Assalamualaikum
Jawab, jangan tak jawab, WAJIB!!
Masih segar lagi dalam ingatan saya, kenangan sewaktu saya bekerja.. Masa tu, cuti lepas SPM.. Mula-mula, saya tak kerja. Menganggur lama gila kat rumah. Boring tahap gaban bila duduk rumah, tak tahu nak buat apa. Niat di hati, memang nak kerja, tapi malas nak cari. Mak kata, "Kau ni, duduk rumah je, cari lah kerja sana. Gemukkan badan je kat rumah" Hmmm, apa kan daya, orang memilih sangat kerja, macam ni lah jadi nya. Tanam anggur je. Hee..
Pada satu malam tu, saya dapat call dari jiran saya. Jiran saya ni pon tengah mencari kerja.. Dia baru lepas cuti sem dari UiTM.. Ni lah conversation kami:
Jiran: Wa, ko nak kerja tak esok?
Saya: Ha, ada kerja ke? Nak nak nak.. Kat mana wey?
Jiran: Kerja kat Gold Coast Resort. House keeping.
Saya: Wow, nak nak nak (dengan excited)
Jiran: Ok, esok pakai baju hitam. Kita pergi sama-sama ye. Dalam pukul 8:45 pagi, dah kena ada kat sana.
Saya: Ok, beres. Eh, gaji berapa? Haha
Jiran: Amboi ko Wa, gaji je.. Gaji dia RM 5 sejam.
Saya: Wow banyak jugak tu. Boleh jugak aku beli benda alah INI.. Haha
Jiran: Amboi.. Haha.. Ok lah, jangan lupa esok.
Saya: Ok, tak lupa. Bye..
Pada pagi esok nya, kami berdua pon sampai lah ke tempat kami nak bekerja tu. Cantik kot tempat tu. Mahu tak cantik, dah nama pon resort. Mesti lah cantik dan gah. Itu lah first time kami berdua jejak kan kaki di situ. First day bekerja, memang lah blur. Semua nak kena di ajar. I was assigned untuk membersihkan penthouse bersama 2 orang mak cik. Mak cik-mak cik itu tersangat lah baik dan peramah. Mereka mengajar saya itu dan ini, segala bagai lah. Dari ke bilik tidur, ruang tamu sampai lah ke bilik air.
Ni lah resort tempat saya kerja. Waktu ni waktu malam. Masa saya dah nak balik.. |
Memang tersangat lah cantik penthouse yang saya kena bersihkan tu. Saya juga kena kemas penthouse pemilik resort itu. Bila bukak je pintu, WOW!! cantiknya penthouse ni. Siap ada kolam lagi kat luarnya. Pemilik resort ni berbangsa cina.
Bila saya kemas bilik je, saya pergi tingkap, tengok bawah. Seronoknya lah kalau aku dapat mandi kat kolam tu.. Haha.. Tapi kempunan je lah.. Saya kan "pekerja", bukan pelancong.. Hmmm..
Saya kerja kat sana, memang asyik kena kemas penthouse je. Tapi tak pe lah, best apa, dapat masuk rumah besar tu. Rasa macam saya je pemilik penthouse tu. Macam biasa lah, bila saya kena kemas bilik, saya tengok bawah.. Haha.. Apa lagi, cuci mata, tengok kolam kat bawah. Sambil tu, saya snap lah jugak beberapa gambar. Sebenarnya tak boleh bukak phone masa mengemas taw, sebab ada CCTV. Tapi apa saya kesah. Haha
Kerja di situ memang sangat seronok. Makanan di sediakan.. Tak payah nak beli-beli dah.. Tapi satu je yang tak syoknya, saya pernah kena marah. Memang lah tu satu cabaran bagi orang bekerja, perkara biasa. Hehe.. Tapi saya yang tak pernah merasai situasi macm tu, rasa macam nak menangis time tu jugak je. Huahuahua.. Tolong saya.. Saya kena marah. Alah,, biasa lah tu, saya pekerja baru kot, yang saya tak tahu, ajarkan lah.. Janganlah nak memarah.. Tapi it's ok, saya tak marah kat orang yang marah saya tu pun.. Chill chill.. Biasa lah tu, pekerja baru kena marah dengan pekerja lama.. :(
Hmmm, tu je lah yang dapat saya cerita.. Hehe.. Konklusinya, memang seronok kerja kat situ sebab selain dapat merasa jadi anak orang kaya, hehe, dapat gaji banyak.. Tapi yang bad part nya, kena marah.. Tak pe, tu semua pengalaman.. Bila saya lalu depan resort tu je, saya mesti teringat kenangan saya bekerja di situ. Mencipta kenangan adalah satu pengalaman yang sangat manis. Alhamdulillah..
wahh. bestnya dpt masuk penthouse kat resort..
ReplyDeletemcm best je tmpt ni..ad detail tmpt ni mcm lokasi, contact no., rates..
ReplyDelete