Monday, January 14, 2013

Tips sihat dari seorang yang berusia 91 tahun.

Assalamualaikum..
Jawab, jangan tak jawab, WAJIB!!

Tips sihat ini saya ambil dari Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Abdul Hamid yang menjangkau usia 91 tahun 28 Januari ini.
  1. Beliau mengamalkan makan bawang besar mentah dua kali sehari, petai, pegaga, bawang putih, nanas dan pisang yang masih hijau.
  2. Beliau juga hanya mengambil nasi beras perang sekali sehari dan amat gemar memakan ayam belanda kerana kurang lemak dan kolestrol.
  3. Beliau tidak minum kopi, merokok atau megambil gula. Ujarnya, gula adalah racun manakala rokok hanya merosakkan badan. Kedua-duanya punca pelbagai jenis penyakit.


Ini pula tips dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 87.
  1. Tidak berhenti daripada membuat kerja dan sentiasa senyum.
  2. Beliau turut mengikuti pesanan ibunya sejak kecil iaitu jika sedang enak menikmati sesuatu makanan, berhentilah sebelum kenyang.


Dan ini pula tips dari seniwati Datuk Sarimah Ahmad, 70 yang terkenal dengan kecantikannya ketika muda.
  1. Beliau mengamalkan senaman orang lama-lama yang banyak memberi penekanan kepada bahagian pernafasan selain mengamalkan penjagaan tradisional.
  2. Pelakon Ibu Mertuaku itu turut bersarapan dengan madu dan sedikit garam, air zam-zam dan salad bagi membekalkan tenaga.
  3. Beliau tidak pernah makan ayam dan daging sejak kecil, manakala sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan menjadi makanan ruji setiap hari.

1 comment:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN