Saturday, August 16, 2014

Fesyen Muslimah Terkini

Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah, Allahu Akbar, Alhamdulillah

Sekarang ni, ramai sangat orang yang dah berhijrah ke arah yang lebih baik. Masha Allah. Sangat lah beruntung mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT. Tiada seorang pon yang layak memberi hidayah selain daripada Allah. 

Yang memang prominent sekarang ni, ramai artis-artis kita yang sudah berhijrah. Mesti korang perasan kan? Tipu lah kalau tak perasan. Haha.. Contohnya Neelofa, Fara Fauzana, Uqasha Senrose, dan ramai lagi lah. Bukan sahaja berhijrah kepada yang lebih baik, malah lebih dari itu pun ada. Contohnya macam public figure Felixia Yeap yang baru memeluk agama Islam Ramadhan lalu. Subhanallah.

Berkenaan penghijrahan ini, pakaian lah yang selalu memainkan peranan. Pakaian yang ketat, berubah kepada pakaian yang longgar. Sebelum ni free hair, tapi sekarang dah bertudung. Hal ini juga ditekankan oleh Allah SWT kepada wanita-wanita, iaitu terkandung dalam Surah An-Nur ayat 31 ,

A031
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

In the mean time, saya nak suggest kat korang untuk memakai skirt labuh. Sekarang ni skirt kan trend. Pemakaian skirt ni bukan sahaja menampakkan keayuan dan kesopanan sebagai wanita, malah ia juga membawakan imej yang kontemporari. Islam is flexible. Jangan sempitkan pemikiran kita yang 'muslimah sempurna' hanya pakai tudung labuh dan jubah hitam. Tak ok.. Tak.. Jangan sampai to that extent. Ni contoh pakaian yang boleh kita pakai. Memang cukup syarat. Tudung mestilah kena tutup dada. 
Kita boleh je berfesyen. Janji tutup aurat. Boleh refer kat ayat Al-Qur'an yang saya bagi kat atas tu ye. Fesyen yang cantik dan menepati syarat ni juga bagus untuk attract kawan-kawan kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna supaya lepas ni, boleh tutup aurat dengan sempurna. Bahkan dengan fesyen itu juga boleh attract orang-orang non-Muslim untuk mendekati Islam.

Cakap-cakap pasal fesyen ni kan, saya nak grab this opportunity to promote my skirts. Saya jual skirt tau. Hehe.. Skirt ni sangat cantik. 
  • Material: Chiffon Crepe
  • Full lining
  • Harga; RM 34
  • Nicely fits S-L
  • Untuk order, whatsapp 012-253-3204
Color : Light Brown

Color : Mustard

Color : Maroon

Color : Dark Blue

Color : Purple Cherry

Color : Dark Brown

Color : Black

Color : Blue
Ok, that's all. Terima kasih..

1 comment:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN