Monday, April 23, 2012

Keputusan UPU bila nak keluar?

Assalamualaikum W.B.T. Jawab ye,, Ingat!! jawab salam tu wajib..Lagipon, tak nak ke doakan kesejahteraan saudara sesama Islam kan.=)

Okey, sekarang ni dah akhir bulan 4 dan kejap lagi bulan 5 pula yang muncul. Macam mana dengan perkembangan diri korang? Yang sekolah tu, kejap lagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, persediaan korang macam mana? Ok atau Ko? hihi. Apa pon, saya harap yang terbaik untuk kamu semua. The best..



Yang budak-budak lepasan SPM tahun lepas pulak macam saya, kejap lagi keputusan UPU dah nak keluar. Keputusan Matrikulasi pon kejap lagi keluar. Akhir bulan 4 ni juga kan? Siapa yang cemerlang tu, mesti dapat tawaran kedua-duanya. Harap dapat buat decision yang terbaik untuk diri anda. Saya harap kita sama-sama dapat tawaran yang kita mahukan dan meneruskan pembelajaran kita dengan cemerlang.. Yeah!! Nak tahu lebih lanjut tentang semakan keputusan permohonan UPU 2011 lepasan SPM, KLIK SINI..

Agak-agaknya, macam mana lah kehidupan kita dekat U nanti kan? Kehidupan kat sana serba mencabar. Kan? Yelah.. kat U kene guna banyak duit kan. Buku kene beli sendiri. Dah x ada dah buku teks pinjaman, macam kat sekolah dulu. So, kita kene bijak macam mana nak cari duit, dan yang paling penting, jangan boros!! Salah satu caranya, daftarlah kat churpchurp. Dengan churpchurp kan, kita boleh buat duit. Kalau nak daftar, KLIK SINI..

Sebelum tu, klik sini--->>JOM BELAJAR ENGLISH !! Nanti senang nak speaking kat U nanti. Hehe..



Semoga kita semua dapat meneruskan pembelajaran kita dengan cemerlang dan semoga dipermudahkan segala urusan kita. Ameen..

Saturday, April 7, 2012

Saya ni ketinggalan zaman sangat ke?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Apa kbr? Sihat?

Cuba baca tajuk entry saya kali ni. Percaya x saya ni boleh dikategorikan sebagai "outdated person".. Kelakar kan, zaman serba moden mcmni ada lg manusia yang mcm saya. Jangan gelakkan saya.. Apa yang ketinggalan zamannya saya ni? Nak tau? Hee..

Kalau awak nak tahu, saya sebelum ni saya xguna phone pon. Tapi sekarang dh guna lh. Saya xtau sgt pasal phone ni. Yang cuma saya tahu nk message dgn nk call orang je. N of course dgn nak main game. Tu je yang saya tahu. Dapat je hndphone dr mak saya, saya happy sangat even xtau nk pakai sangat. Xpe, nnti blajar lh sikit2.
Klau nk download semua tu, saya xtau. Malam tadi, saya baru belajar camne nak screencapture. Maklumlah, belajar sikit2 dulu kn. 

Lepas ni saya nak cuba belajar dgn lebih mendalam lagi. Ada tak yang sudi nak ajar saya? Hee,, 
Ok lah, terima kasih sbb sudi baca kisah saya yang ketinggalan zaman ni..
Sebelum tu, klik lh sini --->> NAK MENANG SAMSUNG GALAXY TAB 7.7
Wassalam.. ^_^ v

Thursday, April 5, 2012

Akhirnya, P itu milik ku jua. Yeah!!

Assalamualaikum.. Hai kawan2, mesti dh tau kn "P" yang tertulis kat post title tu ape maksudnye kan? ke ada yang xtau? xpe2, P tu maksudnya lesen P. Yeah!!,, saya sekarang dah ada lesen kereta. Saya dh lulus test jpj tadi. Alhamdulillah. Setelah berpenat-penat mak saya antar saya ulang alik ke pusat driving school tu, akhirnya berbaloi juga. Thank you Allah.
Saya tadi dapat sesi yang ke-2 punye. Bukan main lama nak tunggu. Bukan xsabar, tp semakin lama semakin nervous jadinya. Yelah, saya asyik tengok orang berbagai ragam masa test jpj td. Ada yang baru je nak naik bukit, dah pegawai jpj tu tiup wisel. PRITTT!! Dia suruh turun sebab orang tu undur sampai terlanggar kereta belakang. x semena-mena duit melayang nak ulang test jpj lagi.


Tengah saya memerhati gelagat orang, tiba-tiba no. 66 disebut. TIDAKK, tu nombor saya. Saya pon naiklah kerta kancil yang ada kat situ. Ok, mula2 bukit. Takutnye, td ramai yang kandas kat bahagian bukit. sebab terundur. Saya pun naik bukit sambil baca Bismillah. Dh smpai garisan kuning, saya brek. Alhamdulillah, ok. Pegawai jpj pon suruh saya jalan turun. Pastu, parking. Alhamdulillah, ok juga. Selepas berjaya melakukan 3 penjuru dgn baik, saya pun memarkir kereta di tempat asal td. Alhamdulillah, dh lulus bhgian 2. Tinggal jalan raya je lagi. Bahagian jalan raya lh yg pling saya takut. Sebab saya byk kali mati enjin masa nak keluar simpang dan tersalah tukar gear.
Dalam pukul 4 petang camtu, baru giliran saya utk jalan raya tiba. Baca Bismillah dulu. Bagi salam kat pegawai jpj kat dalam kereta tu. Ok, saya terus buat ape yang patut sebelum kereta jalan. Selaraskan seat, betulkan cermin sisi dan cermin pndg belakang, pakai tali pinggang, pastikan gear free, periksa signal, lampu dan wiper. Lepas semua tu, saya pon jalan. Tempat2 yang saya geruni semuanya saya dah lepas. Alhamdulillah, kereta berjalan dgn lncar. Ia diluar jangkaan saya. Alhamdulillah sekali lg. Sampai je di pusat driving school tu, saya brek di tempat yang ditetapkan dan freekan gear serta tarik handbreak. HABISS!! Alhamdulillah..Ya Allah, akhirnya aku lulus. Dapat 18/20. Terima kasih encik jpj sebab bagi aku lulus. Hee.. Alhamdulillah. 

Dapat juga aku P akhirnya...

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN