Wednesday, June 4, 2014

Trip to Pangkor Island with my beloved family

Bismillahirrahmanirrahim..

Actually saya pergi Pulau Pangkor ni bulan 5 hari tu.. Tapi la ni baru terfikir nak update pasal ni kat blog. Lambat kan. Sebab sebenarnya malas nak cerita tapi entah lah,, tiba-tiba nak cerita.

Kronologi (gituu) 
Sabtu
Haritu mak cakap tak jadi nak pergi Pulau Pangkor sebab adik saya time nak pergi Pulau Pangkor tu lah dia nak pergi kem. Mengada betul. Pastu mak pon macam sedih sebab mak memang dah plan nak pergi Pulau Pangkor dah lama. Nak pergi minggu lain tak boleh sebab minggu depannya ayah nak pergi Langkawi, konvoi naik moto besar ramai-ramai. Minggu depannya busy. Pastu minggu depannya lagi cuti sekolah 2 minggu dah. Tak nak pergi time tu sebab mak cakap cuti sekolah lagi mahal resort-resort. Jadi penyelesaiannya adik saya yang pergi kem tu tak ikut lah dia ke Pulau Pangkor sebab dia nak sangat pergi kem tu. Melepas..

Kitorang bertolak dari rumah hari Sabtu selepas Subuh. Pastu sampai jeti pukul 11 pagi macam tu. Pastu makan-makan kat jeti, pastu baru lah bertolak naik feri. Dah lama tak naik feri. Last naik feri masa rombongan MPP ke Langkawi time form 5 dulu. Seronok gila. Ok, jakun. Haha..I mabuk darat sebenarnya, tapi laut tak. Haha..





Pastu selamatlah sampai di Pulau Pangkor. Sesampai je jeti, terus naik kereta sewa untuk ke tempat penginapan. Kitorang sewa resort murah-murah je. Haha.. Almaklumlah, budget kena jaga jugak. Resort kitorang depan pantai je. Pastu lepas zohor, kitorang jalan-jalan sekitar pantai. Pastu naik boat.. Best gila. Rasa macam nak naik boat lagi. Pemandu boat tu bawak kitorang pusing-pusing laut tu. Tunjuk batu cantik-cantik. Batu bentuk bermacam-macam. Pastu mandi pantai kat pulau. Air jernih gila. Boleh nampak ikan berenang-renang. Banyak batu karang yang dah mati. Sakit kot bila terpijak, Maka, banyak lah kesan-kesan luka akibat tidak berhati-hati. Padan muka.



Ahad
Haa, hari ni hari last di Pulau Pangkor. Alah, percutian kitorang memang selalunya 2 hari je. Dah biasa dah. Kitorang tak macam orang-orang lain yang pergi holiday sampai 5-6 hari. Sebab isnin ayah kerja. Pagi tu kitorang mandi pantai lagi. Haha. Pastu lepas mandi, dah bersih semua, siap-siap untuk check out. Pastu naik feri.. Yeah.. Hehehe Sampai jeti, kitorang shopping kat situ. Haha.. 

Dalam perjalanan balik tu, ayah singgah kat Bukit Titiwangsa kat Kuala Selangor. Kat situ kitorang naik kereta yang panjang tu untuk naik ke atas bukit tu. Pastu bagi monyet makan. Haha.. Best jugak. Monyet tu siap panjat badan saya lagi sebab nak makanan. Ganas jugak. Tapi tak sakit pon. Comel ada lah. Macam nak bawak balik je monyet-monyet tu. Haha


Pastu akhirnya sampailah ke rumah. Hehe.. Alhamdulillah..


2 comments:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN