Tuesday, January 1, 2013

Umurku dah bertambah setahun lagi

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam Bicara Kerohanian
Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 12:13 a.m. Bunga api tahun baru pun sudah saya dengar. And secara tak official nya, umur saya dah bertambah. Eh, kenapa tak official? Ye lah, birthday saya bulan November, so umur saya sekarang ni dikira baru 18 tahun 1 bulan.(tak kira, nak muda jugak!) Kalau secara tak official nya, saya sekarang ni dah 19 tahun.. Ohhmai,, dah besar dah.. Macam mana ni? Banyak lagi tanggungjawab yang saya tak selesaikan lagi. Sepatutnya umur macam saya ni, saya dah pandai masak, tapi ermmm.. Hehe.. Kalau mak saya dulu, umur macam ni, mak saya dah 2 tahun berkahwin.


And kalau diikutkan, saya dah kena pergi berjihad dah. Yelah, cuba kita recall balik kisah Sultan Muhammad Al-Fateh dulu, beliau dah pergi untuk berjuang pada usianya remaja lagi. Tapi saya, saya hanya tahu enjoy. Tu sahaja!! Jauhnya saya dah sesat. Astaghfirullah Al-'Azim.. 

And of course, semakin hari berlalu, actually, kita sebenarnya semakin dekat dengan kematian. Kematian yang kita tak tahu bila kita bakal menemuinya. Tapi kenapa, kenapa saya masih leka dengan nikmat dunia yang sememangnya hanya sementara. SEMENTARA!! Ingat tu!! Cukup ke amalan-amalan saya untuk dibawa ke akhirat nanti? Dapat ke saya menjamin syurga itu milik saya? Astaghfirullah Al-'Azim.. 

Saya berharap, tahun 2013 ni, menjadi tahun yang memberikan saya keinsafan kerana kita hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Kehidupan di akhirat nanti merupakan kahidupan yang kekal abadi. Kehidupan di dunia ini merupakan penentu kehidupan kita di akhirat kelak.. Semoga saya dan kita semua dapat meraih keredhaan dan kerahmatan Allah. In Shaa Allah..

3 comments:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN