Wednesday, January 16, 2013

Jenayah terkeji

Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilahaillallah Allahu Akbar!!
Mulakan harimu dengan dzikir. :)

Tengah boring-boring tadi, saya belek-belek akhbar. Baca punya baca, saya terjumpa pulak artikel menarik ni. Jadi saya nak kongsikan kepada korang semua cerita ni. So, jom baca.. ^^ 

Rape of Nanking

Pihak Jepun yang ketika itu merupakan kuasa ketenteraan terkuat di Asia melancarkan serangan ke atas seteru utamanya China dalam usaha menjadikan negara itu sebahagian jajahannya. Bermula dengan serangan di Shanghai yang berlanjutan selama 8 bulan sebelum tewas, tentera Jepun menuju ke Nanking untuk meneruskan serangan.

Berbeza dengan serangan di Shanghai yang begitu sukar ditewaskan, tentera China di Nanking tidak begitu bersedia dan terlatih. Dengan jumlah tentera Jepun lebih 50,000 orang, mereka berjaya menumpaskan tentera China yang sekali ganda jumlahnya, hanya dalam tempoh 4 hari pada 13 Disember 1937.


Kesemua tentera China yang menyerah kalah dibunuh dengan kejam kerana dianggap sebagai pengecut. Bagi golongan wanita, nasib mereka begitu teraniaya dan menyedihkan. Wanita berusia 70 tahun sehinggalah kanak-kanak sekitar 8 tahun dirogol dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Dilaporkan antara 50,000 hingga 80,000 golongan wanita dirogol secara berkumpulan oleh tentera Jepun . Lebih mengerikan terdapat penduduk Nanking yang dipaksa merogol anak dan saudara sendiri di hadapan ahli keluarga mereka atau mereka mungkin berdepan risiko bunuh.

Dalam kejadian yang berlaku hampir 6 minggu, lebih 30,000 penduduk Nanking terbunuh dan mayat bergelimpangan di serata pelosok kawasan. Melihat golongan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa adalah sesuatu yang menyayat hati namun itulah hakikat yang menimpa mereka kerana mangsa perang tidak pernah mengenal jantina dan usia.

1 comment:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN