Friday, June 27, 2014

Syukur rezeki Nuffnang

Bismillahirrahmanirrahim..

Just nak cakap thank you so so much, Nuffnang. I'm glad to be chosen as the one you trust. So happy.


2 have been credited and I wait for the other 7. :)

Thursday, June 26, 2014

Hikmah saya diletakkan di UIA Gombak

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen.. 

Dalam previous entry, saya ada cakap yang saya dah safely arrived at UIA Gombak. At first, memang saya rasa macam, ishh,, kenapa lah saya kena ambil short sem ni? Time kawan-kawan aku tengah menikmati cuti yang sangat lama, aku kena belajar. Tak aci ar diorang dapat beRamadhan kat rumah. Aku? Ishhh! Keluh saya dalam hati. Amboi Azwa kuat mengeluh rupanya. Banyak sangat syaitonir rojim masa tu. Astahfirullah..

Tapi, betapa saya ni sangat pelupa, sangat suka bertindak melulu tanpa memikirkan akan hikmah yang Allah letakkan saya di UIA. Hmmm, Azwa oi Azwa, apa lah nak jadi dengan kau ni kan. Allah dah kasi banyak sangat nikmat, dan nikmat yang bakal kamu dapat di UIA, tapi boleh pula kamu ni mengeluh. Azwa Azwa. Menyesal.

Tapi sekarang ni, Alhamdulillah, saya dah dapat hikmah saya berada di sini. Ya Allah,, terima kasih. Allahu Akbar. Allah takkan bagi kesusahan kepada kita beyond kita punya kemampuan. Percayalah! Sungguh, hanya pada-Mu aku memohon keampunan, perlindungan dan segalanya. Allah.. 


Di sini, di UIA yang penuh barakah ni In Sha Allah, Allah menganugerahkan saya foreigner lecturers. Yang sorang dari Uganda bernama Ustaz Kabuye Uthman, dan sorang lagi Ustaz Adil Khan dari Pakistan. Masha Allah. Mereka sangat.., ermm, tak tahu nak describe macam mana.

Ustaz Kabuye Uthman ni, Masha Allah, Subhanallah, banyak sangat ilmu dia. Tak kurang juga pengalamannya. Nampak kelihatan baru usia 30 lebih, (tapi tak tahu lah kalau dia nampak muda), memang, banyak ilmunya. Nampak macam seorang hafiz Al Quran. Masha Allah. Macam mana eh nak cakap, ermmm,, entah lah, bila Ustaz Kabuye Uthman ni lectures kat kami students dia, entahlah, saya rasa macam lain tau. Seolah-olah dapat merasakan setiap patah kata Ustaz Kabuye Uthman menusuk kalbu, setiap patah kata dia menyentuh hati saya. MashaAllah. Nikmat yang sungguh besar. Kadang-kadang, at the time he lectures, tiba-tiba saya tersedar akan kesalahan dan kesilapan saya. Boleh megalirkan air mata you all..

Ustaz Adil Khan pula, masha Allah, ilmunya juga banyak. Beliau banyak mengingatkan kami supaya membaca Al-Quran. Kalau boleh, baca sekali terjemahannya. Baru dapat mendalami setiap bait kata-kata mulia lagi suci dari Allah. Al-Quran mukjizat terbesar Nabi kita yang mulia Nabi Muhammad S.A.W dan Al-Quran mampu memberikan kita syafa'at di akhirat kelak. Dan pasti, Akhirat itu lah kehidupan sebenar yang kita tuju dan kehidupan yang kekal abadi. 

Bakal menjalani Ramadhan di UIA ni merupakan anugerah yang tak ternilai bagi saya. Sebab apa tau. Sebab ramai seniors dan lecturers cakap, Ramadhan di UIA Gombak ni, memang rasa sangat. Faham tak?? Hehe.. Alah,, rasa macam barokah dia.. Bila terawih tu, seniors lah yang cakap, saya tak rasa lagi, diorang cakap, kalau terawih kat masjid UIA ni, rasa macam teringat kat Mekah. Wah. Sebab dengan environment nya yang penuh dengan foreigners dari bermacam-macam negara. Maklumlah, universiti antarabangsa lah katakan. Bangga saya. Hehe. 


Tapi apa-apa pun, no matters where the place we celebrate Ramadhan, it will never give any mean if we do not strive to achieve the advantages in it. Rugi kan. Ramadhan merupakan hadiah dan peluang untuk umat Islam menggandakan pahala.

So, selamat berpesta ibadah kepada saya dan seluruh umat Islam. 

Friday, June 20, 2014

Short sem di UIA Gombak

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Aalihi Wasohbihi Wasallam

Alhamdulillah, tadi pukul 9 pagi tadi for the first time saya datang ke UIA Gombak. Memang teringin dari dulu nak pergi sini. Cantik gila! Serious wa cakap, lu kena percaya maa.. Saya datang sini untuk ambil short sem. Sepatutnya subjek ni ambil masa degree di UIA Kuantan, tapi disebabkan jadual yang sangat padat, maka solusinya, kami kena ambil subjek ni awal dari budak-budak lain, di short sem. So, happy! Happy sebab budak-budak lain dapat cuti panjang, dapat menikmati the whole Ramadhan bersama keluarga, dapat menikmati the whole Syawal bersama keluarga, TETAPI kami tidak. So, happy lah.. Faham x, HAPPY!


Masa dah sampai sini je, terus bukak waze. UIA ni besar gila. Cantik. Pastu nak cari mahallah memang payah. So guna lah alternatif Waze. Bagus Waze. You deserve this compliment because you have helped me so much. Tq2. Siap tunjuk parking lagi si Waze ni.  

Bilik sangat puas hati.. Hehe. Gembira sungguh bila dapat bilik secantik ni. 


Monday, June 16, 2014

4 CPUV untuk bulan June dari Nuffnang

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Illahi kerana saya masih lagi diberi peluang untuk merasa rezeki dari abang Nuffnang lagi. Kalau tak reti-reti nak bersyukur tu, tak tahu lah apa nak kata kat Azwa ni. Ish ish ish.. Untuk bulan June ni, saya dah dapat 4 CPUV dari abang Nuffnang. Saya harap akan bertambah lagi.. Hehe.. Dan semuanya masih lagi on going.. Belum credited lagi.

Antaranya ialah..
  • Whisper Mesh & Cotton...
  • Petronas Primex 94
  • Tune Money - Big Travel...
  • Huawei Ascend P7

So, terima kasih ye abang..
Siapa yang tak daftar Nuffnang ni memang sangat rugi.

Sunday, June 15, 2014

Jalan-jalan di Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallam

Fuhh,, lately panas sungguh ye dunia. Barangkali disebabkan oleh fenomena El-Nino yang dihebahkan di Buletin Utama tempoh hari. Masha Allah.. Bila difikirkan balik, mesti ini semua merupakan peringatan Allah kepada semua manusia. Especially to Malaysians lah kan, sebab panas ni di Malaysia kan. Negara lain tak tahu lah. Allahu Akbar..

Semalam 14/6/2014. Tarikh adik saya dilahirkan ke dunia yang serba banyak penipuan dan helah ni. Bukan main seronok dia. Seminggu sebelum tarikh kesukaan dia tu, dia asyik ingatkan orang je mengenai hari jadi dia. Haha. Siapa tak seronok ye tak? Pastu mak cakap, "Sepatutnya kau yang bagi hadiah kat mak did.. Mak yang sakit-sakit lahirkan kau". Pastu Aidid cakap, "Alah .. tak ada hadiah.. (jawab sengih-sengih).. Kitaorang tak sambut beria pon. Just makan kat luar. Kat Putrajaya je pon.


Makan-makan. Lepas makan, kitaorang jalan-jalan kat Putrajaya tu. Plannya, mak nak pergi pesta bunga tu, apa entah nama dia. Alah, yang kat Presint 4 tu. Kan. Mak saya memang minat pokok bunga. Baru-baru ni, minat orchid membuak-buak. Banyak dah pokok orchids kat rumah saya. Rupanya cantik jugak pokok orchid ni kan. Selama ni buat tak tahu je akan kecantikannya. Ok, sampai-sampai je kat pesta bunga tu, uhh, bukan main panjang beratur nak masuk tu. Cuaca memang panas lah time tu. Berpayung. Berpeluh. Pastu, tak jadi masuk sebab malas. Haha..


Pastu ayah bawak pusing Putrajaya. Pastu saya tanya lah adik saya.
Saya: Aidid, cantik tak Putrajaya?
Aidid: Cantik.
Saya: Ye lah, Putrajaya ni kan Tun Dr. Mahathir yang tubuhkan.. Mesti lah cantik.
Aidid: 'diam' 
Tak sangka, dulu Putrajaya ni hanya estet je. Banyak pokok kelapa sawit. Tapi dengan adanya idea yang hebat, minda yang ligat lagi genius anugerah Allah, Masha Allah, maka wujud lah Putrajaya yang sungguh indah dan moden. Memang terpegun tengok Putrajaya. Maklumlah, dah lama tak jejakkan kaki di Putrajaya ni. Selalunya mak dengan ayah je pergi berdua. Anak-anak malas nak berjalan. La ni baru lah rajin nak berjalan.

Ok, wasallam.
Salam sayang,
Azwa


Thursday, June 12, 2014

Giveaway saya nak striped skirt

Bismillahirrahmanirrahim

  • Jom join giveaway jom..
  • Tak ada apa-apa syarat pon..
  • Hadiah dia dapat skirt.
SAYA NAK STRIPED SKIRT.
SEMOGA MURAH REZEKI SAYA.

Klik gambar ini untuk join the giveaway

Shawl untuk hari raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Di ambang-ambang nisfu sya'aban ni, semestinya korang semua dah buat persiapan untuk Ramadhan yang bakal menjengah tiba kan. Alhamdulillah.. Semoga kita diberi peluang untuk menghadapi Ramadhan bulan barakah yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua muslimin dan muslimat. Dan selepas Ramadhan, bulan Syawal pulak. 

Haa, untuk bulan Syawal, pastinya korang nak bergaya sakan kan? Tipu lah kalau tak nak. Nak baju baru, nak tudung baru, nak kasut baru, nak songkok baru, haa semuanya baru lah.. So, nii saya nak recommend kat korang, siapa-siapa yang nak beli shawl yang cantik dan labuh dan sangat berkualiti, kain dia best (saya dah cuba taw), beli lah kat sini ---->> Shawls_bynur. Harga pon sangat berpatutan tau. Bukan saya je yang dah cuba, Dena Bahrin pon dah cuba shawl dari Shawls_bynur ni taw. So apa lagi korang, serbu jom!!




AYA PRINTED SHAWL
 Material : high quality chiffon Price : RM30 exclude postage.  Size : 2mx0.7m * curve end cut 


Aya Plain shawl 
Price : RM 25 exclude postageMaterial : High Quality Chiffon  Size : 2mx0.7m * curve end cut 


HANA GLITTER SHAWL  
Material : chiffon crepe Price : rm 32 exclude delivery . Buy 3 for rm 90 (excl. Postage) Size : 2mx0.7m * curve end cut Description : long and wide enough to cover our aurah properly. Hana glitter xjarang dan sgt selesa dipakai . Glitter jelas dilihat drpd jarak dekat. flow nya cantik dan terletak . Pakai sekali nak lagi . ;)  


Bukan sahaa shawl dijual taw, Inner neck magic pon ada jugak! Inner neck magic ni sangat sesuai kepada yang takut-takut nak pakai shawl sebab muka bulat ke apa ke, sebab inner magic ni boleh membentuk muka kita jadi bujur taw.  Inner neck magic ni merupakan antara yang hot seller jugak.
INNER NECK MAGIC 
Price : rm 25 exclude postageMaterial : cotton spandex Description : 1. Wajah anda lebih bujur, tidak melekap di dahi & mudah terbentuk 2. Menyembunyikan dagu berlapis(double chin) anda 3. Membuatkan anda lebih selesa walaupun cuaca panas 3. Sesuai untuk semua jenis bentuk muka 4. Inner neck ini juga menutup aurat wanita dengsn sempurna 5. Diperbuat daripada kain cotton, stretchable dan menyerap peluh 6. Boleh dibawa berenang, jogging 7. Mudah dicuci ( menggunakan mesin basuh atau basuh tangan) 

Dengar khabarnya, Shawls_bynur nak buat special collection untuk hari raya nanti. So apa lagi, follow Shawls_bynur cepat! Jangan ketinggalan peluang ni. Kang melepas, nangis pulak. Follow Shawls_bynur.



Wednesday, June 4, 2014

Trip to Pangkor Island with my beloved family

Bismillahirrahmanirrahim..

Actually saya pergi Pulau Pangkor ni bulan 5 hari tu.. Tapi la ni baru terfikir nak update pasal ni kat blog. Lambat kan. Sebab sebenarnya malas nak cerita tapi entah lah,, tiba-tiba nak cerita.

Kronologi (gituu) 
Sabtu
Haritu mak cakap tak jadi nak pergi Pulau Pangkor sebab adik saya time nak pergi Pulau Pangkor tu lah dia nak pergi kem. Mengada betul. Pastu mak pon macam sedih sebab mak memang dah plan nak pergi Pulau Pangkor dah lama. Nak pergi minggu lain tak boleh sebab minggu depannya ayah nak pergi Langkawi, konvoi naik moto besar ramai-ramai. Minggu depannya busy. Pastu minggu depannya lagi cuti sekolah 2 minggu dah. Tak nak pergi time tu sebab mak cakap cuti sekolah lagi mahal resort-resort. Jadi penyelesaiannya adik saya yang pergi kem tu tak ikut lah dia ke Pulau Pangkor sebab dia nak sangat pergi kem tu. Melepas..

Kitorang bertolak dari rumah hari Sabtu selepas Subuh. Pastu sampai jeti pukul 11 pagi macam tu. Pastu makan-makan kat jeti, pastu baru lah bertolak naik feri. Dah lama tak naik feri. Last naik feri masa rombongan MPP ke Langkawi time form 5 dulu. Seronok gila. Ok, jakun. Haha..I mabuk darat sebenarnya, tapi laut tak. Haha..





Pastu selamatlah sampai di Pulau Pangkor. Sesampai je jeti, terus naik kereta sewa untuk ke tempat penginapan. Kitorang sewa resort murah-murah je. Haha.. Almaklumlah, budget kena jaga jugak. Resort kitorang depan pantai je. Pastu lepas zohor, kitorang jalan-jalan sekitar pantai. Pastu naik boat.. Best gila. Rasa macam nak naik boat lagi. Pemandu boat tu bawak kitorang pusing-pusing laut tu. Tunjuk batu cantik-cantik. Batu bentuk bermacam-macam. Pastu mandi pantai kat pulau. Air jernih gila. Boleh nampak ikan berenang-renang. Banyak batu karang yang dah mati. Sakit kot bila terpijak, Maka, banyak lah kesan-kesan luka akibat tidak berhati-hati. Padan muka.



Ahad
Haa, hari ni hari last di Pulau Pangkor. Alah, percutian kitorang memang selalunya 2 hari je. Dah biasa dah. Kitorang tak macam orang-orang lain yang pergi holiday sampai 5-6 hari. Sebab isnin ayah kerja. Pagi tu kitorang mandi pantai lagi. Haha. Pastu lepas mandi, dah bersih semua, siap-siap untuk check out. Pastu naik feri.. Yeah.. Hehehe Sampai jeti, kitorang shopping kat situ. Haha.. 

Dalam perjalanan balik tu, ayah singgah kat Bukit Titiwangsa kat Kuala Selangor. Kat situ kitorang naik kereta yang panjang tu untuk naik ke atas bukit tu. Pastu bagi monyet makan. Haha.. Best jugak. Monyet tu siap panjat badan saya lagi sebab nak makanan. Ganas jugak. Tapi tak sakit pon. Comel ada lah. Macam nak bawak balik je monyet-monyet tu. Haha


Pastu akhirnya sampailah ke rumah. Hehe.. Alhamdulillah..


 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN