Monday, May 27, 2013

Kahwin kahwin kahwin

 Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum..
Jawab, jangan x jawab, WAJIB!!

Alhamdulillah, akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu sudah dah pon tiba.. Yeah!! Hari isnin hari yang cerah.. CUTI!! So, macam biasalah, bila cuti, mula lah orang nak buat kenduri kawen, yang budak-budak pulak sibuk nak sunat. Tapi adik aku xnak sunat lagi. Em em em. Dia nak sunat darjah 4. Kata nya lah. Haha

Jiran saya pon tak ketinggalan megadakan kenduri kawen jugak. Anak lelaki beliau (Muhammad Hilal Azwan Bin Zulkifli) a.k.a cousin saya sudah melangkah ke alam rumah tangga dah. Kenduri berlangsung selama 2 hari; sabtu dan ahad. Nikah 2 minggu lepas. Masa tu saya tak dapat menghadirkan diri kerana diri ini ketika itu berada di perantauan. Ceh, padahal kat selangor je. Time tu saya x dapat nak balik sebab exam. :'( .. Melepas gua nak tengok cousin gua melafazkan akad. X ada rezeki. 

Ni dia pengantin lelaki selepas sesi make-up.. haha..




Yang atas ni gambar pengantin bersama mak saya. Dulu masa kecik-kecik, Hilal ni rapat sangat dengan mak ngan ayah saya. Masa tu saya kecik jugak. Pergi ke mana je, selalu ajak dia sekali. Masa kecik-kecik dulu lah, sekarang dah besar, borak-borak sama-sama je. 

Mereka berdua make up kat rumah saya. Saya dengan kawan-kawan saya menyibuk kat dalam bilik ni jugak. Haha.. Diorang x habis-habis menyakat si Hilal ni. Bila lagi nak sakat ye tak, lepas ni dah dengan isteri saja. Hikhikhik.Kihkihkih. Anyway, thank you Hilal sebab semalam belanja ice-cream. Haha.. Dia bagi upah sebab basuh pinggan. Lawak ah. Main air je sebenarnya.



Peace yaw. haha.. Pengantin perempuan tu, saya panggail kak Atul. Dia ni seorang yang sangat rajin. Masa kenduri ni, dia banyak sangat tolong. Bagus lah gitu. Tak ada lah macam sesetengah pengantin yang hanya duduk dalam bilik melaram saja. Ermm, beliau patut dipuji. Mabrouk!! Sudah lah sempoi je, easy going. Senang nak bergaul. Bagus2. Terlebih puji sudah..

Ok, that is all pasal wedding cousin saya. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal dan utuh sehingga ke syurga. Insha Allah. Konklusinya, everything went smoothly. Alhamdulillah. Ermm, nak tambah, muka hilal macam bebudak lah.. Opps, sorry ye..

Next 2 weeks pula, jiran saya yang satu lagi nak nikah pulak. Dia baru umur 18 ok!! Nak highlight yang dia tu muda dari saya, tapi dah nak kawen dulu. Tak pelah, jodoh cepat.. Ni dia orangnya... Yang pakai tudung hitam tu.. Her name is Syahirah.. Yang sebelah dia pulak, Syakila


Ok, thank you.. Alhamdulillah..


3 comments:

  1. skrg musim org khwin2...hehehhe ..smga bhgia sllu n diredhaiNya :))

    ReplyDelete
  2. wah,,, 18 dah nak kawin,,, huhuuu,,, pemilik blog lak bila ye,, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. jodoh awal.. seronok kan.. hehe
      doakan jodoh saya pulak.. ^_^v

      Delete

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN