Sunday, December 30, 2012

10 perkara yang lelaki tidak tahu mengenai wanita

Assalamalaikum..
Jawab, jangan tak jawab, WAJIB!!

Hari ni, saya saja nak share 10 perkara yang mungkin ramai lelaki tidak tahu mengenai wanita. Buat pengetahuan sahaja.. So, jejaka-jejaka tulen di luar sana, tolong ambik tahu ok!! Hehe
  • Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu memberikannya masa untuk dia menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Wanita memang sukakan pujian, tetapi selalu tidak tahu bagaimana nak menerima pujian.
  • Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolaklah cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia sudah buat keputusan, dia akan buat apa saja.
  • Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan dirinya darimu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu menganggap dia sebagai kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  • Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  • Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini tidak berguna.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  • Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respons positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si wanita akan bersikap acuh tidak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik sahaja gagang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai 10 minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (tak semua wanita macam ni, sebab saya bukan macam tu, haha)
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya membuat surprise untuknya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan berasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

4 comments:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN