Sunday, May 25, 2014

Design baru blog saya

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni dari pagi sampai lah tadi, semuanya diisi dengan mendesign blog ni haa. Haha.. Sebenarnya dari kat U haritu dah angan-angan masa cuti nanti saya nak buat design baru untuk blog saya ni.. Tapi masa mula-mula cuti haritu bukan main malas sangat nak buat apa-apa. Sampai lah akhirnya dapat jugak merealisasikan angan-angan yang tak lah berapa lama sangat terkubur tu. Alhamdulillah. Bagi blog pakai baju baru. Takkan tuan je nak beria menggayakan baju baru beli online je kan. Blog pon nak. Diri sendiri jugak yang puas bila tengok blog ada design baru. I buat sendiri youu.. ^_^v

Rasa sedih sebenarnya nak tukar design yang lama tu. Sebab tu pun hasil titik peluh sendiri jugak. Ye lah, walaupun tak sehebat orang lain edit blog, tapi usaha tu, yang menyebabkan kita rasa berat hati nak tukar ke design lain. Dan yang paling menyedihkan sekali, bila saya lupa nak printscreen design lama tu sebelum tukar design yang baru ni. Arghh,, bapak sedih! Nampak tak betapa aku ni tak menghargai benda yang berharga. Cis.. Tak dapat nak terkenangkan design lama bila rindu nanti. Takpe, yang penting ada dalam ingatan. 




Design kali ni saya membawakan konsep bunga-bungaan. Bunga rose.. Rose putih. Hehe.. Tuan dia sebenarnya tak lah berbunga-bunga orangnya. Kalau nak tahu, saya ni keras tau. Tak main lah bunga-bunga. Saya lagi suka motor daripada bunga. Tapi tak pe, blog ni saya buat tema bunga. Mana lah tahu nanti kot-kot saya suka bunga sebab blog saya ni haa.. Saya juga menggabungkan color hijau dan kelabu sebagai warna utama blog ni. Tapi nama blog ni masih lagi "LIMEGREEN" , sama macam dulu. Kenapa limegreen? Yang tu jangan tanya. Saya pon tak tahu. Haha. Email pon limegreen. Entah, tak tahu lah kenapa suka sangat nama limegreen ni. ~_~"

Tapi tak banyak sangat pon tukar untuk design baru ni. Banyak ambil yang design dulu punya je. Sikit-sikit je saya tukar. 

Kalau design dulu, ada gambar limau kat atas blog. Limau tu siap gerak-gerak lagi. Susah kot nak buat benda gerak-gerak tu, bagi orang yang baru nak belajar mengedit gambar macam saya ni. Sebab tu sedih bila nak tukar design baru ni. Limau tu sempena nama limegreen.. Haha.. Tak de idea masa tu nak buat gambar apa selain gambar limau. 

So, tu je lah. Wassalam..

2 comments:

  1. ahaha XD
    samalah sy tak print screen pun tiap kali tukar image blog..
    tapi ttadak prubahan sangat so tak kisah :D

    dah macam cita Rosalinda :3 white rose XD nice ^___^ cuma tak minat dgn bunga ros XD
    hehe

    ReplyDelete

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN