Saturday, December 8, 2012

Loo Jo Yee gadis bertuah

Assalamualaikum W.B.T
Jawab jangan tak jawab ye, WAJIB
Korang kenal tak dengan Loo Jo Yee Binti Abdullah? Gadis yang berketurunan Cina yang kini telah memeluk agama Islam yang mulia. Beliau mula dikenali ramai selepas beliau berkongsi cerita saat beliau menerima hidayah Allah. Beliau mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik. Nak tahu tak cerita menarik itu. Jom!!

Peristiwa Pertama
Loo Jo Yee ni memang mempunyai ramai kawan yang beragama Islam. Suatu hari, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk ke agamanya iaitu agama Kristian. Namun untuk berdebat dengan rakan -rakan, beliau perlu mengkaji Al-Qur'an, membaca kisah Nabi Muhammad S.A.W dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible, banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara yang sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Daripada itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Qur'an. Itu merupakan hidayah pertama Loo Jo Yee.  

Peristiwa Kedua
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% penyakit itu ialah kanser. Beliau merasakan itu adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun beliau masih muda ketika itu. Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak bagi semangat dan menggalakkan beliau untuk cuba berdoa kepada Allah S.W.T. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah Ta'ala dan pada waktu itu jugalah beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Allahuakbar! Subhanallah! Alhamdulillah!

Itu lah dia peristiwa-peristiwa disaat beliau dikurniakan hidayah dari Allah S.W.T. Beliau berasa sangat hiba kerana beliau telah dipilih oleh Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja seusia beliau sibuk bersuka-ria sehingga ada yang tersasar dari jalan Allah. Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar seorang muallaf, sehingga dipulaukan oleh rakan-rakannya sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat akannya. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada rakan remaja seusianya dengan caranya yang tersendiri.
TERIMA KASIH.                                                                                                                                                                              

No comments:

Post a Comment

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN