Thursday, January 10, 2013

Novel-novel yang diadaptasi kepada drama & filem

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang ni, banyak sangat novel yang diadaptasi kepada drama dan filem. Dan yang pasti, semuanya menjadi. Penulis-penulis novel tersebut pun untung kerana surely, novel mereka menjadi semakin laris selepas diadaptasikan. Kat sini, saya ada membawa contoh-contoh novel yang bertuah tersebut.

Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari ini telah diadaptasikan ke layar perak dan diberikan tajuk Ombak Rindu juga. Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani telah membawa watak mereka dengan cukup baik sekali. Ia mencatatkan penonton yang paling ramai.



Novel Stanza Cinta karya Nurull Halawati ini pula telah diadaptasikan kepada versi drama yang ditayangkan di TV3. Dengam menggunakan tajuk yang sama sepertimana novel tersebut, ia menggariskan pelakon-pelakon yang cantik dan kacak iaitu Aaron Aziz, Nur Fathia dan Fizz Fairuz.



Novel Kau Sayangku karya Bikash Nur Idris ini pula diadaptasikan ke versi drama juga dan ditayangkan di TV2. Drama ini menggunakan tajuk 'Dari Mata Arisa' dan menampilkan Syed Aiman, Ayu Raudhah dan Ashraf Muslim sebagai pelakon dalam drama ini.



Novel Kau Laksana Bulan karya Aina Emir ini diadaptasi kepada sebuah drama. Ia ditayangkan di TV2. Para pelakonnya ialah Ayu Raudhah, Zulhuzaimy, Ashraf Muslim dan Fizo Omar.



Novel karya Anis Ayuni ini pula diadaptasi di layar tv dan ditayangkan di tv3 slot Akasia. Ia menggunakan tajuk Gemersik Kalbu sama seperti tajuk novel tersebut menggariskan Ayu Raudhah, Aqasha dan Fazreen Rafi sebagai tunjang utamanya.



Novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha ini telah diadaptasi kepada sebuah drama yang bertajuk Nora Elena yang sarat dengan kisah romantisnya pasti mampu mencairkan hati semua gadis yang menontonnya. Yang pasti Aaron Aziz dan Siti Saleha telah membawa watak mereka dengan cukup baik sekali sehinggakan penonton tergila-gilakan akan watak Seth Tan.



Novel karya Damya Hanna ini pula telah diadaptasi kepada layar tv yang disiarkan di Astro Prima. Sharnaaz Ahmad, Christine Suzanne dan Azizah Mahzan merupakan antara pelakon dalam menjayakan drama Bicara Hati ini.



Novel ini pula, siapa yang tak kenal, sekarang sedang ditayangkan di tv3. Novel karya Fatin Nabila ini telah diadaptasi kepada sebuah drama yang kini menjadi bahan bualan remaja-remaja di luar sana, termasuk saya. Haha. Pelakon utamanya ialah Nelydia Senrose dan Amar Asyraf yang semakin meningkat naik.



Novel Adam Hawa karya Aisya Sofea ini pula telah diadaptasi kepada sebuah drama di Astro Mustika HD dan mula ditayangkan sejak 27 Ogos 2012 lalu. Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon terhangat Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisa sebagai Ain Hawani. Ramai yang menonton drama romantis ini. Ternyata bisa Aaron Aziz semakin menyengat di kalangan gadis-gadis. Ouch!





2 comments:

  1. semua darama or cerita2 melayu , kebanyakan dari novel... maybe , dah jadi trend kot :)

    ReplyDelete
  2. wah.. hehe lagi sedap kan, eheh..

    ReplyDelete

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN