Assalamualaikum
Jawab jangan tak jawab, WAJIB ^_^v
Di hari Jumaat yang penuh barakah ni, semoga kita semua memanfaatkan hari mulia ini dengan membanyakkan dzikir kepada Allah Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. Ikut ye, Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaahaillallah Wallahu Akbar.
Ok, saya sebenarnya nak kongsi kan satu cerita yang sangat menarik. Ending dia sangat menyentuh hati. Tajuk cerita ni ialah "Orang Gereja Yang Masuk Islam".. Baca lah.. Baca sampai habis taw, nanti korang pasti dapat mesej cerita tersebut...
Ada seorang pemuda Arab yang baru sahaja menyelesaikan kuliahnya di Amerika. Pemuda ini merupakan salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam, bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang guru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan seorang Nasrani. Hubungan pemuda Arab itu dengan Nasrani tersebut semakin akrab, dengan harapan semoga Allah S.W.T memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di hadapan sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja itu bersamanya. Mula-mula dia agak keberatan, namun kerana desakan temannya itu, akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku . Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan kepada paderi tersebut lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat para hadirin dan lantas berkata,
"Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini. Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi itu mengucapkan perkataan itu berulang kali , namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pederi itu berkata, "Aku minta dia keluar dia dari sini dan aku menjamin keselamatannya."Kemudian, barulah pemuda Arab itu berganjak keluar. Di muka pintu, pemuda tersebut bertanya kepada si paderi,
"Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"Paderi itu menjawab,Eh, awak, dah penat eh membaca.. Janganlah macam tu, teruskan membaca taw.. Kat bawah ni lagi seronok..
"Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun tiba-tiba paderi menghalangnya kerana dia ingin memanfaatkan keberadaan pemuda itu dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi itu pun berkata,
"Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan."
Ok, continue..
Si paderi pon mula mengajukan soalan-soalan nya:"Sambung lagi........
1-Sebutkan satu yang tiada duanya,
2-Dua yang tiada tiganya,
3-Tiga yang tiada empatnya,
4-Empat yang tiada limanya,
5-Lima yang tiada enamnya,
6-Enam yang tiada tujuhnya,
7-Tujuh yang tiada lapannya,
8-Lapan yang tiada sembilannya,
9-Sembilan yang tiada sepuluhnya,
10-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11-Sebelas yang tiada dua belasnya,
12-Dua belas yang tiada tiga belasnya,
13-Tiga belas yang tiada empat belasnya,
14-Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh,
15-Apa yang dapat dimaksudkan dengan kubur berjalan membawa isinya,
16-Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga,
17-Sebutkan sesuatu yang dicipta oleh Allah namun Dia tidak menyukainya,
18-Sebutkan sesuatu yang dicipta oleh Allah tanpa ayah dan ibunya,
19-Siapa yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api, dan siapakah yang terpelihara dari api,
20-Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu,
21-Sebutkan sesuatu yang dicipta oleh Allah dan dianggap besar, 22-Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap rantingnya mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda Arab itu tersenyum kerana dia yakin kepada Allah. Setelah membaca basmalah, dia pun jawab,"Power kan jawapan-jawapan yang diberi pemuda Arab tersebut.. Ha, part bawah ni best.. Ok, sambung...
1-Satu yang tiada duanya ialah Allah S.W.T
2-Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah S.W.T berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran Kami). [Al-Isra':12]
3-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan oleh Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4-Empat yang tiada limanya ialah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an.
5-Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu sehari semalam.
6-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah S.W.T menciptakan makhluk.
7-Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis.
8-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arasy Ar-Rahman. Allah S.W.T berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat menjunjung 'Arasy Rabb mu di atas (kepala) mereka." [Al-Haqah:17]
9-Sembilan yang tiada sepuluhnya ialah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kekurangan bahan makanan (kemarau), katak, darah, kutu dan belalang.
10-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah S.W.T berfirman, "Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali ganda." [Al-An'am:160]
11-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf.
12-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu. 'Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." [Al-Baqarah:60]
13-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah S.W.T berfirman, "Dan waktu Subuh apabila fajarnya mulai menyinsing." [At-Takwir:18]
15-Kubur yang membawa isinya ialah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16-Mereka yang berdusta namun masuk ke syurga ialah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka, Ya'aqub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabb ku. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Yusuf:98]
17-Sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak sukai ialah suara keldai. Allah S.W.T berfirman, "Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman:19]
18-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa ibu dan bapa ialah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Saleh dan kambing Nabi Ibrahim.
19-Yang tercipta dari api ialah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api ialah Nabi Ibrahim.
20-Makhluk yang tercipta dari batu adalah unta Nabi Saleh, yang diazab dengan batu ialah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu ialah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
21-Sesuatu yang diciptakan oleh Allah dan dianggap perkara besar ialah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah S.W.T, "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." [Yusuf:28]
22-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari ialah: 5 waktu, 3 dikerjakan di malam hari dan 2 di siang hari.
Paderi dan para hadirin berasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia mula hendak pergi. Namun dia membatalkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu sahaja pertanyaannya. Paderi pun bersetuju. Lalu, pemuda itu berkata,Seriously, rasa macam nak menitiskan air mata pulak part atas ni.. Litre of tears.. Ok, sambung...
"Apakah kunci syurga?"Mendengar pertanyaan itu, lidah paderi menjadi kelu untuk menjawab, hatinya diselubungi keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berjaya. Para hadirin di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia mengelak. Mereka berkata,
"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi satu pertanyaan, namun anda tidak mampu menjawabnya!"Paderi tersebut berkata,
"Sesungguhnya aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."Mereka menjawab,
"Kami akan jamin keselamatan anda."Paderi pun berkata,
"Jawapannya ialah: Asyhadu Al La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah."
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh, Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Arab Muslim yang bertaqwa itu. Subhanallah..
No comments:
Post a Comment