Tuesday, January 15, 2013

Tips tulang sihat

Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah Walhamdulillah Walaailaahaillah Allahu Akbar 

MAKANAN SIHAT UNTUK HIDUP SIHAT
Kalsium dan vitamin D sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat. Kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa kita kehilangan kalsium setiap hari apabila kita berpeluh atau pergi ke tandas. Oleh itu, adalah penting bagi kita membekalkan nutrisi kepada tulang kita. Antara sumber baik kalsium ialah makanan berkalsium tinggi seperti susu dan hasil tenusu, sayur-sayuran hijau dan ikan.

Hasil tenusu = Susu rendah lemak yang berkalsium tinggi seperti Anlene, yogurt dan keju.

Ikan = Sardin dan salmon ( dengan tulang ) dalam tin merupakan cara yang baik untuk mendapatkan kalsium. Ikan berlemak seperti salmon, kembung, tuna dan sardin ialah antara cara-cara mendapatkan vitamin D.

Kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan minuman mengandungi kafien = Minum minuman beralkohol dengan terlalu banyak boleh mengakibatkan kehilangan jisim tulang. Kafien juga mengurangkan sedikit penyerapan kalsium. Kopi dan teh mengandungi kafein. Jadi dengan minum lebih daripada 3 cawan kopi setiap hari boleh membahayakan kesihatan tulang.


Terdapat 2 jenis senaman yang penting untuk membina dan mengekalkan ketumpatan tulang. Senaman-senaman tersebut ialah senaman menanggung berat impak tinggi dan senaman menanggung berat impak rendah. 

Senaman menanggung berat impak tinggi
# Menari
# Membuat aerobik impak tinggi
# Mendaki
# Joging / berlari
# Melompat tali
# Menaiki tangga
# Bermain tenis

Senaman menanggung berat impak rendah
# Menggunakan mesin latihan elips
# Membuat aerobik impak rendah
# Menggunakan mesin memijak tangga
# Berjalan pantas di atas treadmill atau di luar




No comments:

Post a Comment

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN