Thursday, May 30, 2013

SEGMEN : SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS

klik banner untuk join
Bismillah..
sebenanrnya,dah lama tidak membuat segmen memandangkan segmen sebelum ini agak kurang mendapat sambutan.Namun aku harap kali ini dapat sambutan dan supporters dari rakan-rakan semua!
SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
Tujuannya:adalah untuk menambahkan bilangan followers(rakan2 )dan meningkatkan traffic blog:)
untuk yang ingin join :
  1. follow blog JIAKREATIFELT ok
  2. add aku di google +
  3. Buat tajuk entry : SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
  4. Tinggalkan link entry korang di kotak komen aku

TARIKH TAMAT PADA 31 MEI 2013
JOM JOIN SEMUA~!...^_______^


Video yang sangat menyentuh hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, petang ni, cuaca sungguh mendamaikan. Angin sepoi-sepoi bahasa dari luar menghembus ke wajah ku melalui jendela-jendela yang terbuka luas. Subhanallah. Sungguh, Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.
Di kesempatan ini, mari kita sama-sama lihat dan hayati video pendek ini. 


Ok, thank you very much. Jom tengok yang satu ni pulak. Seronok kot. Best hanya di SINI.


Tuesday, May 28, 2013

Puntianak tenggek atas atap

Bismillahirrahmanirrahim..

Takut dan ngeri kan tajuk entry ni. Menggigil, meremang bulu roma. Huh..

KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong. Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja. 

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan. Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.

Puntianak tenggek atas atap
Jelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh. 

Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah. “Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal. 

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya. "Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Untuk maklumat lebih lanjut, baca di --->> SINI

Monday, May 27, 2013

Kahwin kahwin kahwin

 Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum..
Jawab, jangan x jawab, WAJIB!!

Alhamdulillah, akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu sudah dah pon tiba.. Yeah!! Hari isnin hari yang cerah.. CUTI!! So, macam biasalah, bila cuti, mula lah orang nak buat kenduri kawen, yang budak-budak pulak sibuk nak sunat. Tapi adik aku xnak sunat lagi. Em em em. Dia nak sunat darjah 4. Kata nya lah. Haha

Jiran saya pon tak ketinggalan megadakan kenduri kawen jugak. Anak lelaki beliau (Muhammad Hilal Azwan Bin Zulkifli) a.k.a cousin saya sudah melangkah ke alam rumah tangga dah. Kenduri berlangsung selama 2 hari; sabtu dan ahad. Nikah 2 minggu lepas. Masa tu saya tak dapat menghadirkan diri kerana diri ini ketika itu berada di perantauan. Ceh, padahal kat selangor je. Time tu saya x dapat nak balik sebab exam. :'( .. Melepas gua nak tengok cousin gua melafazkan akad. X ada rezeki. 

Ni dia pengantin lelaki selepas sesi make-up.. haha..




Yang atas ni gambar pengantin bersama mak saya. Dulu masa kecik-kecik, Hilal ni rapat sangat dengan mak ngan ayah saya. Masa tu saya kecik jugak. Pergi ke mana je, selalu ajak dia sekali. Masa kecik-kecik dulu lah, sekarang dah besar, borak-borak sama-sama je. 

Mereka berdua make up kat rumah saya. Saya dengan kawan-kawan saya menyibuk kat dalam bilik ni jugak. Haha.. Diorang x habis-habis menyakat si Hilal ni. Bila lagi nak sakat ye tak, lepas ni dah dengan isteri saja. Hikhikhik.Kihkihkih. Anyway, thank you Hilal sebab semalam belanja ice-cream. Haha.. Dia bagi upah sebab basuh pinggan. Lawak ah. Main air je sebenarnya.



Peace yaw. haha.. Pengantin perempuan tu, saya panggail kak Atul. Dia ni seorang yang sangat rajin. Masa kenduri ni, dia banyak sangat tolong. Bagus lah gitu. Tak ada lah macam sesetengah pengantin yang hanya duduk dalam bilik melaram saja. Ermm, beliau patut dipuji. Mabrouk!! Sudah lah sempoi je, easy going. Senang nak bergaul. Bagus2. Terlebih puji sudah..

Ok, that is all pasal wedding cousin saya. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal dan utuh sehingga ke syurga. Insha Allah. Konklusinya, everything went smoothly. Alhamdulillah. Ermm, nak tambah, muka hilal macam bebudak lah.. Opps, sorry ye..

Next 2 weeks pula, jiran saya yang satu lagi nak nikah pulak. Dia baru umur 18 ok!! Nak highlight yang dia tu muda dari saya, tapi dah nak kawen dulu. Tak pelah, jodoh cepat.. Ni dia orangnya... Yang pakai tudung hitam tu.. Her name is Syahirah.. Yang sebelah dia pulak, Syakila


Ok, thank you.. Alhamdulillah..


Thursday, May 23, 2013

Kawan datang tadi

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, saya masih dikurniakan kudrat untuk menaip dan menekan huruf "A" ini dengan kuat. Terima kasih Allah. 

Sudah berapa lama saya tidak menukar entry yang latest, menjadi entry yang kedua latest. Pon boleh.. Haha. Okey, as usual, I haven't any interesting idea to be updated in my blog. Tragis tak? Boleh tahanlah kan. Hmmm,, *tariik nafas panjang. Even idea kering kontang, jari ni gatal sangat nak menaip. So, terpaksa akur dengan permintaan jari ini.


Tapi, saya ada cerita sebenarnya. Peningkan? Tadi kata x ada cerita, ni ada cerita pulak. Adoyaii.. Hehe. Siang tadi, sedang duduk bersenang lenang di hadapan tv, tiba-tiba, kawan saya datang menziarah. Hehe. Maklumlah, cuti ni lah kita datang menzirah kawan2. Kalau x bila lagi ye dak? Nanti masing2 dah balik U, rindu pulak kang kan. Hmm

Rancak kami berbual. Semua hal masuk. Dari A sampai W kot, tak lah sampai ke Z. Hihi. Pasal COUPLE, mestilah termasuk sekali. Kawan saya tanya, "Azwa, kau x ada nafsu ke?" Ish, apa punya soalan lah kan, malu. Mana tak nya, saya ni kan x bercouple, dia ingat macam tu lah kot. Pape kan. Haha

And then, dia cakap, "kau try ar couple, sekali je. At least ada experience." Eh, apa ni, apa ni. Tak faham. Seriously, tak faham. Bukan saya yang tak faham, tapi saya rasa kawan saya yang masih x faham. Couple  ni x dibenarkan. Buat apa nak couple. Untuk memenuhi nafsu ke? Untuk berseronok-seronok? Untuk gagal dalam exam? 

But then, saya answered, couple banyak sangat sangat sangat keburukannya. Obviously, bukan nya kita dapat guarantee dia akan jadi husband kita nanti in the future. Jelas-jelas membazir kat situ dan sia-sia. So, saya conclude kat situ, saya berusaha untuk elak dari bercouple. Lagi pon, kalau saya nak pon, rasanya xde kot laki yang nak. Haha.


Ok, stop here. Wassalam. Semoga di lain hari saya ada idea yang best. 

Tuesday, May 21, 2013

Segmen Follow Mollow Dan Menang

Bismillahirrahmianirrahim..
Mulakan hari ku dengan meng join segmen.. Yiii haaa..


Followers sekarang = 369

Sunday, May 5, 2013

SEGMEN: TINGKATKAN FOLLOWER KE-XXXXX BY N.A.D.I.A

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah, selamat berhujung minggu semua..
Siapa yang layak mengundi tu, tapi belom mengundi, cepat.. 
Eh ada masa lagi ke?? Ermm, entah lah..

Ok, sementara tu, jom main segmen ni..

Jumlah followers terkini: 344
 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN