Assalamualaikum
Jawab jangan tak jawab, WAJIB!!
Kita sebagai seorang yang beragama Islam haruslah mengutamakan kebersihan dalam kehidupan kita seharian. Haruslah diingatkan bahawa kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Dengan menjaga kebersihan, kita juga boleh menghindarkan diri kita dari penyakit. Jadi, sebab itu lah kita diwajibkan untuk mandi wajib setelah kita malalui perkara-perkara yang diwajibkan untuk mandi wajib.
Antara perkara-perkara sunat ketika mandi wajib
- Menghadap kiblat
- Membaca basmallah
- Membasuh tangan 3 kali
- Mengambil wudhu' ( basuh semua anggota wudhu' kecuali kaki. Kaki dibasuh semasa penyudah mandi wajib nanti )
- Mendahulukan bahagian tubuh yang kanan
- Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air menggunakan dua telapak tangan
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
Fardhu mandi wajib
1- Niat
Keluar mani atau keluar haid atau nifas
نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
2- Menghilangakn najis dari anggota badan.
3- Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan.
Cara-cara mandi wajib
1- Sebelum memulakan mandi hadas, terlebih dahulu hendaklah mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan benda-benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan.
2- Setelah selesai mandi biasa, disunatkan untuk mengambil wudhu' dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. Basuhan kaki akan dilakukan di akhir nanti. Namun, perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
3- Memulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak ke seluruh anggota badan disertakan dengan niat mandi hadas seperti yang dinyatakan di bahagian 'fardhu mandi wajib' di atas. Sunat memulakan mandian di sebelah kanan dahulu dan seterusnya di sebelah kiri.
4- Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu rambut, kepala, telinga, hidung, mata, mulut, tengkuk, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaka, pelipat-pelipat kaki dan tangan,kuku kaki, jari kaki dan sebagainya.
5- Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa berwudhu' tadi kita tidak membasuh kaki.
"SELAMAT BERIBADAT"
perkongsian yang menarik..
ReplyDeletetq,, sangat berguna,,
ReplyDeletesimple and str8 forward. tq for sharing.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDelete