Saturday, December 29, 2012

Jangan upload gambar sembarangan

Bismillahirrahmanirrahim

First of all, Alhamdulillah, kita masih lagi dikurniakan udara yang segar untuk kita bernafas dengan mudahnya, tak ada langsung halangan untuk kita dapatkan udara kurniaan Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Free-free je kan kita ambil udara Allah ni. Opss, bukan udara je, tapi anggota badan kita ni pon sama. Yang kita gunakan untuk lakukan anything. Ya, memang kita semua tahu that semua benda yang ada kat muka bumi ni semua milik Allah, tapi biasa lah, dah kita ni pon MANUSIA namanya. Mesti selalu lupa ataupun selalu leka.. Jadi, kita kena saling ingat-mengingati antara satu sama lain.


Actually, saya bukan nak cakap pasal syukur kat sini, tapi saya nak cakap pasal kebebasan kita dalam meng'upload' gambar. Tak kisah lah nak upload kat facebook ke, nak upload kat twitter ke, yang penting gambar yang kita upload tu boleh dilihat umum.

Ok, as a muslimah, we already dah tahu kan yang aurat perempuan merupakan seluruh anggota badan kecuali.. Kecuali apa? Haa, betul,, kecuali muka dan tapak tangan. Tapi sudah terang lagi bersuluh, ramai kaum wanita yang masih tak sedar-sedar lagi or buat-buat tak sedar maybe. Saya tahu, yang buat ni, tak semua. Tapi ada segelintir dalam kalangan kita yang masih upload gambar yang tak bertudung, yang pakai baju, tapi macam tak pakai baju.. Apa kejadahnya nak masukkan kat facebook semua tu? Ada ke yang nak tengok? Cuba explain sikit. Ok, saya ada sorang kawan lelaki, dia cakap, "Aku rasa meluat bila ada perempuan yang upload gambar tak tutup aurat". Ha, see? Pengakuan jujur dan spontan dari mulut seorang lelaki.

And, lagi satu, mungkin kita tengok gambar kita tu dah cukup syarat untuk diupload, tudung semua dah penuhi syarat, tutup dada, baju pulak tak ketat, kaki dah tutup, pastu kita pon upload lah gambar tu.. Tapi kita lupa, mungkin lengan baju kita tu ada terselak sikit, and nampak lah pergelangan kita yang.. err cantik ke?? Haha.. Ha, kat situ dah sah-sah kita dah tunjukkan aurat kita kat umum. Walaupun cuma pergelangan tangan je. Ye, saya mengaku, saya pon tak lari dari kesilapan macam tu, tapi tak salah kan kalau kita ingat-memperingati dan berubah sama-sama. 

So, start from now, check gambar kita tu dengan teliti, make sure tak ada satu pun aurat kita yang terdedah, WALAUPUN CUMA SEHELAI RAMBUT!! Kalau nak senang, guna gambar kartun je.. Haha.. Tapi kartun tu pun kene tutup aurat lah jugak..

Peringatan ini, saya jugak tujukan kepada diri saya yang selalu melakukan kesilapan, selalu, memang selalu! So, terima kasih kerana baca entry saya ini. Semoga kita menjadi ummat yang cemerlang dunia dan akhirat. In Shaa Allah.. Ingat! Tujuan kita semua sama, untuk menggapai redha Allah.. Wassalam..


2 comments:

 
Blog 100% edited and touched by CIK LIMEGREEN