Saturday, January 19, 2013

Sudah mahu berangkat

Assalamualaikum..
Jawab jangan tak jawab, WAJIB!!

Uwaaaaa!! :'( Saya tak nak balik. Tak nak balik. Faham tak, tak nak balik.. Uhuk uhuk uhuk. Ok, mesti pelik kan, dah kenapa dengan kau ni Azwa? Jerit-jerit, nangis-nangis tak tentu pasal. Bukan suka-suka taw nak nangis ni. Tahu kenapa, esok saya dah kena berangkat ke Pusat Asasi UIA. Tu yang dari tadi sebok ke hulu ke hilir mengemas barang-barang. Habis almari semua sudah saya selongkar. Maklumlah, cuti panjang ni langsung tak terusik barang-barang yang perlu bawak ke asrama. Berhabuk sungguh!!

Baju-baju semua saya sumbat kat dalam bagasi. Oppss, bukan sumbat ok,, saya lipat kemas-kemas, elok-elok, dan susun cantik-cantik kat dalam lauggage saya yang sungguh menawan dan menarik itu. *hamboii, gadis melayu gitu, dok tarik luggage masuk dalam bilik. Hehe.. 


Tapi saya sangat sedih, sebab ni lah malam terakhir saya tidur kat rumah. Dan jugak kali terakhir saya update blog kat rumah. *macam dah tak balik pulak aku lepas ni.. Haha.. Pikir-pikir, macam mana lah nasib saya kat UIA nanti, dapat ke saya update blog macam biasa bila saya berada di teratak rumahku syurgaku ni. Hmmm,, dah lah wifi kat sana macam siput je. Siput pun lagi laju agaknya. Sabo je lah..

Harapan ku: Semoga sem baru ni aku jadi lebih bersungguh-sungguh. :)



3 comments:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN