Monday, December 3, 2012

Tanda-tanda kematian orang Islam

Assalamualaikum.. Jawab ye.. 
Ingat! jawab salam wajib, kalau tak jawab dosa..

As we know, kematian itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian. Cuma yang menjadi rahsia dan tak akan diketahui ialah bila kita akan menemui ajal kita. Dalam usia muda atau tua. Esok atau lusa. Tahun hadapan atau 10 tahun akan datang. Itu semua tiada jawapannya. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini hanyalah perlu beribadah dan bekerja. Dan janganlah melupakan tanggungawab kita yang lain-lain. Kalau semua tu beres, in sha Allah, bahagia lah kehidupan kita di sana nanti(akhirat).


Ok, sekarang ni saya nak kongsi pasal tanda-tanda kematian orang Islam.. Baca eh? Ilmu ni.. Hehe Antara tanda-tanda ni terbahagi kepada beberapa bahagian:

Tanda 100 hari sebelum mati
Ini ialah tanda pertama yang Allah beri kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya. Walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada sedar atau pun tidak sedar je. Tanda ini lazimnya berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar,  akan bertindak di dalam hati mungkin ini merupakan petanda mati, maka getaran itu akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran itu  atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita yang letaknya di Arasy Allah S.W.T akan gugur dari pokoknya. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita. Antaranya ialah mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi, malaikat maut ini akan mula memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seolah-olah bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang, tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. SubhanAllah.

Tanda 7 hari sebelum mati
Tanda ini hanya akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tiada selera untuk makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum mati
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar untuk ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum mati
Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku satu keadaan dimana kita akan merasakan keadaan sejuk di bahagin pusat dan ianya akan naik ke pinggang dan seterusnya naik ke bahagian halkum. Ketika itu kita hendaklah terus mengucap kalimah shahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatanan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah memberi nyawa kepada kita dan sekarang Dia berhak mengambilnya semula.

Wallahua'lam.
Semoga kita menjadi di kalangan orang yang bersedia menghadapi kematian dan ditempatkan di syurga Allah. Ameen..



1 comment:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN