Thursday, January 17, 2013

Ayat Al-Quran di Universiti Harvard

Assalamualaikum..
Sobahal Khair :)
Terjemahan Surah An-Nisa ayat 135 yang diletakkan di pintu masuk
fakulti undang-undang Universiti Harvard

Massachusetss: Universiti Harvard meletakkan ayat Al-Qur'an di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya, menyifatkan ayat itu antara ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah, lapor akhbar Arab Saudi, baru-baru ini. 

Ayat 135 Surah An-Nisa itu diletakkan pada dinding berdepan dengan pintu masuk utama fakulti itu, khusus untuk frasa terbaik mengenai keadilan. Seorang penuntut Arab Saudi yang belajar di universiti berkenaan menyiarkan gambar poster itu dalam akaun Twitternya, menurut akhbar Ajel.

Ungkapan hebat
"Saya nampak ayat berkenaan diletakkan oleh fakulti undang-undang, yang menyifatkan ia sebagai ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah," kata Abdullah Jumma.

Universiti Harvard dibina di Cambridge pada 1636 sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat.

Sumber = BH


1 comment:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN