang ni..," pujuk Yish seakan-akan berasa bersalah dengan tindakannya yang membuat Sayyidah terkejut tadi.

"Aku maafkan lah.. Tahu pun takut.. Haha.. Tapi, jangan buat macam tu lagi taw," kata Sayyidah sambil tergelak melihat kecuakan sahabat karibnya itu.

"Yeah.. Baiknya kawan aku ni.. Ya Allah... terima kasih sebab Kau anugerahkan aku kawan macam Sayyidah ni. Dah lah cantik, senang memaafkan orang pulak tu.. ," kata Yish sambil sengaja meninggikan nada suaranya agar doanya itu didengari oleh orang yang lalu lalang di sekitar itu. 

"Weh, over lah kau ni! Malu aku. Dah dah. Kau ni nak apa sebenarnya. Aku nak rilex-rilex ambil udara sorang-sorang, kau kacau pulak. Baru nak dapat mood tadi. Potong stim lah kau .. "

"Amboi.. ambik udara tak ajak aku. Tak, bukan apa. Aku tengok kau asyik termenung je sejak lepas subuh tadi. Aku curious tahu tak.. Risau aku tengok kau. Apa masalah kau? Share lah dengan aku.. Mana tahu aku boleh tolong. Or at least kau boleh kurangkan sikit bebanan kau tu.. Share lah, share lah.. Aku nak tahu.. Hehe," ulas Yish panjang.

"Eh, kau perasan eh? Hehe.. Tak ada apa-apa pon lah. Aku saja je nak fikir apa yang aku dah buat selama aku hudup ni. Alah, muhasabah diri bak kata orang. Haa.." kata Sayyidah.

"Ewah, alhamdulillah, bagus sungguh kawan aku ni. Nanti-nanti ajak lah aku bila nak muhasabah diri. Kita muhasabah sama-sama. Baru gempak. Suasana tu lagi hidup kalau ada aku sekali. Haa, gitu," tambah Yish.

"Ok kawan, beres! Eh, dah pukul berapa ni? Dah nak masuk zohor kan? Jom lah kita balik bilik. Lagi pon hari ni kan hari Jumaat. Aku tak baca Surah Al-Kahfi lagi ni. Jom balik," ajak Sayyidah.

"Eh, ha'ah lah, Aku pun tak baca lagi. Lupa pulak hari ni hari Jumaat. Pastu lepas solat kita boleh pergi lobi blok. Hari ni kan Kak Anisah nak bagi tazkirah jumaat, mesti best tajuk hari ni,"
 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN