Saturday, January 19, 2013

Sudah mahu berangkat

Assalamualaikum..
Jawab jangan tak jawab, WAJIB!!

Uwaaaaa!! :'( Saya tak nak balik. Tak nak balik. Faham tak, tak nak balik.. Uhuk uhuk uhuk. Ok, mesti pelik kan, dah kenapa dengan kau ni Azwa? Jerit-jerit, nangis-nangis tak tentu pasal. Bukan suka-suka taw nak nangis ni. Tahu kenapa, esok saya dah kena berangkat ke Pusat Asasi UIA. Tu yang dari tadi sebok ke hulu ke hilir mengemas barang-barang. Habis almari semua sudah saya selongkar. Maklumlah, cuti panjang ni langsung tak terusik barang-barang yang perlu bawak ke asrama. Berhabuk sungguh!!

Baju-baju semua saya sumbat kat dalam bagasi. Oppss, bukan sumbat ok,, saya lipat kemas-kemas, elok-elok, dan susun cantik-cantik kat dalam lauggage saya yang sungguh menawan dan menarik itu. *hamboii, gadis melayu gitu, dok tarik luggage masuk dalam bilik. Hehe.. 


Tapi saya sangat sedih, sebab ni lah malam terakhir saya tidur kat rumah. Dan jugak kali terakhir saya update blog kat rumah. *macam dah tak balik pulak aku lepas ni.. Haha.. Pikir-pikir, macam mana lah nasib saya kat UIA nanti, dapat ke saya update blog macam biasa bila saya berada di teratak rumahku syurgaku ni. Hmmm,, dah lah wifi kat sana macam siput je. Siput pun lagi laju agaknya. Sabo je lah..

Harapan ku: Semoga sem baru ni aku jadi lebih bersungguh-sungguh. :)



Thursday, January 17, 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak Yang Mampu

Bismillahirrahmanirrahim..

Jom join segmen ini.. Klik banner di bawah..
<a href="http://yayaonly.blogspot.com/2013/01/segmen-jom-tambah-follower-sebanyak.html" target="_blank"><img alt="Photobucket" border="0" src="http://3.bp.blogspot.com/-1htkeiZUyos/UPZHVgP9mgI/AAAAAAAABRw/PkZJ7J0Z3G0/s1600/segmen.gif" /></a>

Ayat Al-Quran di Universiti Harvard

Assalamualaikum..
Sobahal Khair :)
Terjemahan Surah An-Nisa ayat 135 yang diletakkan di pintu masuk
fakulti undang-undang Universiti Harvard

Massachusetss: Universiti Harvard meletakkan ayat Al-Qur'an di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya, menyifatkan ayat itu antara ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah, lapor akhbar Arab Saudi, baru-baru ini. 

Ayat 135 Surah An-Nisa itu diletakkan pada dinding berdepan dengan pintu masuk utama fakulti itu, khusus untuk frasa terbaik mengenai keadilan. Seorang penuntut Arab Saudi yang belajar di universiti berkenaan menyiarkan gambar poster itu dalam akaun Twitternya, menurut akhbar Ajel.

Ungkapan hebat
"Saya nampak ayat berkenaan diletakkan oleh fakulti undang-undang, yang menyifatkan ia sebagai ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah," kata Abdullah Jumma.

Universiti Harvard dibina di Cambridge pada 1636 sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat.

Sumber = BH


Wednesday, January 16, 2013

Lagu-lagu OST Setia Hujung Nyawa

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Fiq Mentor dan Gjie 6th Sense

Mimie Haris -Sastera Kupu-Kupu

Last Minute -Maafkan Aku

Nubhan -Mata Hati

Najwa Latiff -AdaMu


Dulu dan sekarang

Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah Walhamdulillah Walaailaahaillallah Allahu Akbar!!


Tengok saja lah kad matrik saya kat atas ( tolong abaikan ke"chubby"an itu ).. Haha.. Begitu ketara kan perbezaan gambar saya.. Warna kulit!! Haha.. Sebenarnya warna kulit saya tu tak lah banyak sangat perbezaan nya dari dulu. Cuma! Haa, ada cuma kat situ, cuma yang kad matrik saya yang kedua tu, masa saya ambik gambar, entah kenapa ada masalah pencahayaan. Pelik. Gambar kad matrik kawan-kawan saya semua ok. Putih melepak lagi. Saya?? Hmmm, tak tahu kenapa. Malu taw nak pakai kad matrik tu sebab muka saya hitam. 

FYI, kad matrik yang pertama tu masa saya form 1. Masa tu saya belum bermata empat lagi. Masa tu mata masih suci lagi. Sekarang mata dah kabur. Sebab tu sekarang saya kena guna alat bantuan penglihatan ( cermin mata ) untuk melakukan segala benda. Padan muka kat diri sendiri!! Sape suruh tak jaga mata baik-baik. Dan kad matrik yang kedua tu, ialah kad matrik yang saya pakai ke hulu ke hilir masa kat Pusat Asasi UIA tempat saya belajar sekarang.

Walaupun kad matrik saya yang sekarang ni, wajah saya begitu ketara KEHITAMANNYA, saya tetap pakai setiap hari. Daripada kena saman, baik saya pakai setiap hari kan. Buang rasa malu tu. Apa lah sangat perasaan malu tu jika dibandingkan dengan kehilangan duit RM 50 sebab bayar saman tu. Huh!!

Jenayah terkeji

Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilahaillallah Allahu Akbar!!
Mulakan harimu dengan dzikir. :)

Tengah boring-boring tadi, saya belek-belek akhbar. Baca punya baca, saya terjumpa pulak artikel menarik ni. Jadi saya nak kongsikan kepada korang semua cerita ni. So, jom baca.. ^^ 

Rape of Nanking

Pihak Jepun yang ketika itu merupakan kuasa ketenteraan terkuat di Asia melancarkan serangan ke atas seteru utamanya China dalam usaha menjadikan negara itu sebahagian jajahannya. Bermula dengan serangan di Shanghai yang berlanjutan selama 8 bulan sebelum tewas, tentera Jepun menuju ke Nanking untuk meneruskan serangan.

Berbeza dengan serangan di Shanghai yang begitu sukar ditewaskan, tentera China di Nanking tidak begitu bersedia dan terlatih. Dengan jumlah tentera Jepun lebih 50,000 orang, mereka berjaya menumpaskan tentera China yang sekali ganda jumlahnya, hanya dalam tempoh 4 hari pada 13 Disember 1937.


Kesemua tentera China yang menyerah kalah dibunuh dengan kejam kerana dianggap sebagai pengecut. Bagi golongan wanita, nasib mereka begitu teraniaya dan menyedihkan. Wanita berusia 70 tahun sehinggalah kanak-kanak sekitar 8 tahun dirogol dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Dilaporkan antara 50,000 hingga 80,000 golongan wanita dirogol secara berkumpulan oleh tentera Jepun . Lebih mengerikan terdapat penduduk Nanking yang dipaksa merogol anak dan saudara sendiri di hadapan ahli keluarga mereka atau mereka mungkin berdepan risiko bunuh.

Dalam kejadian yang berlaku hampir 6 minggu, lebih 30,000 penduduk Nanking terbunuh dan mayat bergelimpangan di serata pelosok kawasan. Melihat golongan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa adalah sesuatu yang menyayat hati namun itulah hakikat yang menimpa mereka kerana mangsa perang tidak pernah mengenal jantina dan usia.

Tuesday, January 15, 2013

Jom tingkatkan followers sampai lebam

Bismillahirrahmanirrahim..

Sementara menunggu beberapa hari lagi nak balik pusat asasi UIA ni, saya tiba-tiba terasa sangat nak join segmen. Sekurang-kurangnya satu pun jadi lah. Sebab nanti lepas dah balik u, maybe saya dah jarang nak bukak blog saya.. Uwahhhh.. Tapi saya akan cuba juga belek-belek blog ni, daripadaterus dihuni oleh habuk yang tak diundang. Hmm..

So, nasib baik saya terjumpa satu segmen ni.. Jom join sesama.. Klik banner di bawah..


Dan ini printscreen jumlah followers saya semasa saya joining segmen ni..

Tips tulang sihat

Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah Walhamdulillah Walaailaahaillah Allahu Akbar 

MAKANAN SIHAT UNTUK HIDUP SIHAT
Kalsium dan vitamin D sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat. Kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa kita kehilangan kalsium setiap hari apabila kita berpeluh atau pergi ke tandas. Oleh itu, adalah penting bagi kita membekalkan nutrisi kepada tulang kita. Antara sumber baik kalsium ialah makanan berkalsium tinggi seperti susu dan hasil tenusu, sayur-sayuran hijau dan ikan.

Hasil tenusu = Susu rendah lemak yang berkalsium tinggi seperti Anlene, yogurt dan keju.

Ikan = Sardin dan salmon ( dengan tulang ) dalam tin merupakan cara yang baik untuk mendapatkan kalsium. Ikan berlemak seperti salmon, kembung, tuna dan sardin ialah antara cara-cara mendapatkan vitamin D.

Kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan minuman mengandungi kafien = Minum minuman beralkohol dengan terlalu banyak boleh mengakibatkan kehilangan jisim tulang. Kafien juga mengurangkan sedikit penyerapan kalsium. Kopi dan teh mengandungi kafein. Jadi dengan minum lebih daripada 3 cawan kopi setiap hari boleh membahayakan kesihatan tulang.


Terdapat 2 jenis senaman yang penting untuk membina dan mengekalkan ketumpatan tulang. Senaman-senaman tersebut ialah senaman menanggung berat impak tinggi dan senaman menanggung berat impak rendah. 

Senaman menanggung berat impak tinggi
# Menari
# Membuat aerobik impak tinggi
# Mendaki
# Joging / berlari
# Melompat tali
# Menaiki tangga
# Bermain tenis

Senaman menanggung berat impak rendah
# Menggunakan mesin latihan elips
# Membuat aerobik impak rendah
# Menggunakan mesin memijak tangga
# Berjalan pantas di atas treadmill atau di luar




UIA aku datang

Assalamualaikum..
Jawab jangan tak jawab, WAJIB!!

Esok dah hari Rabu. Pastu, pejam celik, pejam celik, dah hari Sabtu.. Arghhh, on tomorrow Sunday, saya akan bergerak ke tempat saya menuntut ilmu.. UIA I will there.. Seriously, saya masih tak percaya.. Tolong tampar saya. Adakah saya sedang bermimpi?? Ya Allah, ni realiti ke apa ni? Awak, cepatlah tampar.. Ouchh!! Sakit lah.. Betul lah!! Saya kat alam realiti. No more mimpi-mimpi lah. Azwa, bangkit, matahari dah tinggi. Bakpa lah cakap mimpi-mimpi ni.. Hari Ahad ni kau dah nak balik!!
Baju, cepat packing!! Barang-barang mandi, dah complete ke belum?? Luggage kat bawah katil tu dah keluarkan ke belum?? Ohoiiii,, Azwa!!! 

Nampak tak serabutnya fikiran saya sekarang ni. Macam dah tak terurus dah rasanya . HANYA DISEBABKAN AKU DAH NAK BALIK!! Hmmm, tak berbaloi langsung hidup tak terurus, hanya disebabkan hal itu!! Entah pape lah aku ni.. Hish!! *tumbuk-tumbuk pipi yang sangat chubby ni.. Tapi itu semua betul, tak tipu taw. Saya langsung tak bersedia menghadapi hari Ahad ni. Langsung!! Huh!! Eh, mengeluh nampak.. Ish ish ish.. 


Tengok lah tu. Luggage tu baru je semalam saya keluarkan dari bawah katil. Baru ada kesedaran yang hari cuti bakal berakhir. Hmmm, tapi saya ni memang terkenal dengan sikap pemalas nya bila kat rumah. Dah namanya pemalas, mesti lah pemalas kan. Haha.. Tapi saya ni takde inisiatif nak berubah langsung. Has anyone can motivate me? Untuk jadi seorang yang rajin.. Hmmm, tolong.. *merayu ni.. 

Jadi, saya berazam esok, saya baru nak mulakan sesi per'packing'an baju, dan semua stuffs yang berkaitan, yang perlu saya bawa ke 'Mahallah Khadijah'(nama salah satu asrama di UIA) Ahad nanti. Baru nak kemas,, ish ish ish.. *geleng kepala 3 kali .. Doakan saya mencapai azam saya.. 

note to self: dapatkan dean's list ehh..

Monday, January 14, 2013

Tips sihat dari seorang yang berusia 91 tahun.

Assalamualaikum..
Jawab, jangan tak jawab, WAJIB!!

Tips sihat ini saya ambil dari Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Abdul Hamid yang menjangkau usia 91 tahun 28 Januari ini.
  1. Beliau mengamalkan makan bawang besar mentah dua kali sehari, petai, pegaga, bawang putih, nanas dan pisang yang masih hijau.
  2. Beliau juga hanya mengambil nasi beras perang sekali sehari dan amat gemar memakan ayam belanda kerana kurang lemak dan kolestrol.
  3. Beliau tidak minum kopi, merokok atau megambil gula. Ujarnya, gula adalah racun manakala rokok hanya merosakkan badan. Kedua-duanya punca pelbagai jenis penyakit.


Ini pula tips dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 87.
  1. Tidak berhenti daripada membuat kerja dan sentiasa senyum.
  2. Beliau turut mengikuti pesanan ibunya sejak kecil iaitu jika sedang enak menikmati sesuatu makanan, berhentilah sebelum kenyang.


Dan ini pula tips dari seniwati Datuk Sarimah Ahmad, 70 yang terkenal dengan kecantikannya ketika muda.
  1. Beliau mengamalkan senaman orang lama-lama yang banyak memberi penekanan kepada bahagian pernafasan selain mengamalkan penjagaan tradisional.
  2. Pelakon Ibu Mertuaku itu turut bersarapan dengan madu dan sedikit garam, air zam-zam dan salad bagi membekalkan tenaga.
  3. Beliau tidak pernah makan ayam dan daging sejak kecil, manakala sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan menjadi makanan ruji setiap hari.

Friday, January 11, 2013

Mandi wajib yang sempurna

Assalamualaikum
Jawab jangan tak jawab, WAJIB!!

Kita sebagai seorang yang beragama Islam haruslah mengutamakan kebersihan dalam kehidupan kita seharian. Haruslah diingatkan bahawa kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Dengan menjaga kebersihan, kita juga boleh menghindarkan diri kita dari penyakit. Jadi, sebab itu lah kita diwajibkan untuk mandi wajib setelah kita malalui perkara-perkara yang diwajibkan untuk mandi wajib. 


Antara perkara-perkara sunat ketika mandi wajib
  1. Menghadap kiblat
  2. Membaca basmallah
  3. Membasuh tangan 3 kali
  4. Mengambil wudhu' ( basuh semua anggota wudhu' kecuali kaki. Kaki dibasuh semasa penyudah mandi wajib nanti )
  5. Mendahulukan bahagian tubuh yang kanan
  6. Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air menggunakan dua telapak tangan
  7. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
Fardhu mandi wajib

1- Niat
Keluar mani atau keluar haid atau nifas
نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

2- Menghilangakn najis dari anggota badan.

3- Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan.

Cara-cara mandi wajib

1- Sebelum memulakan mandi hadas, terlebih dahulu hendaklah mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan benda-benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan.

2- Setelah selesai mandi biasa, disunatkan untuk mengambil wudhu' dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. Basuhan kaki akan dilakukan di akhir nanti. Namun, perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

3- Memulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak ke seluruh anggota badan disertakan dengan niat mandi hadas seperti yang dinyatakan di bahagian 'fardhu mandi wajib' di atas. Sunat memulakan mandian di sebelah kanan dahulu dan seterusnya di sebelah kiri.

4- Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu rambut, kepala, telinga, hidung, mata, mulut, tengkuk, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaka, pelipat-pelipat kaki dan tangan,kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. 

5- Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa berwudhu' tadi kita tidak membasuh kaki.

"SELAMAT BERIBADAT"

Thursday, January 10, 2013

Novel-novel yang diadaptasi kepada drama & filem

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang ni, banyak sangat novel yang diadaptasi kepada drama dan filem. Dan yang pasti, semuanya menjadi. Penulis-penulis novel tersebut pun untung kerana surely, novel mereka menjadi semakin laris selepas diadaptasikan. Kat sini, saya ada membawa contoh-contoh novel yang bertuah tersebut.

Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari ini telah diadaptasikan ke layar perak dan diberikan tajuk Ombak Rindu juga. Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani telah membawa watak mereka dengan cukup baik sekali. Ia mencatatkan penonton yang paling ramai.



Novel Stanza Cinta karya Nurull Halawati ini pula telah diadaptasikan kepada versi drama yang ditayangkan di TV3. Dengam menggunakan tajuk yang sama sepertimana novel tersebut, ia menggariskan pelakon-pelakon yang cantik dan kacak iaitu Aaron Aziz, Nur Fathia dan Fizz Fairuz.



Novel Kau Sayangku karya Bikash Nur Idris ini pula diadaptasikan ke versi drama juga dan ditayangkan di TV2. Drama ini menggunakan tajuk 'Dari Mata Arisa' dan menampilkan Syed Aiman, Ayu Raudhah dan Ashraf Muslim sebagai pelakon dalam drama ini.



Novel Kau Laksana Bulan karya Aina Emir ini diadaptasi kepada sebuah drama. Ia ditayangkan di TV2. Para pelakonnya ialah Ayu Raudhah, Zulhuzaimy, Ashraf Muslim dan Fizo Omar.



Novel karya Anis Ayuni ini pula diadaptasi di layar tv dan ditayangkan di tv3 slot Akasia. Ia menggunakan tajuk Gemersik Kalbu sama seperti tajuk novel tersebut menggariskan Ayu Raudhah, Aqasha dan Fazreen Rafi sebagai tunjang utamanya.



Novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha ini telah diadaptasi kepada sebuah drama yang bertajuk Nora Elena yang sarat dengan kisah romantisnya pasti mampu mencairkan hati semua gadis yang menontonnya. Yang pasti Aaron Aziz dan Siti Saleha telah membawa watak mereka dengan cukup baik sekali sehinggakan penonton tergila-gilakan akan watak Seth Tan.



Novel karya Damya Hanna ini pula telah diadaptasi kepada layar tv yang disiarkan di Astro Prima. Sharnaaz Ahmad, Christine Suzanne dan Azizah Mahzan merupakan antara pelakon dalam menjayakan drama Bicara Hati ini.



Novel ini pula, siapa yang tak kenal, sekarang sedang ditayangkan di tv3. Novel karya Fatin Nabila ini telah diadaptasi kepada sebuah drama yang kini menjadi bahan bualan remaja-remaja di luar sana, termasuk saya. Haha. Pelakon utamanya ialah Nelydia Senrose dan Amar Asyraf yang semakin meningkat naik.



Novel Adam Hawa karya Aisya Sofea ini pula telah diadaptasi kepada sebuah drama di Astro Mustika HD dan mula ditayangkan sejak 27 Ogos 2012 lalu. Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon terhangat Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisa sebagai Ain Hawani. Ramai yang menonton drama romantis ini. Ternyata bisa Aaron Aziz semakin menyengat di kalangan gadis-gadis. Ouch!





Wednesday, January 9, 2013

Dah boleh cashout duit churpchurp

Assalamualaikum..
Jawab jangan tak jawab, WAJIB!!

Saya sekarang ni dah boleh cashout duit churpchurp saya.. Alhamdulillah.. Walaupun tak lah sebanyak yang korang dapat, tapi saya berasa sangat excited.. Maklumlah, this is the first time saya dah boleh dapatkan hasil usaha penat lelah saya menge'share' iklan.. *masalahnya, penat ke?? Haha..


Terima kasih pihak churpchurp.. So, kepada yang tak daftar churpchurp lagi, daftar lah sekarang. Tak ada keluarkan kan modal pape pon.. Cuma daftar dan korang akan kumpul hasilnya dengan share iklan-iklan. Senang kan.. Nak daftar, klik sini ok---->> Daftar churpchurp

Tuesday, January 8, 2013

UPU dah boleh isi

Assalamualaikum..
Jawab, jangan tak jawab, WAJIB!!

Kepada semua bekas pelajar form 5 tahun lepas, kat sini saya nak buat annoucement.. Dengar eh.. Test, test, 1, 2, 3. Ok, korang dah boleh isi borang UPU.. Yeah!! Hoorey!! *terlebih excited. Saje saya nak bagitahu, walaupun sebenarnya korang dah tahu kan.. Hahaha.. Korang mesti tak sabar-sabar nak isi kan kan kan.. Rilex2, tarikh tutup dia bulan April nanti.. Result SPM pon still tak release lagi, so susah sikit lah korang nak isi UPU tu, sebab susah nak pilih bidang yang qualify dengan pencapaian korang.. Huhu


Siapa yang nak isi tu, jangan lupa beli nombor pin UPU dulu kat Bank Simpanan Nasional. Harga dia RM 10.60. Murah je tu, at least harga dia tak semahal benda gorgeous ni. Anyway, siapa yang nak isi borang UPU tu sekarang ni pon boleh. Maklumlah, terlampau excaited nak masuk U lah katakan.. Tapi kan, masa mula-mula nak isi UPU tu memang lah excaited nye sampai tak nak makan, tapi bila dah isi tu, Astaghfirullah Al-Azim, pening nye lahai nak pilih. Banyak sangat universiti beserta bidang-bidangnya. Bukan apa korang, saya dah pernah lalui zaman tu. Nak pilih bukan main susah.

Yang penting, korang kena survey2 dulu bidang2 yang ditawarkan sebelum isi borang tu taw.. Memang malas nak buat semua tu bagai, tapi untuk masa depan korang jugak tu.. Hehe.. Banyak tu universiti yang menawarkan asasi dan diploma.. Ada USIM, UIAM, UTHM, UPM, UiTM dan banyak lagi lah.. So, alang-alang tu, saya nak tulis lah bidang-bidang yang ditawarkan di UIA. Hehe.. Tak menyempat-nyempat!! Mihmihmih
Antaranya:
  • Asasi Sains Hayat
  • Asasi Sains Fizikal
  • Asasi Sains Kesihatan Bersekutu
  • Asasi Kejururawatan
  • Asasi Farmasi
  • Asasi Pergigian
  • Asasi Perubatan
  • Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar
  • Asasi Sains Kemanusiaan
  • Asasi Bahasa Inggeris
  • Asasi Bahasa Arab
  • Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
  • Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan
  • Asasi Undang-Undang
Jadi, moh lah pilih UIA.. Hehe.. Nanti kalau dah masuk UIA nanti, korang 'hai-hai' lah saya eh.. Tegur-tegur sapa.. Hehe 
Eh eh, cop!! Ada tips  baik punya.. Untuk wanita sahaja ok!! Tengok kat sini --->> Tips Untuk Cantik dari Neelofa.

Monday, January 7, 2013

PTPTN percuma

Assalamualaikum 
Jawab jangan tak jawab, WAJIB!!


Siapa yang tak nak bayar duit pinjaman PTPTN?? Mesti semua tak nak bayar kan.. haha.. Cis kamu ni,, dah reti pinjam, bayar balik lah ye.. Tapi kalau masih tak nak bayar jugak, mesti ikut syarat dia.. Syaratnya, hanya pelajar yang berjaya menamatkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelas pertama atau setaraf layak mendapat pembiayaan secara percuma.. Keterangan lanjut di www.ptptn.gov.my

So, boleh tak ikut syarat tu? Rakyat Malaysia pasti boleh. Malaysia boleh!! Yeah!!
Wassalam..


Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak

Bismillahirrahmanirrahim..

Jom join Giveaway ni.. Tekan BANNER di bawah..

giveaway jiwarosak dot com

Ini dia sponsor2 hadiah:



Akhir kata, jom join..

Ajal ikut kereta isteri pulang rumah

Bismillahirrahmanirrahim..
Mulakan pagimu dengan senyuman ^_^

Tengok tajuk ni, macam menakutkan kan. Menyeramkan betul. Sebenarnya saya petik tajuk ni dekat akhbar Metro hari ini. Tajuk tu betul-betul menarik saya untuk membacanya dengan lanjut. Ni lah cerita sebenar....
Kuala Lumpur: Seorang lelaki sedang mengekori kereta isterinya untuk pulang ke rumah meninggal dunia selepas tiba-tiba diserang sakit jantung, malam kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa, isteri, dan keluarga isteri baru selesai makan malam.
Abang ipar mangsa yang enggan dikenali berkata, "Selesai menikmati hidangan, adik ipar dan adik perempuannya pulang ke rumah mereka di Taman Seri Gombak dengan memandu kereta masing-masing."
Katanya lagi, adik iparnya yang memandu kereta Nissan Sentra, memandu secara perlahan sambil mengekori kereta yang dipandu isterinya, Honda CRV.
"Bagaimanapun tidak sampai 10 minit perjalanan, adik saya terkejut selepas suaminya melanggarnya dari belakang di Jalan Kepong Baru. Apabila turun untuk melihat suami, dia terkejut suaminya tidak sedarkan diri,"katanya.
So, itulah kisahnya. Kalau nak baca, beli lah akhbar Metro. Anyway, Metro kan dah ada transformasi kan.. Lebih mesra pembaca.. Hehe

Sunday, January 6, 2013

Rumah terbesar di dunia

Assalamualaikum..
Jawab jangan tak jawab, WAJIB!!


Tengok gambar kat atas ni. Dari ruang udara, gambar ni macam sebuah bandar kan? Nampak tak KEBESARAN, KELUASAN dan KE'GAH'AN nya di situ? But actually, itu ialah sebuah rumah. What? Besar gile ini rumah.. Haha.. No wonder lah kan, pemilik rumah ni Queen Elizabeth II.  Rumah ini menjadi kediamannya sejak tahun 1952. Rumah yang ibarat istana ni terletak di Windor Castle, Berkshire, England. 


Rumah yang berkeluasan 484 000 kaki persegi atau sekitar 45 000 meter persegi ini mempunyai 1000 buah bilik. Dengan mempunyai 13 ekar tanah kosong sudah membuatkan kediaman ini sungguh besar sekali. 

Fuhh,, besar sungguh!! Kalau lah saya diberi peluang untuk masuk ke dalam rumah tu, mahu saya tinjau setiap ruang. Apa yang diletaknya dalam rumah sebesar itu. Bilik ada 1000, siapa yang duduk. Pastu nak main kejar-kejar dalam rumah tu. Haha.. Tapi, siapalah saya hendak masuk ke rumah tersebut. Hanya orang kenamaan sahaja rasanya yang boleh menjejaki masuk rumah itu. Cukuplah saya hanya mengimpikan rumah yang dilimpahi dengan kebahagiaan dan keluarga yang sakinah, one day..... In Shaa Allah.. ~_~

Source = Pak Cik Google

Saturday, January 5, 2013

The Red Giant sasar at least satu piala

Bismillahirrahmanirrahim..


Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga merupakan Menteri Besar Selangor meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu piala diraih Selangor musim ini, sama ada Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia mahupun Piala AFC.

"Saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah tetapi dalam bola sepak, macam-macam keputusan yang tak disangka boleh berlaku. Contoh, pasukan Sime Darby FC, tanpa pemain kebangsaan pun mereka berjaya ke final Piala FA musim lalu," kata Khalid ketika melancarkan jersi baru Selangor tajaan Kappa di Stadium Shah Alam petang semalam.

Gabungan pemain baru dan lama yang bakal membawa cabaran Selangor musim ini akan melakukannya bermula dengan aksi sulung Liga Super bertemu Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Selasa ini. Dengan tambahan 2 pemain import untuk Piala AFC iaitu Michal Kubala dan Peter Chrappan, saya yakin sasaran mampu dicapai, katanya. Pada majlis sama, pemain pertahanan, Asraruddin Putra Omar, 25, diumum secara rasmi sebagai kapten baru Selangor.

Sumber: Berita Harian

Senarai Pemain Selangor 2013

Penjaga Gol
Mohd Fairuz Azwan Sharulail
Mohd Sharbinee Allawee Ramli
Norazlan Razali

Pertahanan
Mahali Jasuli
Mohd Asraruddin Putra Omar
Mohd Fairuz Abdul Aziz
Mohd Nasriq Baharom
Mohd Ariff Zulkifly
Ramez Dayoub

Tengah
K Gurusamy
Khairul Anuar Khalid
Mohd Bunyamin Omar
Mohd Fitri Shazwan Raduwan
S Veenod
S Kunanlan

Penyerang
Ramzul Zahini Adenan
Wong Kah Heng

Harapan saya sebagai rakyat Selangor yang tercinta ini agar pasukan The Red Giant mampu menjulang piala. Kalau tak satu, tiga pon jadi lah.. Eh, terbalik!! Haha

Thursday, January 3, 2013

Cover photo facebook

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebenarnya tak ada benda yang nak diperkatakan. Tapi just nak share cover photo untuk facebook sahaja. Nak tengok, pergi ke sini ---->> Cover Photo. Kalau ada yang berkenan, just hit on the picture dan ikut the following steps. Tata titi tutu.. Eh jap, ada benda best kat sini ---->> SINI
 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN