Assalamualaikum..
Okay, kali ni, saya nak bagi tips kepada wanita di luar sana, termasuk saya, camne nak cari lelaki yang betul2 boleh dijadikan suami.. Hehe.. Ni dia :
1. LELAKI YANG BERAMAL SOLEH
Mendapat lelaki yang beramal soleh adalah idaman sejati bagi mana2 wanita seolah-olah dalam rumah itu ibarat dalam syurga je. Yelah, lelaki ini confirm akan menyayangi kita dengan sepenuh kasih sayang, menegur kesilapan kita dengan betul dan sebagainya. Mungkin sukar untuk mendapatkannya, tapi jodoh ni aneh. So selalulah berdoa kepada Allah S.W.T agar kita dikurniakan lelaki sedimikian.
2. LELAKI YANG WANGI DAN BERSIH
Lelaki ini boleh membuatkan kita berasa selesa untuk mendampingi dengan dia. Sudahlah dia wangi, kemudian bersih lagi. Tentulah kita akan berasa amat selesa. Sudah lumrah kita cintakan kebersihan dan kewangian yang neutral. Confirm kerja kat rumah menjadi ringan andai dapat lelaki begini. Hehe..
3. LELAKI YANG EGONYA TIDAK TINGGI
Tentu kita akan bahagia bila kita dapat meluahkan pandangan dan pendapat sendiri kepada lelaki ini. Bahkan dia sendiri sudi menerima cadangan kita, itupun kalau dia rasakan logik dan betul lah setelah berbincang dengan kita. Lelaki ini juga akan meluahkan perasaan kepada kita tanpa sembunyikan apa-apa. Sebab dia yakin kita ni pendengar setia. Bukankah diri rasa dihargai bila dapat lelaki macam ni.
4. LELAKI YANG PRIHATIN
Kalau dapat lelaki sedemikian memang dijamin sweet lah because bila kita ada apa-apa masalah, kita boleh luahkan pada lelaki ini dan lelaki ini pulak pandai ambil hati dan mengambil berat tentang kita time susah dan senang. Yang penting tidak hipokrit dalam meluahkan cadangan penyelesaian atau pendapat tenteng masalah kita. Yang paling ditakuti ialah bila lelaki ini berasa jemu sebab asyik dia je kena jadi pendengar setia. Jadi, kita kena lah jadi prihatin jugak. Kira situasi win-win lah.
5. LELAKI YANG BERHATI-HATI
Lelaki ini seorang yang amat bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan. Kalau dapat lelaki begini, memang kita akan selamat 24 jam dari sebarang kecelakaan dengan izin Allah. Seolah-olah kita dapat bodyguard yang sungguh setia menjaga keselamatan kita. Kan sweet camtuh macam dimanjai dan ditatang bagai sang puteri dari kayangan.
6. LELAKI YANG PEMURAH
Ni lelaki yang best. Setiap ulang tahun kelahiran dan perkahwinan kita, confirm ada je surprise yang dibuatnya. Ada yang dapat melancong ke luar negara, ada yang dapat barang idaman da macam-macam lagi. Kalau lelaki ni jenis pangkat DATUK yang lebih berusia, rasanya kita x berapa nak bahagia kot. Lainlah kalau dapat DATUK yang muda-muda yang dia sendiri ikhlas mencintai kita. Hehe.
7. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
Lelaki ini jenis yang cool kerana yakin dan bertimbang rasa dalam memberi kita kebebasan untuk membuat pilihan dan keputusan yang sewajarnya. Bukan senang nak cari lelaki camni. Kebanyakan lelaki ada ego tinggi. Tapi diingatkan kebebasan yang diberi itu, bukanlah tiket untuk keluar dari rumah tanpa minta izin dari dia. Jangan jadi perempuan nusyuz sudah.
Okay, tu lah antara ciri-ciri lelaki yang layak untuk dijadikan suami. Jangan lelaki saja yang kena take note benda ni, tapi kita sebagai perempuan juga kena jaga lah penampilan dan akhlak kita untuk mendapat kan suami yang terbaik. Yang boleh jaga dan lindungi kita hingga akhir hayat kita.
ohhh... In sha Allah teringin jadi mempunyai ciri2 seperti di atas... semoga Allah dpt bantu saya utk terapkan ciri2 tu...
ReplyDeleteIn Shaa Allah anta boleh..
Delete