Sunday, February 7, 2016

Siapa nak barang-barang FREE? Cepat daftar!

Bismillahirrahmanirrahimm..
Siapa nak barang percuma? Siapa nak? Haa,, mesti nak kan.. Jadi, apa kata korang daftar di laman web ni >> WOOP. Antara barang-barang dia offer:-
Image result for softlan laundry bagImage result for febreze refillImage result for joy sachet

Barang-barang yang dia bagi bukan ni je taw, ada lagi banyak.. Kalau nak tahu, cepat daftar. Join benda alah ni, nanti korang boleh redeem barang-barang ni kalau dah cukup point yang ditetapkan. DAFTAR SINI..

Dengan berdaftar di WOOP, korang kena buat tugasan yang diberi untuk kumpul point. Senang sangat-sangat. Tak payah promote ke apa ke, korang just jawab je soalan yang diberi. Setiap hari ada soalan-soalan yang perlu korang jawab. Soalan dia a few taw.. Pastu lepas jawab tu, korang akan dapat points.. Banyak gak lah points dia bagi..

Kalau nak cepat dapat banyak point dalam satu masa tu, cuba lah jawab BIG MISSION yang diberi. 

Ok, selamat mengumpul point. 
Daftar di >> SINI

Friday, February 5, 2016

Gambar-gambar pernikahan Akim dan Stacy

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama sekali, tahniah kepada Akim dan Stacy selepas selamat diijabkabulkan hari ini di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Dengan sekali lafaz, Akim sah bergelar suami kepada Stacy. Alhamdulillah..






Tahniah diucapkan kepada Akim dan Stacy. Semoga mahligai yang dibina dilimpahi dengan kasih sayang berpanjangan dan kekal ke akhir hayat. Amiinn...

Tuesday, February 2, 2016

WHO isytihar DARURAT ANTARABANGSA penularan Zika

Bismillahirrahmanirraheem..


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat antarabangsa berikutan penularan virus Zika bawaan nyamuk, yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran di Amerika. 

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) itu mengadakan mesyuarat tergempar pakar bebas di Geneva untuk menilai wabak berkenaan selepas menyedari kaitan mencurigakan antara ketibaan Zika di Brazil tahun lalu dan peningkatan bilangan bayi yang dilahirkan dengan kepala yang kecil. 

Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan ketika sidang media di Ibu Pejabat WHO di Geneva, Switzerland, semalam. - Foto EPA
Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, berkata selepas mengkaji semula bukti, jawatankuasa mendapati kelompok microcephaly dan komplikasi neurologi lain adalah peristiwa yang luar biasa dan turut dianggap ancaman kesihatan awam di bahagian lain dunia. WHO menganggarkan mungkin terdapat hingga empat juta kes Zika di benua Amerika tahun hadapan, tetapi tiada cadangan dibuat untuk menyekat perjalanan atau perdagangan. 

"Adalah penting untuk memahami, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil wanita hamil. Jika anda boleh menangguhkan perjalanan dan ia tidak menjejaskan komitmen keluarga, ia sesuatu yang boleh mereka dipertimbangkan," kata Chan. 

Tambahnya, jika perlu melakukan perjalanan, mereka boleh mendapatkan nasihat daripada doktor dan mengambil langkah perlindungan peribadi, seperti memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan ubat nyamuk. - AP

Sumber : Berita Harian 


Berita panas!! Sesiapa yang hendak mendapatkan promosi skin treatment, mari, cepat, sebelum terlambat >> PROMOTION SKIN TREATMENT

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dah dibuka. Cepat daftar!!

Bismillahirrahmanirrahim.. :)

Berita baik untuk semua mahasiswa dan mahasiswa yang sedang atau yang ingin meneruskan pengajian di universiti-universiti mahupun kolej!!

logo

Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini juga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah buka pendaftaran bagi yang ingin memohon.

Bagi yang ingin memohon, cepat lakuannya segera kerana tarikh pendaftaran buka dari 1 Februari 2016 hingga 29 Februari 2016. Korang boleh mendaftar secara online di http://tkwbns.selangor.gov.my/.

Dan, kalau korang berjaya untuk permohonan ni, korang kena attend dia punya interview tau.. :)  In sha Allah ok je interview dia kalau korang bersedia mentally and physically. Dan jangan lupa study lah bab-bab Negeri Selangor ni.. ^_^v  Kalau nak tahu macam mana saya kena interview dulu, jom ke -->> TEMUDUGA PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR.

Salam,
Azwa.



Mark Adam tinggalkan "isteri" kerana kanser??

Biarpun mencintai isterinya sepenuh hati, derita penyakit kanser yang ditanggung menjadi faktor utama penyanyi, Mark Adam, 37, membuat keputusan meninggalkan wanita itu. 


Begitupun, peminat usah cepat menghukum penyanyi berbakat itu kerana kisah berkenaan hanyalah cerita rekaan untuk klip video single terbaharunya yang berjudul Berat. "Lagu Berat adalah taruhan terbaharu saya khas buat peminat. 

Single ini berbeza daripada lagu yang mempopularkan saya sebelum ini. "Ia mengisahkan sepasang suami isteri terpaksa berpisah bukan kerana kehadiran orang ketiga atau sebagainya, sebaliknya akibat konflik yang lebih besar. Si suami menanggung derita penyakit kanser dan terpaksa melepaskan si isteri demi kebahagiaannya".

Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh peminat terhadap lagu ciptaan DJ Fuzz itu sangat memberangsangkan. Video single terkini saya itu baharu saja dilancarkan sebentar tadi," kata Mark atau Fikri Mark Adam kepada BH Online. 

Penyanyi kelahiran Cebu, Filipina ini kian mengukir nama di Malaysia dengan beberapa lagu seperti Pencuri, Si Katak, Marry Me dan Senyum Lagi. Bagi single terbabit, beliau mengambil risiko apabila mengetengahkan muzik yang agak berbeza daripada genre sebelum ini. "Saya sebenarnya mengorak langkah sebagai penyanyi menerusi lagu berentak balada, namun tidak dinafikan irama rancak berjaya melonjakkan nama saya di arena seni. "Diharapkan lagu Berat mendapat sambutan yang baik seperti mana lagu saya sebelum ini," katanya.

Selanjutnya di : Berita Harian


Berita panas!! Sesiapa yang hendak mendapatkan promosi skin treatment, mari, cepat, sebelum terlambat >> PROMOTION SKIN TREATMENT
 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN