Bismillahirrahmanirrahim..
Mulakan pagimu dengan senyuman ^_^
Tengok tajuk ni, macam menakutkan kan. Menyeramkan betul. Sebenarnya saya petik tajuk ni dekat akhbar Metro hari ini. Tajuk tu betul-betul menarik saya untuk membacanya dengan lanjut. Ni lah cerita sebenar....
Kuala Lumpur: Seorang lelaki sedang mengekori kereta isterinya untuk pulang ke rumah meninggal dunia selepas tiba-tiba diserang sakit jantung, malam kelmarin.So, itulah kisahnya. Kalau nak baca, beli lah akhbar Metro. Anyway, Metro kan dah ada transformasi kan.. Lebih mesra pembaca.. Hehe
Sebelum kejadian, mangsa, isteri, dan keluarga isteri baru selesai makan malam.
Abang ipar mangsa yang enggan dikenali berkata, "Selesai menikmati hidangan, adik ipar dan adik perempuannya pulang ke rumah mereka di Taman Seri Gombak dengan memandu kereta masing-masing."
Katanya lagi, adik iparnya yang memandu kereta Nissan Sentra, memandu secara perlahan sambil mengekori kereta yang dipandu isterinya, Honda CRV.
"Bagaimanapun tidak sampai 10 minit perjalanan, adik saya terkejut selepas suaminya melanggarnya dari belakang di Jalan Kepong Baru. Apabila turun untuk melihat suami, dia terkejut suaminya tidak sedarkan diri,"katanya.
No comments:
Post a Comment