Monday, December 10, 2012

Hadiah yang sangat bermanfaat

Assalamualaikum..
Jawab, jangan tak jawab, WAJIB

Dear reader, How are you? Harap-harap sihat. Mana lah tahu hari ni ada yang demam ke. Mana tak nya, malam tadi kan Malaysia lawan Thailand, dapat 1 sama je.. Tapi x pe, ada satu lagi peluang untuk Malaysia belasah Thailand, kat Bangkok nanti.

Ok, actually saya nak cerita pasal hadiah. Aih, hari tu baru cerita pasal hadiah, ni nak cerita pasal hadiah lagi.. Perasan tak? Ok, kalau x perasan x apa, kalau nak baca entry yang tu, tekan SINI. Entry tu saya cerita pasal hadiah untuk kekasih je kan, tapi kali ni, untuk semua, tanpa mengira pangkat mahupun usia. Tua muda, kaya miskin, semua boleh.

Ok, kalau tiba hari jadi kawan kita or ibu bapa or sape-sape lah yang special bagi kita, mesti kita pening kan nak bagi hadiah apa kat diorang. Nak bagi frame ke, jam tangan ke, baju ke, tak tahu kan.. Sekarang ni, tak payah nak perah otak sampai pening-pening pikir nak bagi hadiah apa. Saya ada penyelesaiannya.. Ceh.. Tudiaa.. Haha

Telekung
Al-Qur'an
Buku
Sejadah
Kain pelekat
Kuali (eh3x, kuali? macam pelik je)

Ok, tu lah senarai hadiah yang boleh kita bagi kepada sape-sape yang kita nak bagi.. Hadiah-hadiah ni bermanfaat taw, kita juga yang akan dapat ganjarannya selagi niat kita ikhlas memberinya. Contohnya, macam telekung tu, kalau kita bagi kat kawan kita, mesti lah dia guna untuk solat ye dak. Mana tak nya, telekung baru kot,, mesti lah dia excited nak pakai buat solat. Selagi dia pakai telekung tu untuk beribadat, selagi tu kita juga dapat pahala, in sha Allah.. Selain tu, telekung tu boleh menggalakkan kawan kita tu untuk mendekatkan dirinya kepada Allah. Sama jugak lah dengan senarai-senarai hadiah yang saya list kan kat atas tu. Semuanya mampu menambahkan lagi pahala kita. Yang penting, niat kita ikhlas kerana Allah.
Yang kuali tu, pon boleh jugak. Yelah, kalau kita bagi kuali, mesti lah digunakan untuk memasak kan. Takkan lah letak kat atas kepala pulak kan. Hehe.. Benda tu sangatlah bermanfaat, kerana dengan kuali tu, adik-beradik dia semua boleh makan.. Kalu dia tak pandai masak pon, mesti lah dia bagi kat mak dia. Mak dia pon masak guna kuali yang kita beri tu, dan kuali tu memberi manfaat kepada seluruh ahli keluarganya. Ha.. nampak tak, betapa berjasanya kuali kepada hidup kita. Tapi kalau bagi hadiah kuali, nampak macam pelik kan.. X apa lah, yang penting boleh bagi faedah.. Daripada kita bagi benda yang bukan-bukan.

Haa, lagi satu bagi makanan pon bagus jugak. Selagi makanan tu jadi darah daging dia, selagi tu ganjarannya berterusan. Masha Allah, kita tak perasan kan, makanan tu hadiah yang sangat berharga. Tapi jangan bagi MAKANAN MACAM NI, boikot.. Eh, boikot ke? Eh tak tau tak tau..

2 comments:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN