Assalamualaikum, jawab ye..
Hari ni.. Saya ada koleksi cerita lawak.. Tapi cerita ni x layak kot untuk ke peringkat INI.. Baca lah eh.. Kalau rasa nak gelak, kawal diri ye, jangan gelak terbahak-bahak.. Sebab Rasulullah S.A.W pun gelak hanya menampakkan dua batang gigi sahaja. Jadi kan Baginda sebagai contoh, idola kita ok..
Nenek tua
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata,"Nanti dahulu." Beberapa minit kemudian, mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata, "Nanti dahulu." Akhirnya rakan-rakannya bertanya,"Bila kami boleh melihat bayi engkau?" Nenek itu menjawab,"Bila dia menangis." "Kenapa kami harus tunggu dia sampai menangis?" "Sebab aku lupa....di mana aku letak bayiku tadi."
Panadol
Asri sedang melihat rakannya, Ajoi membuat air kopi. Kemudian Ajoi memasukkan sebiji ubat panadol ke dalam air itu. Dengan kehairanan Asri bertanya kepada Ajoi..
Asri: Kenapa engkau memasukkan panadol ke dalam kopi itu?
Ajoi: Kopi ini panas... bagi lah panadol ni kurangkan sikit panas kopi ini..
Mayat
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa ketiga-tiga mayat tersebut, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga bilik: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba dia diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan tiba-tiba dia diserang sakit jantung.. manakala yang ketiga pula disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun senyum?
Penjaga bilik: Masa tu dia ingat ada orang ingin mengambil gambarnya. Tangannya pon sedang membuat tanda "peace"..
Ok, itu sahajalah entry saya kali ini.. Saya nak makan pizza jap lah.. Korang nak makan sekali x? Tekan SINI ..
Terima Kasih daun keladi..
No comments:
Post a Comment