Thursday, April 5, 2012

Akhirnya, P itu milik ku jua. Yeah!!

Assalamualaikum.. Hai kawan2, mesti dh tau kn "P" yang tertulis kat post title tu ape maksudnye kan? ke ada yang xtau? xpe2, P tu maksudnya lesen P. Yeah!!,, saya sekarang dah ada lesen kereta. Saya dh lulus test jpj tadi. Alhamdulillah. Setelah berpenat-penat mak saya antar saya ulang alik ke pusat driving school tu, akhirnya berbaloi juga. Thank you Allah.
Saya tadi dapat sesi yang ke-2 punye. Bukan main lama nak tunggu. Bukan xsabar, tp semakin lama semakin nervous jadinya. Yelah, saya asyik tengok orang berbagai ragam masa test jpj td. Ada yang baru je nak naik bukit, dah pegawai jpj tu tiup wisel. PRITTT!! Dia suruh turun sebab orang tu undur sampai terlanggar kereta belakang. x semena-mena duit melayang nak ulang test jpj lagi.


Tengah saya memerhati gelagat orang, tiba-tiba no. 66 disebut. TIDAKK, tu nombor saya. Saya pon naiklah kerta kancil yang ada kat situ. Ok, mula2 bukit. Takutnye, td ramai yang kandas kat bahagian bukit. sebab terundur. Saya pun naik bukit sambil baca Bismillah. Dh smpai garisan kuning, saya brek. Alhamdulillah, ok. Pegawai jpj pon suruh saya jalan turun. Pastu, parking. Alhamdulillah, ok juga. Selepas berjaya melakukan 3 penjuru dgn baik, saya pun memarkir kereta di tempat asal td. Alhamdulillah, dh lulus bhgian 2. Tinggal jalan raya je lagi. Bahagian jalan raya lh yg pling saya takut. Sebab saya byk kali mati enjin masa nak keluar simpang dan tersalah tukar gear.
Dalam pukul 4 petang camtu, baru giliran saya utk jalan raya tiba. Baca Bismillah dulu. Bagi salam kat pegawai jpj kat dalam kereta tu. Ok, saya terus buat ape yang patut sebelum kereta jalan. Selaraskan seat, betulkan cermin sisi dan cermin pndg belakang, pakai tali pinggang, pastikan gear free, periksa signal, lampu dan wiper. Lepas semua tu, saya pon jalan. Tempat2 yang saya geruni semuanya saya dah lepas. Alhamdulillah, kereta berjalan dgn lncar. Ia diluar jangkaan saya. Alhamdulillah sekali lg. Sampai je di pusat driving school tu, saya brek di tempat yang ditetapkan dan freekan gear serta tarik handbreak. HABISS!! Alhamdulillah..Ya Allah, akhirnya aku lulus. Dapat 18/20. Terima kasih encik jpj sebab bagi aku lulus. Hee.. Alhamdulillah. 

Dapat juga aku P akhirnya...

5 comments:

  1. untongla~ dah de lesen... pasnie ajak ak jalan2..hihi gurau je

    ReplyDelete
  2. tahniah......nt bawak kereta tu elok2.......:)

    ReplyDelete
  3. terima kasih korang. Alhamdulillah lh, akhirnya brjaya jgk. pasni korang pulak..

    ReplyDelete

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN