Saturday, January 5, 2013

The Red Giant sasar at least satu piala

Bismillahirrahmanirrahim..


Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga merupakan Menteri Besar Selangor meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu piala diraih Selangor musim ini, sama ada Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia mahupun Piala AFC.

"Saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah tetapi dalam bola sepak, macam-macam keputusan yang tak disangka boleh berlaku. Contoh, pasukan Sime Darby FC, tanpa pemain kebangsaan pun mereka berjaya ke final Piala FA musim lalu," kata Khalid ketika melancarkan jersi baru Selangor tajaan Kappa di Stadium Shah Alam petang semalam.

Gabungan pemain baru dan lama yang bakal membawa cabaran Selangor musim ini akan melakukannya bermula dengan aksi sulung Liga Super bertemu Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Selasa ini. Dengan tambahan 2 pemain import untuk Piala AFC iaitu Michal Kubala dan Peter Chrappan, saya yakin sasaran mampu dicapai, katanya. Pada majlis sama, pemain pertahanan, Asraruddin Putra Omar, 25, diumum secara rasmi sebagai kapten baru Selangor.

Sumber: Berita Harian

Senarai Pemain Selangor 2013

Penjaga Gol
Mohd Fairuz Azwan Sharulail
Mohd Sharbinee Allawee Ramli
Norazlan Razali

Pertahanan
Mahali Jasuli
Mohd Asraruddin Putra Omar
Mohd Fairuz Abdul Aziz
Mohd Nasriq Baharom
Mohd Ariff Zulkifly
Ramez Dayoub

Tengah
K Gurusamy
Khairul Anuar Khalid
Mohd Bunyamin Omar
Mohd Fitri Shazwan Raduwan
S Veenod
S Kunanlan

Penyerang
Ramzul Zahini Adenan
Wong Kah Heng

Harapan saya sebagai rakyat Selangor yang tercinta ini agar pasukan The Red Giant mampu menjulang piala. Kalau tak satu, tiga pon jadi lah.. Eh, terbalik!! Haha

2 comments:

  1. wah, chaiya laa.. hehe.. good luck utk mereka.

    Sila semak link awak di sini..hee :)
    http://sweetsour93.blogspot.com/2013/01/senarai-peserta-pencarian-new-blog-list.html

    ReplyDelete
  2. salam..
    cantik blog nie.. simple je.. ringan plak tue..


    nota kaki: erm sy peserta dari "PartnerShip Blogger Giveaway by Alyaa ,Syakirah & Farah" datang terjah sini...

    ReplyDelete

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN