Monday, March 11, 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

SELAMAT TENGAHARI

Join segmen tengahari ni jom.. Merapatkan lagi ukhuwah kita sesama blogger..

Klik banner
Follower sekarang : 320


Asteroid menghampiri bumi

Cape Canaveral: Asterois sebesar satu kawasan bandar bergerak hampir dengan Bumi kelmarin, kejadian terbaru dalam beberapa siri objek angkasa lepas termasuk sebuah asteroid bersaiz sebuah bas meletup di ruang udara Russia bulan lalu.

Panjang 140 meter

Asteroid itu baru dikesan enam hari lalu, sepanjang 140 meter diberi nama ‘Asteroid 2013 ET’ berada kira-kira 950,000 kilometer ketika lalu dekat dengan Bumi jam 3.30 petang EST (2030 GMT). Jarak berkenaan adalah kira-kira dua setengah kali ganda jauh dari bulan dan dianggap dekat jika menggunakan skala kosmik. “Apa yang menakutkan ialah kita tidak tahu langsung insiden ini,” kata Presiden Slooh Space Camera, Patrick Paolucci, ketika satu siaran web memaparkan imej langsung asteroid berkenaan dari sebuah teleskop di Kepulauan Canary.

Laju 41,843 kilometer sejam

Bergerak pada kelajuan kira-kira 41,843 kilometer sejam, asteroid itu boleh memusnahkan sebuah bandar besar jika ia melanggar Bumi, tambah jurutera teleskop Slooh, Paul Cox. Asteroid 2013 ET adalah lapan kali ganda lebih besar berbanding asteroid bersaiz sebuah bas yang meletup di ruang udara Chelyabinsk, Russia, pada 15 Februari lalu. Kekuatan letupan itu bersamaan 440 kiloton dinamit, mencetuskan gelombang kejutan hingga memecahkan cermin dan merosakkan bangunan selain mencederakan lebih 1,500 penduduk. Lewat hari itu, satu lagi asteroid kecil dikenali sebagai DA14 melepasi 27,680 kilometer dari Bumi, lebih hampir berbanding satelit cuaca di orbit. Dua lagi asteroid kecil juga akan berada hampir dengan Bumi hujung minggu ini.
REUTERS

Sumber: BH

Indahnya

Assalamualaikum.. Jawab jangan tak jawab..

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak menjengah blog ni, akhirnya hari ni dapat juga buka. Bukan tak mahu, tapi kekangan masa dan kesibukan line internet di UIA. Dan hari ni, disebabkan saya berada di rumah, saya boleh melawat blog saya dan blog kawan2 setiap minit dan saat. Ok, tu saja lah greeting saya. Haha..

Actually, saya nak cakap sikit saja, pasal fitrah. Fitrah ialah sifat semula jadi yang wujud dalam diri kita sebagai manusia sejak azali lagi. Kalau bayi baru lahir, dia akan menangis. Itulah fitrah bayi. Kalau lapar, kita makan. Tapi kat sini, saya nak highlight kan pasal fitrah berpasangan. Bila usia menginjak ke alam remaja, pasti kita berperasaan. Perasaan ingin berpasangan. 


Biasalah, saya pun tak nafikan yang saya juga pernah merasa seperti itu. Sebab itu kan fitrah. Tapi, kita harus tahu menjaga batas2 kita dalam perhubungan. Jangan over sangat. Lagi senang, kita harus tahan diri kita dari berpasangan. Kalau suka pada seseorang tu, pendam je perasaan tu. Tapi, lain orang lain cara. 

 Bukan apa, sudah terang lagi bersuluh, bercinta atau ber'couple' ni, banyak sangat keburukannya. Lainlah kalau kita bercinta dengan yang halal. Bercinta dengan orang yang belom lagi tentu dia akan menjadi suami atau isteri kita ni, boleh menyebabkan hati kita bergolak dek hasutan syaitan. Kadang-kadang, ia boleh menyebabkan kita menghampiri zina. Nauzubillah min dzalik. Harap-harap, kita semua terpelihara dari perbuatan keji ini.



 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN