Tuesday, December 4, 2012

Kawan sejak sekolah rendah

Assalamualaikum
Jawab, jangan tak jawab ok..

Tadi saya bangun tidur, terus mandi. Grrr,, sejuknya air.. Saya xnak mandi guna water heater.. mengada-ngada kan. Dah tau sejuk, mandi juga air sejuk.. Pelik kan saya ni.. Ok, dah, xnak merepek. Kita terus ke point saya pagi ni.

Saya nak cerita pasal kawan saya. Nama beliau ialah Nur Fatin Farhanah Binti Asri. Kami berkawan sejak di sekolah rendah lagi. Rapatnya kami ni, boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku. Ke mana-mana asyik bersama. Sehingga cikgu ingat kami ni adik-beradik. Yang tak boleh blah lagi, ada yang kata kami ni kembar. Padahal muka jauh berbeza.. Haha

Ni lah kami semasa darjah 6.. Yang kiri tu saya, yang kanan tu lah farhanah.
X sama kan muka kami..


Semasa di sekolah menengah, kami juga sekolah di sekolah yang sama. Tetapi semasa di tingkatan 4, beliau telah berpindah ke sekolah lain. Jadi kami telah berpisah. Contact sikit-sikit je. Tapi, lepas habis sekolah, kami mula rapat balik.. Hehe.. Sehinggalah sekarang.. Beliau kini belajar di UiTM, Machang, Kelantan. Dan saya kini belajar di UIA, Petaling Jaya. Walaupun berpisah jasad, namun kami masih tetap lagi berhubung.

Beliau juga ada blog. Link blog dia, http://pistachioofana.blogspot.com/ Silalah ke blog beliau. Saya suka tengok blog beliau, warna nya sangat lembut. Lagi-lagi warna tulisan blog tu.. Awww.. Hehe..

Ni lah rupa blog beliau

Okay, setakat ni je lah saya tulis pasal beliau.. Hehe.. Ucapan saya untuk beliau, belajar rajin-rajin di negeri Cik Siti Wan Kembang tu eh.. Bye..



No comments:

Post a Comment

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN