Thursday, August 21, 2014

Perbandingan antara cara lelaki bercakap dan cara perempuan bercakap

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wasohbihi Wasallim

Obviously, cara kita bercakap sebenarnya berbeza in term of gender. Apa yang selalu kita nampak, lelaki ni talk less, think more. Betul tak? Kalau perempuan, talk more, think less. Haha.. Kontra sangat dengan cara lelaki kan? Tapi ni majority je lah kot. Ada je perempuan yang think more and talk less.

Haha
PERBEZAAN ANTARA CARA LELAKI BERCAKAP & CARA PEREMPUAN BERCAKAP
  • Orang lelaki akan mencelah perbualan atau percakapan seseorang apabila dirinya terasa dicabar. Ermmm, biasa lah, sesetengah lelaki ada yang ego nya tinggi, ada yang rendah. Lelaki ni pantang dicabar taw, so beware ok! Nak tunjuk hero lah kata kan.. Hehe. Contohnya, korang boleh lihat gelagat ini di sidang Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang mana kebanyakannya Yang Berhormat lelakilah yang selalu bangun, dan mencelah orang lain yang sedang memberikan ucapan ataupun berhujah.
  • Jika korang nak lelaki itu terhibur semasa dia sedang bercerita, korang jangan lah sesekali mencelah percakapannya sehingga dia selesai bercakap. 
  • Sebaliknya bagi perempuan, mencelah semasa rakannya bercakap merupakan satu ikatan bagi mengeratkan lagi perhubungan dan menyatakan yang dia sedang mengikuti isu perbualan tersebut.
  • Perempuan akan berusaha mempelbagaikan isu perbualan semata-mata untuk menghargai dan menghormati kesanggupan rakannya itu berbual dengannya.
  • Jika perkara ni berlaku pada lelaki, tanpa perempuan sedari, ini telah menyebabkan lelaki menjadi 'bisu' dan menganggap perempuan itu biadap kerana telah mengganggu percakapannya.
  • Percakapan lelaki berorientasikan 'penyelesaian masalah'. Oleh itu, dia mahu menyelesaikan isi percakapannya terlebih dahulu, sebelum dia membenarkan rakan perbualannya menokok tambah. Dia tidak mahu untuk bercakap sambil mendengar dalam satu masa.
  • Imej imbasan otak menunjukkan bahawa sel-sel yang mengawal perbendaharaan kata bagi orang lelaki terletak di bahagian depan dan belakang otak kiri sahaja. Manakala bagi perempuan, sel-sel ini terdapat di hadapan dan belakang bagi kedua-dua bahagian otaknya. Ini menyebabkan orang perempuan lebih hebat dari sudut percakapan. Oh ya? Hehe
  • Itu sebabnya, orang lelaki selesa menggunakan satu perkataan atau satu simbol yang boleh memberi makna yang banyak. Mereka lebih berminat mencipta dan menggunakan satu perkataan dan mendefinisikan perkataan itu mengikut keperluan kerjaya mereka. Contohnya S.O.P. adalah singkatan kepada Standard Operating Procedures. Malah, setiap ungkapan yang penting akan mendefinisikan mereka.
  • Bagi orang perempuan, mereka tidak berminat cara definisi ini. Minda mereka yang boleh membaca bahasa badan orang lain secara emosi, tidak memerlukan kaedah definisi. Kebanyakan peguam berhujah di mahkamah menggunakan strategi pendefinisian sesuatu terma atau perkataan untuk mengalahkan lawannya. Ini adalah teknik yang digunakan oleh orang lelaki.

* Sumber : Majalah JOM isu no. 23 muka surat 56.

No comments:

Post a Comment

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN