Tuesday, November 27, 2012

Saat yang sangat menggetirkan

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Jam 10:20 a.m. tadi, kawan saya merangkap sedara saya, dia text saya.. Syakilla nama dia.. Dia ajak saya keluar.. Sebab dia nak beli barang masuk u nanti..
"Wa, ko nk x temankan aku g beli barang?"
Maklumlah, pelajar2 diploma UITM dah nak habis cuti sem dah.. Sabtu ni dia dah nak balik.. Sedihnya.. Hmmm, saya lama lagi cuti.. UIA bagi saya cuti lama.. Hehehe.. Pastu dia ajak jiran kami sekali iaitu Syahirah.. Si Saffa pun ikut sekali.. Nak pergi tu, saya yang drive. Sebab saya je yang dah ada lesen dalam kalangan kami ni.. Saya guna kereta kakak syakilla.. Bye2


ini lah kami.. ( tetiba ada gambar ni)
muka saya memang berserabaii..

Kereta berjalan dengan lancar meluncur di atas jalan raya yang lurus.*fuhh ayat.. Tapi sehingga lah tiba di satu tempat di mana bermulanya kisah tragis kami.. Bila traffic light bertukar warna merah, saya pon brek lah.. Steady je kereta tu berhenti.. Haih, dah macam test JPJ pulak dah kan.. Ok, pastu bila lampu tu bertukar warna hijau, saya pun masuk lah gear D (kereta auto). Bila nak jalan, tiba-tiba,, aduh,, kereta mati.. Padahal ENJIN X MATI PON.. Cuak kami semua kat dalam kereta tu.. Apa lagi, saya pon mati kan enjin dan hidupkan semula.. Aduhh, orang belakang dah bunyikan hon.. Sebaik hon dia x panjang.. Kang kelam kabut saya dibuatnya, terus x jalan kereta.Tapi Alhamdulillah, kereta jalan semula.. Fuhh, lega..


senyum lega.. hehe
saya yang chubby bersama Syakilla yang  cute

Setibanya tempat yang dituju, saya pon nak parking kereta. Pastu undur lah sikit2 sebab nak adjust position kereta.. Masa nak undur, mati lagi.. Sama macam situasi yang mati dekat traffic light tu.. Haish,, apa masalahnya ni?? Saya dah lah x tahu menahu soal kereta ni.. Budak2 lah katakan.. Eh, budak2 lagi ke?(sambil garu-garu kepala yang x gatal) Hehe.. ^^


Okay, lepas hidupkan enjin tu semula, undur lah lagi.. Pastu mati lagi.. Pelik, kenapa mati je? Dah lah kereta orang.. Tapi, seriously, saya x buat apa-apa pon.. Betul, percaya lah.. Memang banyak kali lah saya hidupkan enjin, pastu mati lagi. Hidupkan, undur sikit, mati. Hidupkan, undur sikit, mati.. Sampai bila lah nak ok ni?? Sebaik lah syahirah tolong sekali.. Sebab dia pon pandai bawak kereta, cuma belum ambil lesen lagi. X habis SPM lagi, x boleh ambil lesen!! Hehe, memandai je buat syarat..


Okey pastu, lepas masalah dah jadi semakin nazak, syakilla pon call kakak dia suruh datang ke tempat kejadian. Nasib baik lah office kakak dia berhampiran dengan tempat kejadian tu. Dia pon datang.. Dia pon test lah bawak kereta tu, masalah yang sama berulang lagi.. X boleh jadi ni, dia pon bawak kereta ke workshop.. Dalam perjalanan ke workshop tu, kami x hidupkan aircond.. Nasib lah kereta boleh jalan masa nak pergi workshop tu..


Bila sampai di workshop, pekerja tu terus betulkan kereta tu. Dia cakap ada masalah kat tempat minyak,, erkkk,, apa entah masalahnya.. X ambil kisah pon.. Tapi berkaitan dengan minyak lah.. Sambil orang tu repair kereta, sesi fotografi pon bermula.. Heh, budak2 zaman sekarang, kat workshop pon nak bergambar sakan.. Eh, mungkin kami je kot yang buat, korang x kan.. Almaklumlah, x pernah pergi workshop kan..


ni lah bengkel yang sangat berjasa tu..
Kena RM50 repair kereta tu.. Lepas tu, sambung lah perjalanan kami ke tempat yang ingin di tuju.. Alhamdulillah, kami semua sampai ke rumah dengan selamat nya after a long journey yang sangat mencabar akal dan minda.. Kereta dah x mati-mati lagi dalam perjalanan pulang.. 
Okay, tu lah kisah yang memang x dapat di lupakan..

Terima kasih kerana membaca.. ^_^v
Eh2, kejap-kejap,, berita HOT,, RM1 juta dalam genggaman, klik SINI..


2 comments:

  1. untunglaa azwa bawa kereta ..
    yang aku ni ,, entah bila laa ..
    dah lupa dah agaknya .. hahaha ..

    ReplyDelete

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN